1

Siti Nur Fatihah, Mangsa culik Terbaru

Belum pun reda kes culik dan bunuh Adik Dirang, kita dikejutkan lagi hari ini oleh kes penculikan Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun dari Taman Tas Kuantan. Ikuti kisah Adik Dirang di sini

Apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang. Aku pun dah takut dah sekarang. Anak-anak kita ada yang pergi sekolah naik kenderaan awam. Adakah kita benar-benar yakin akan keselamatan mereka..

Minggu lepas aku ada berjumpa dengan seorang kenalan baik aku yang kini sedang berkerja dengan sebuah bank antarabangsa di Singapura. Menurut beliau di sana keadaannya amat berlainan dengan negara kita Malaysia. Kanak-kanak yang berumur 9 tahun ke sekolah menaiki MRT tanpa ditemani oleh orang yang lebih tua adalah satu perkara biasa. Menurut beliau lagi, di sana orang lebih berdisiplin dan dia sendiri merasa amat selamat berada di sana.

Mungkin Singapore negara yang kecil di mana setiap pergerakan boleh diawasi. Kamera litar pula di sana sini. Lagi satu aku rasa di sana rakyatnya amat berdisiplin. Ini mungkin disebabkan mereka terpaksa mengikuti kem “National Service”. Jadi di situ mereka telah dibasuh otaknya supaya menjadi rakyat yang berdisiplin. Malaysia hanya ada PLKN. Tidak cukup untuk mendisiplinkan mereka secara total.

Berbalik cerita Siti Nur Fatihah binti Mahadi. Beliau dikatakan diculik oleh 3 individu yang menaiki kereta ungu gelap ketika beliau dan 2 orang adik beliau keluar untuk membeli “top up” telefon bimbit di kedai berhampiran rumah. Kejadian berlaku pada tengahari hari Ahad yang lalu (dua hari yang lalu).

“Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” kata ibunya Nor Mala Mohd Lazin, 34 kepada pemberita, di rumahnya di sini, Isnin.

Menurut ibunya lagi, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

“Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas,” katanya.

Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superitendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Polis sedang menyiasat kes itu termasuk sama ada mangsa mengenali suspek, katanya. “Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah,” katanya.

– berita ihsan dari BERNAMA

Show Comments

No Responses Yet

  1. Pingback: Fatihah Dirogol…? | sohoque.com March 28, 2012

Leave a Reply

%d bloggers like this: