
Broframestone satu nama yang aku kira tidak asing lagi dalam dunia blogging. Otai ini selain daripada mencari makan dengan menjadi blogger sepenuh masa turut memberi dan berkongsi peluang dengan blogger lain dengan memberikan mereka projek, job dan sebagainya samada berbayar ataupun tidak.

Kebiasaan event yang Bro jemput hanya single invitation ataupun paling ramai pun plus one. Namun baru-baru ini, Bro membuat sedikit gila apabila menjemput bloggers dengan keluarga masing-masing sekali. Event kali ini ialah pra tonton filem animasi Super Squad yang dibuat di Cathay Cineplex, e@Curve. Suka lah anak aku bila dibawa ke event sebegini. Bagus juga sekali sekala dapat membawa keluarga ke event sebegini. Di samping dapat membawa keluarga berhibur, mereka juga turut mendapat gambaran bagaimana aku dan blogger lain berkerja.

Super Squad, sebuah filem animasi terbitan syarikat anak tempatan, Netborn Sdn Bhd. Aku puji syarikat akan usaha syarikat ini. Sekurang-kurang ia menambahkan lagi rencah dunia animasi selain daripada Upin Ipin. Ia juga bakal menampilkan persaingan yang sihat di antara mereka.
Cerita ini mengisahkan tentang dua beradik iaitu Kapten Danny dan adiknya Elly bersama dua rakan mereka Sasha dan Blinq berjuang mempertahankan planet bumi daripada diserang oleh makhluk asing, Insects. Cerita ini berlatar belakangkan masa depan iaitu kira-kira 400 tahun kehadapan menjadi bertambah menarik apabila kaum manusia hampir dikalahkan oleh kaum Insect hasil pertolongan manusia sendiri iaitu Zeeboz. Namun senjata rahsia manusia berupa robot tempur dapat menyelamatkan bumi seterusnya memaksa Insects berundur.

Insect berundur dan masuk ke dalam portal yang membawa mereka ke zaman silam di mana mereka memasang impian untuk menakluk manusia pada zaman itu dan seterusnya merubah sejarah. Super Skuad yang mengejar mereka turut terheret ke zaman lampau.

Di sana mereka berjumpa dengan adiwira manusia pada zaman itu iaitu Mat. Dengan pertolongan Mat, super squad telah berganding bahu menentang Insect dan cuba menghalang niat jahat mereka. Berjayakah Super Squad. . .???
Wah. Nak tau ya. Anda kena la tengok sendiri ya. Kalau nak cerita semua kat sini tak best la kaaan…
Antara pelakon yang telah menjayakan watak animasi serta menyumbangkan suara latar bagi Filem Animasi Super Squad adalah:
Aaron Aziz – Laksamana Aaron
Dafi – Kapten Danny
Diana Danielle – Elly
Radhi Khalid – Blinq
Marina Tan – Alan
Elza Irdalyana – Sasha
Amran Ismail – Mat & Dragon Lord
Megat Shahrizal – Zeeboz
Maya Arissa – Ratu


Komen aku… filem ini bagus juga dari segi garapan idea yang lebih moden dengan banyak memaparkan adengan peperangan. Anak-anak aku memang terhibur dan suka tonton cerita ini. Ada sedikit sebanyak yang masih perlu dipertingkatkan terutama dari segi dialog dan jalan cerita supaya lebih laju sedikit.
Walaubagaimanapun Netborn telah melakukan yang terbaik sehingga terhasilnya satu lagi karya anak tempatan yang boleh dibanggakan. Ini adalah kerana filem sebegini masih baru di dalam industri perfileman di malaysia. Moga filem ini berjaya mencapai sasaran kutipan yang diharapkan. Dan semoga syarikat ini akan menerbitkan lagi sequel Super Squad dengan lebih kemas dan menarik.
Terima kasih sekali lagi kepada Bro sebab sudi jemput kami sekeluarga.

Kepada yang nak tahu sedikit sebanyak akan kehebatan cerita ini, anda boleh saksikan trailer ini:
Wahhh makin mantap animasi negara kita segara. Tak sabar nak tengok sebab ena ni minat gila kartun. Hehehehe
Ainaa Roseberry recently posted..ALEXA RANK BAWAH 1000 | MALAYSIA
jom support filem tempatan
Bestnya movie berbentuk animasi ni. . Suara latar bagi setiap watak terdiri daripada selebriti terkenal tanah air. . Tentu ramai yang berminat menonton filem ini. .
anuar recently posted..Hari Terakhir Pendaftaran DiGi WWWOW Awards 2014
mesti mahal gak bayar bayar pelakon yg buat voice over tu kan?
Baguslah dah ada penampahan animasi Di Malaysia. Klau menarik tak rugi tengok.
Bahrain recently posted..Kek Lapis Sarawak Murah Dan Sedap
yup… diorag dah mula nampak yg filem animasi ni boleh pergi jauh..
Anak aku sampai ajak aku tgk lagi sekaii..
fazrol recently posted..Adam gunting rambut sendiri!
hahaha.. hang sempat tengok dr awal ka? kan hang sampai lewat.
elok sangat masa di tayang pun dalam cuti sekolah…. boleh ajak anak2 buah tengok sama. Filem animasi tempatan terkini ..
PCL recently posted..Mak Mertua vs Anaknya..
ya. bantulah industri filem tempatan
Grafik macam tak berapa cun je. Mungkin kena pertingkatkan lagi dari sudut tu. Salah satu faktor penyumbang untuk ramai orang datang tengok juga kan.
Hafiz Rahim recently posted..Menangi 3 iPad Mini Di Spritzer+Fibre Viral Video Contest
yup.. moga kelemahan2 yg timbul dpt mereka ubah di masa akan datang
Kebetulan saya suka film animasi,boleh juga nih film kayaknya,hehehe
Jasa Desain Logo recently posted..Jasa Desain Logo Online
Saya pun suka filem animasi