Dah lama aku duk ushar baca artikel dan sinopsis filem terbaru Marvel Spiderman: Homecoming ni. Teruja dan tak sabar nak tengok pun ya jugak.
Semalam… Dalam pada aku berkerja sambil bawak Ifza (anak aku) sekali, sempat lagi aku tonton filem yang baru ditayangkan di pawagam, Spiderman: Homecoming. Nasib bak Ifza behave giller semalam. Dapat ler aku tonton dengan aman.
Kisahnya macam ni. Aku sepatutnya plan nak ambil borang pelaburan Public Mutual untuk pelaburan tambahan klien aku yang bakal aku jumpa tengari ni. Memandangkan syarikat pelaburan amanah saham no 1 Malaysia tu tukar borang baru, terpaksalah aku menggigihkan diri restock borang baru.
Tapi elok jer aku nak ke Public Mutual cawangan Bangsar Baru, ada rakan UTC aku whatsapp ajak jumpa kat Quill City Mall. Haaa elok sangatlah.. Tak perlu aku pergi meredah jammed ke Bangsar tu.
Lepas borak-borak dan bertukar borang, diakalnya aku untuk tonton filem ni***. Apa lagi. Aku yang hantu filem Marvel ni memang tak fikir panjang la.. Terus jer setuju. Bawak la Ifza sekali.
So tertontonlah sudah filem yang termasuk dalam senarai wajib tonton aku tahun 2017. Best ke? Hurmmm.. Nanti di akhir entri aku bagitau.
Sinopsis flem Spiderman: Homecoming

Peter Parker, seorang pelajar yang mempunyai kebolehan luarbiasa bercirikan labah-labah sedang bergelut dalam kehidupannya diantara ingin menjadi adiwira ataupun menjalani kehidupan biasa sebagai seorang pelajar.

Selepas terlibat dalam konflik antara adiwira dalam filem Avengers: Civil War di mana Spiderman dijemput oleh Tony Stark (Iron Man) untuk menyertai pihaknya, Spiderman dibiarkan tanpa sebarang penglibatan dengan The Avengers lagi. Namun dia masih di bawah seliaan Tony Stark yang memantau aktivitinya daripada jauh.
Sehinggalah dia terlibat dengan Vulture, pencuri dan penjual barangan terlarang di pasaran gelap. Keadaan menjadi lebih rumit lagi apabila Peter Parker mengetahui yang Adrian Toomes (Vulture) adalah ayah kepada awek yang dia minati.

Dari sini plot diperluaskan dengan campurtangan Iron Man yang tidak membenarkan Spiderman terlibat dalam kegiatan berbahaya seperti membenteras kumpulan yang diketuai oleh Vultures itu. Sehingga pada satu ketika Iron Man mengambil kembali kostum yang serba canggih yang direka khas untuk Spiderman oleh syarikatnya.
Plot diheret sehingga tamat cerita di mana Vultures telah berjaya ditewaskan oleh Spiderman.
Rentetan daripada Avengers: Infinity War
Cerita ini semacam sambungan daripada Avengers: Civil Wars di mana Spiderman telah membuat kemunculan di pihak Iron Man menentang pihak Captain America. Di awal filem ni pun ada disediakan sedikit adengan perlawanannya menentang Captain America.
Malah dialog poyo yang sering keluar daripada mulut Peter Parker di awal filem pun tentang bagaimana dia berjaya merampas perisai Captain America.
Filem ini berlainan daripada filem Spiderman yang kita pernah tonton sebelum ini. Kalau sebelum ini kita didedahkan kepada bagaimana Spiderman mendapat kuasa akibat daripada gigitan labah-labah yang tercemar dengan bahan kimia, Spiderman kali ini tak sentuh pun pasal tu.
Agak janggal jugak la apabila asal usul kuasa Spiderman tidak difokuskan dalam filem ini. Mungkin di dalam filem sequel spiderman selepas ini diselitkan kembali (mungkin secara flashback) macamana Spiderman mendapat kuasa luarbiasanya.
Kebolehan semulajadi Spiderman dalam filem ni juga kurang ditonjolkan. Ia digambarkan seolah-olah kebolehan Spiderman ni banyak dibantu oleh kostum serba canggih yang direka khas oleh Tony Stark.
Dah macam JARVIS (sistem robot Iron Man) pulak kostum tu. Dah terasa macam cerita Iron Man pulak. Hurmmm. Tak best..!
Rating
Aku bagi 3.5/5 jer. Sebab banyak benda yang aku expect daripada filem ini tak der. Ntah kenapa aku rasa cerita ni tak gempak macam cerita-cerita Marvel yang lain.
Spiderman yang baru ni memang tak macam yang sebelum ni. So sebelum korang tengok korang kena clearkan mind korang. Kena terima pembaharuan yang cuba ditonjolkan dalam filem terbaru ni.
Kalau korang expect Spiderman ni macam yang sebelum ni mesti korang akan sedikit frust macam aku. Hehehe. Selamat menonton
Wow! Good review.. Thanks. Nanti nak gi tengok
Tengok la cuma x boleh expect macam spiderman dolu2
Hambooiiii sempat lagi tgk movie..hahahaa..
hehehe… itu suda pasti…
Nice post bro
Thx for info
thanks
Aku memang mengharapkan spiderman Homecoming ni berbeza dengan spiderman yang sebelum ni. Contoh spiderman versi Tobey Maguire ataupun versi Andrew Garfield. Tentang latar belakang dan sejarah spiderman ni memang dah sedia maklum. Banyak dah diceritakan, kalau nak campur yang versi kartun pun lagi banyak.
Tapi aku rasa asal usul dia dapat power tu dia akan selitkan jugak dalam sequel akan datang.
Memang betul semua dah tau. Tapi benda tu macam x lengkap kalau x cerita
memang salah satu film terbaik tahun ini.
yg ikuti spiderman melalui komik mmg akan suka filem ni sbb ia lbh tepat jalan ceritanya
SMH yg baru ni best gak.. diorang punya spiderman ni khas untuk MCU je.. takde kaitan lain.. SMH yang baru ni berdasarkan komik diorang.. lagi 1.. byk easter egg dalam filem latest ni.. thor ragnarok ade, easter egg deadpool ade, easter egg komik last dia tertimbun bawah runtuhan, easter egg untuk musuh baru “scorpion”+(mungkin sinister6), guru disiplin dia cucu kepada askar dalam team kapten amerika 1, tambah lg baju baru untuk infinity war nanti, member/musuh dia deadpool, easter egg “MJ”.. spiderman sebelum ni terlalu “dewasa”.. amazing spiderman bosan sangat… untuk kali ni MARVEL tunjuk sisi seorang budak/meningkat remaja yang ada kuasa, zaman viral, bla bla bla.. tipikal budak2.. MArvel buang asal usul kuasa/”great power great responsible” tu sebab orang dah bosan.. orang da tau.. tp ada scene dia cerita kat kawan dia mana dapat kuasa dan masa dia telifon Happy/pemandu Tony “saya nak awak BERTANGGUNGJAWAB (responsible)”.. dalam komik/kartun spiderman mmg rapat dengan tony stark.. Tony cuba latih Peter untuk lebih bertanggungjawab dan cuba elak Peter jadi mcm dia.. “tanpa pakaian saya bukan siapa2, jika itu kamu tak layak ada baju tu” easter egg ironman3.., dan MCU buat secara “logik”nya mcm mana suit spiderman.. boleh tengok beza baju sweater dengan baju tony stark.. sebab untuk spiderman kali ni.. diorang mmg ikut MCU.. dan semua filem marvel kan bersambung.. dari ironman lg suma filem marvel bersambung.. easter egg Happy simpan cincin dari 2008/perjumpaan wartawan(IronMan 1)/Tony kenalkan kepada wartawan ahli baru Avengers (CivilWar) ..suma filem Marvel ada “end credit scene”.. tunggu nanti “Avengers vs Guardian of Galaxy/Infinity War” plak.. nanti tak silap SONY ada filem “venom” yang tak ada kaitan dengan “spiderman”…
tq bro untuk komentar yg panjang lebar.. memang betul kata bro. sy bersetuju.. tak sabar nak tunggu filem2 marvel yg berikutnya
Bagi akulah, filem ni best dan menarik ditonton, mmg rasa tak best sbb suit spiderman tu moden ngat sentuhan tony stark .. tapi ada je dia gunakan power semulajadi bila baju tu dah kena ambik. Tapi memang banyak ‘easter egg’ la dalam filem ni … kalau bawa anak, boleh dah cakap .. haa nanti orang tu akan jadi sekian sekian … lawan ni lawan tu.
Anak aku siap excited dah tgk baju spiderman baru untuk akan datang ni …
haah.. best sebenarnya.. aku tgk lagi sekali. masa first aku tgk mmg fasa perubahan drp spiderman yg sblm ni dgn spiderman marvel ni… so perlukan masa utk accept. sbb aku mmg tak baca review apa2 sblm tgk tu. takut spoil
kena layan cd je la. sobsss
Huh old school nya cd. Sekarang dah zaman donlod kot…