Sunday, May 14, 2023
HomeUncategorizedSubhanallah... Philippe Senderos Pula Peluk Islam

Subhanallah… Philippe Senderos Pula Peluk Islam

Subhanallah. Alhamdulillah. Islam kini semakin dekat di hati. Saban hari kita mendengar ada sahaja artis-artis dan bintang-bintang sukan memeluk agama Islam.

Yang terbaru ialah Philippe Senderos, pemain bolasepak yang kini bermain bersama kelab Fulham, lapor PressTV. Sanderos adalah pemain bolasepak professional yang mewakili negaranya Swiss sebelum ini bermain dengan kelab bolasepak Arsenal.


Beliau mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Manchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Sebelum ini Philippe Senderos telah menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenainya,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

“Jika saya bukan pemain bola, boleh jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.

Apa-apa pun tahniah kepadaPhilippe  Senderos kerana telah diberi hidayat oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Beliau kini menyertai bintang-bintang bolasepak yang lain seperti Mesut Ozil, Nicolas Anelka, Karim Benzema dan lain-lain.

Sumber

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1