1

Stesen Minyak Esso Kehabisan Minyak

esso petrol stationPada hari minggu baru-baru ni aku singgah di stesen minyak Esso Bandar Baru Selayang untuk bagi minum kereta aku yang kehabisan minyak. Didapati stesen tersebut kehabisan minyak. Disebabkan kereta aku memang diajar minum minyak esso,  aku ke satu lagi stesen minyak Esso berdekatan. Tetapi malangnya stesen minyak ini pun kehabisan minyak. So, terpaksa la kereta aku minum minyak Petronas hari tu.

Aku pun hairan jugak kenapa banyak stesen minyak Esso yang kehabisan minyak secara serentak. Hari ni aku terbaca di suratkhabar Kosmo yang rupa-rupanya stok minyak di stesen-stesen minyak Esso dah kehabisan.

Berikut adalah laporan Kosmo!:

KUALA LUMPUR – Pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang mendakwa perniagaan mereka kini terjejas setelah tidak menerima bekalan petrol dan diesel daripada syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lalu.

Gangguan bekalan minyak itu menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha stesen minyak berkenaan kerana bekalan minyak petrol RON95 dan diesel yang dihantar oleh syarikat pembekal secara tidak berjadual.

Menurut pengusaha terbabit, masalah kekurangan bekalan mungkin ada kaitan dengan tindakan syarikat San Miguel Corp. melalui Petron Corp. (Petron) membeli 65 peratus kepentingan dalam Esso Malaysia Bhd. dan semua saham ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. serta ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 April lalu.

Ermmm.. Kesian jugak kepada pengusaha stesen minyak Esso kalau perkara ini berterusan. Aku pulak nampaknya terpaksa la ajar kereta aku minum minyak jenama lain pulak.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: