Star Wars: Episode VII The Force Awakens
Trending… Filem yang sedang diperkatakan sekarang. Filem ini adalah antara filem yang aku nanti-nantikan. Dan aku dapat menontonnya malam tadi sebagai filem best penutup 2015.
Terima kasih kepada Rantau PR yang menganjurkan sesi media review untuk filem ini pada petang semalam. Terima kasih juga blogger blog bicara makan – mahamahu kerana mencadangkan nama aku menggantikan tempat beliau yang tidak dapat hadir.

Terus terang aku katakan, walaupun aku peminat filem fiction dan super heroes, filem ini aku kurang ikuti sequelnya. Salasilah keluarga Luke Skywalker pun aku masih konfius.
Namun aku tetap teruja untuk menonton filem ini. Memang benar. Disebabkan filem Star Wars terbaru ini, aku dah mula mencari filem-filem sequelnya yang terdahulu untuk aku tonton untuk lebih faham.
Filem ini sesuai untuk semua golongan
Tidak seperti beberapa filem yang aku tidak rekomen untuk ibubapa membawa anak seperti filem James Bond Spectre, filem ini bebas daripada unsur-unsur yang perlu diberi tapisan untuk tontonan anak-anak. Ia sesuai untuk semua golongan peringkat umur.
Malah bagi yang tidak mengikuti sequelnya sebelum ini pun boleh menonton tanpa perlu mengetahui filem sebelum ini. Sudah tentu jika anda yang ikuti filem ini sedari awal sequelnya akan mendapat feel yang lebih. Tapi yang baru ikuti filem ini pun tak perlu risau. Anda akan mampu memahami filem ini dengan baik. Untuk lebih faham anda boleh rujuk wikipedia lepas tu nanti.
Plot
Plotnya mudah dan lancar. Sangat kurang flashback yang boleh buatkan anda konfius. Bagi aku, adegan yang dimuatkan dalam filem ini tidak ada yang tidak perlu. Ini membuatkan mata aku tidak berganjak daripada skrin panggung wayang dari mula hingga akhir cerita.
Watak-watak
Tidak terlalu banyak watak penting sehinggakan mengganggu penonton untuk ingatinya. Watak-watak utama Rey, Rinn BB-8 dan Poe Dameron amat menarik bagi aku sekaligus menghidupkan filem ini.
Rey, pengumpul besi buruk adalah seorang jedi perempuan. Kalau tak silap aku semua jedi yang dipaparkan sebelum ini adalah lelaki.
Finn, seorang stormtroopers yang berpaling tadah setelah menyedari dirinya dipergunakan oleh pihak First Order untuk rancangan jahat mereka. Dialah yang menolong Poe Dameron untuk melepaskan diri lalu mengembangkan lagi plot filem ini.
BB-8, robot unik seperti bola yang menjadi buruan Pihak First Order kerana memiliki sebahagian peta lokasi yang boleh membawa kepada Luke Skywalker yang dah lama menghilangkan diri.
Poe Dameron, juruterbang hebat yang menjadi watak penting puak penentang (Resistance). Kemahiran menerbangkan pesawar pejuangnya memang banyak membantu puak penentang mencapai kemenangan dlm strategi peperangan.

Watak jahat pula didominasi oleh Skylo Ren, General Hux, dan Supreme Leader Snoke. Skylo Ren, anak kepada Han Solo dan Leia Organa mengikut jejak datuknya Darth Vader menjadi watak antagonis dalma filem ini.
Tidak kurang pula watak-watak yang lama daripada sequel sebelum ini yang sudah mencapai lewat usia.
Leia Prgana (kini menjadi pemimpin pihak Resistance), Han solo, Chewbaka, C-3PO, boleh mengimbau kembali filem sequel yang terdahulu. Pertemuan Leia Organa yang menjadi jeneral pemimpin Resistance dengan Han Solo adalah satu detik yang emosional.
Sinopsis
Ok ini adalah sinopsis Star Wars Episode VII The Force Awakens. Anda boleh baca dan dapatkan sedikit intro sebelum anda tonton sendiri. Jangan risau, aku tak akan spoilkan keadaan. Aku cerita sikit jer.
30 tahun selepas kemenangan Rebel Alliance sejak Death Star kedua, galaksi masih berperang. Republic baru muncul, tetapi First Order itu muncul dari serpihan Galactic Empire. Ramai daripada wira sebelum ini, Leia Organa, Han Solo, Chewbacca, R2-D2 dan C-3PO semua masih aktif dan berjuang dalam Resistance (puak Penentang) terhadap kumpulan ini.
Mereka disertai oleh wira baru termasuk Poe Dameron, seorang juruterbang Starfighter; Finn, bekas Stormtrooper First Order yang telah mengambil LightSaber yang pernah dimiliki oleh Anakin Skywalker dan kemudian Luke Skywalker; Rey, pengumpul barang-barang buruk; dan droid yang dikenali sebagai BB-8. Mereka ini menentang kuasa baru yang amat berkuasa, termasuk Snoke First Order dan Kylo Ren, anak kepada Hans Solo dan Leia Organa yang menyebelahi First Order dan memiliki Light Saber merah.
Bagaimana mereka menetang ancaman dari kuasa jahat First Order? Bagaimana Hans Solo bertemu anaknya yang dilatih menjadi pahlawan First Order oleh Snoke? Yang ni anda kena saksikan sendiri. Kalau aku cerita kat sini ramai yang marah..!
Memang best
Bagi aku filem ni memang best. Ada kematian watak penting dalam filem ini. Tak perlulah aku cerita kat sini. Pergi tengok sendiri.
Aku bagi rating 5 bintang untuk filem ini. Perlu diingat aku bukanlah pengikut tegar sequel filem ini. Tapi dengan menonton semalam, aku terus balik dan mencari sequel sebelumnya daripada rakan-rakan aku yang mengumpul sequel filem ini.
Jom ke panggung…!
simpan dulu, nanti tahun depan baru tengok 🙂
Ikhwan recently posted..Tips Beli 30 Rumah Dalam 10 Tahun
Hahahah. Jgn lambat2 bro. Rugi
Ni kalau main tengok je agak2x faham tak tanpa tengok episode sebelumnya. ? hahaha
tak bro.. walaupun tak tgk episod sebelum ni tetap best citer ni.. ni mesti bro tak baca entri sampai habis ni… heheheh
Wahh.. boleh tengok star wars krismas nie terbaekkk
Akim recently posted..5 Perkara Mesti Guna Duit Suami
idea yg terbaik
Ishhh ni yang buat lagi tak sabaq nak pi tengok
hahahaha… tengok jangan tak tengok
terimakasih sudah memberikan informasinya, sukses selalu ya
sama-sama