Hari ni UPSR Kertas Matematik 1 & 2.
Abam Hoq dan isteri seperti biasa akan ke sekolah sekali bersama dengan Iffah untuk temani dan memberi sokongan moral kepada beliau. Kami dapat turut sama bersama dengan ramai ibubapa yang lain mengaminkan doa setiap kali sebelum anak-anak bergerak masuk ke dewan peperiksaan.

Sejak hari pertama peperiksaan UPSR, memang tak pernah mungkir lagi kami berbuat macam ni. Kami tunggu hingga habis peperiksaan. Semasa peperiksaan sedang berlangsung, sempat lah kami berdhuha, berzikir dan berdoa setakat yang termampu sambil menunggu.
“Abang memang tunggu anak abang setiap hari ek? ‘Rare’ ni bang..!” tegur seorang IG Followers yang dah jadi rakan dalam mesej instagram beberapa hari yang lalu.
Abam tersenyum jer baca mesej dia. Tak per lah. Abam ni bukan kerja makan gaji pun. Kerja Abam, Abam boleh susun ikut masa sendiri. Inilah yang manisnya berkerja sebagai Unit trust Konsultan ni. Memang seminggu dua ni, sepanjang musim peperiksaan UPSR Abam tak buat janji temu pun dengan klien Unit Trust Abam. Lepas exam ni baru Abam mulakan semula aktiviti UT.
Klien sedia ada Abam pun faham. Memang Abam dah didik berkenaan apa itu Unit Trust yang ianya tak perlu di”update” selalu pun. Sebab pergerakan harganya bukan macam pasaran saham. Jadi rileks-rileks jer. Fokus untuk jangkamasa yang panjang.
Sebenarnya jumpa klien pun bukannya berborak pasal UT sangat pun. Abam hanya selitkan basic principle UT, kemudian yang lain-lain hanya sembang untuk eratkan silaturrahim. Dari situlah nanti Abam akan dapat lagi info tambahan tentang profail kewangan klien.
So senang Abam nak bagi solusi tentang perancangan kewangan kepada klien. Dari sini Abam akan tau keperluan Takaful mereka dah cukup ke tidak, macamana hibah bleh selesaikan masalah bila mereka dah tiada di dunia dan lain-lain.
Di sekolah ni, sambil menunggu Iffah, Abam boleh jer buat kerja ‘online’ dan berkarya dengan ‘mekbuk’ Abam di kantin sekolah ni. Boleh updates, entri blog, boleh kumpulkan ‘Bank of Content’ Facebook, boleh kemaskinikan websites dan media sosial beberapa akaun syarikat yang Abam jaga, boleh sediakan ayat jualan untuk bisnes online Abam dan memacam lagi.
Jadi tak ada hal sangatlah dengan aktiviti menunggu Abam ni…
Yang Abam lebih kagum ialah isteri Abam. Beliau sanggup ambil cuti “separuh hari” demi untuk hadirkan diri di sekolah memberi sokongan moral kepada Iffah. Beliau mahu restu dan doanya sebagai ibu sentiasa mengiringi Iffah sepanjang peperiksaan berlangsung. Padahal boleh jer beliau harapkan suaminya ni. Yang ini Abam sungguh berbesar hati.
Apa-apa pun moga apa yang kami lakukan mendapat rahmat dan keredhaan daripada Yang Maha Esa jua adanya…
Cuma nak cakap, bagi sokongan moral macam ni nampak je kerja simple dan remeh. Sebenarnya ianya memberi kesan yang cukup kuat pada jiwa anak. Ia memberi satu pengukuhan pertalian antara ibubapa dan anak.
Moga tradisi ini bakal diteruskan lagi oleh anak apabila mereka dewasa dan mempunyai keluarga sendiri nanti.
terbaiklah.. harap satu hari dpt juga mebuk hahahha
aameen.. ya rabbal aalameen
samalah Ema tahun lepas…menunggu anak hingga habis exam… sambil tu buat kerja as AJK PIBG sedia makanan untuk anak-anak exam.. semoga anak-anak dapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
kita tunjuk contoh macam ni pada dia.. nnti dia akan buat pada anak dia jugak.. ameen
Terkesan dengan ayat : “Beliau mahu restu dan doanya sebagai ibu sentiasa mengiringi Iffah sepanjang peperiksaan berlangsung.”
Sebagai seorang ibu, memang saya nakkan yang terbaik untuk anak. Cuma kadang-kadang bila anak semakin besar dan semakin mencabar kesabaran, kadang saya jadi lebih emosi dari nak mendoakan yang baik-baik untuk anak. Insaffff T.T
tu lah.. kita kena banyak sabar.. kena banyak doakan anak-anak setiap masa. anak amanah Allah pada kita. mereka juga merupakan ujian buat kita. malah mereka juga sumber pahala buat kita, walau jasad kita sudah dimamah bumi
Terbaik bos. Macam ni yang kita nak. Hal anak-anak didahulukan. Restu mak ayah, moral support tu penting untuk diorang.
tq boh..