Siti Nur Fatihah Selamat?

Pada mulanya kecoh dikatakan Siti Nur Fatihah diculik. Saksi utama adalah kedua orang adik mangsa. Kemudian Polis tampil membuat kenyataan yang ada kemungkinan yang mangsa melarikan diri dari keluarga. Ini berdasarkan keterangan saksi yang mendakwa ada mendengar mangsa membuat panggilan telefon kepada rakannya mengatakan beliau mahu lari dari keluarga. Saksi itu mendakwa lagi yang tiada kekerasan berlaku semasa mangsa menaiki kereta ungu tersebut.

Pada pukul 2 pagi 20hb Mac, ibu mangsa Nor Mala Mohd Lazin, 34, dilaporkan ada menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memberitahu yang mangsa selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Lelaki yang pada mulanya menyamar sebagai pelajar tingkatan empat dan belajar di sekolah yang sama dengan mangsa akhirnya mengaku bahawa dia adalah kawan kepada mangsa.

Menurut ibu mangsa, lelaki itu mendakwa bahawa mangsa akan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Berikut adalah petikan lanjut daripada akhbar Sinar Harian:

“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,” kata ibu kepada mangsa.

Ketua Polis Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. – Bernama

Banyak fakta yang bercanggah di dalam kes ini. Beberapa kemungkinan dan persoalan telah timbul:

  • Mangsa memang diculik oleh 3 individu yang memang berniat jahat
  • Mangsa tidak diculik malah melarikan diri daripada keluarga dengan pilihan sendiri
  • Lelaki yang menelefon ibu mangsa sengaja berbuat demikian untuk mereka cerita bagi menyukarkan siasatan pihak polis
  • Siapakah lelaki yang menelefon itu? Teman lelaki mangsa?
  • Apa yang dibualkan oleh ibu mangsa dan lelaki itu sehingga berlarutan selama 2 jam. Penculik biasanya tidak akan berbual lama dengan keluarga mangsa (sehingga 2 jam) kerana bimbang lokasinya akan dapat dikesan.

Apa-apa pun saya tidak mahu membuat apa-apa spekulasi kerana kes masih di dalam siasatan polis. Sama-sama kita ikuti laopran seterusnya kisah penculikan ini.

Ikuti laporan-laporan kisah penculikan ini yang pernah disiarkan sohoque.com di sini.

 

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: