Support Untuk Anak PT3

0
342

Hari ni aku ke sekolah Iqbal. Saja nak bagi support sikit. Hari ni subjek Sains. Rata-rata orang cakap susah. Lagipun dia lepas Subuh tadi dah telefon mama dia takut nak buat Sains nanti. Memang tersentuh hati aku dengar dia macam ni..

Bukan apa. Aku takut dia rasa terbeban jer. Aku takut dia rasa dia mesti kena berjaya untuk bahagiakan mak ayah dia. Terus terang aku katakan yang aku tak kesah pun dengan result yang bakal dia dapat nanti. Sebabnya aku tau dia dah berusaha. Bukan hanya berusaha untuk belajar sahaja, malah usaha dia untuk dekatkan diri dengan tuhan juga nampak bersungguh-sungguh. Kalah aku masa seusia dia dulu.

Jadi aku redha jer apa jua yang Allah tentukan. Dan aku nak dia paham pendirian aku. Harapnya dengan aku dan wife datang hari ni dapat sedikit sebanyak menyumbang sesuatu ke arah motivasi dia.

Dari tadi aku lepak jer kat surau ni dengan wife. Support dari segi kerohanian. Doa dan zikir khas untuk dia. Moga Allah pandang usaha yang tak seberapa kami ni.

Habis subjek pertama hari ni, Bahasa Inggeris, dia datang ke surau untuk makan dan solat dhuha. Muka tidak sejernih mana. Jelas nampak kerisauan pada wajahnya.

bacaan Yaasin beramai-ramai diadakan setiap hari sebelum peperiksaan bermula

Bila ditanya macamana exam English, dia jawab ok jer. Walaupun tak cukup masa untuk menjawab soalan. Yang dia risaukan ialah subjek Sains selepas itu. So ok la.. Aku dan wife temankan dia makan dan solat Dhuha. Sempat jugak dia habiskan Nasi Goreng yang aku bawak daripada rumah.

Pukul 11 pagi dia masuk semula untuk berjuang dengan subjek yang digeruninya. Kami tunggu lagi kat surau. Sebabnya aku ada bawak pakaian extra untuknya kerana tak balik rumah untuk 2 minggu akan datang kerana menyertai pertandingan ‘Kalam Jamaie’ (Coral Speaking Bahasa Arab) yang dadakan di sekolah di Besut Terengganu.

Pukul 1 habis subjek Sains. Dia keluar dengan muka yang kelat. Hurmmm aku malas dah nak ambik tahu. Hahaha.. Benda dah lepas. Doa dan tawakkal jer la. Hahaha.

Moga dia tabah mengharungi paper seterusnya. Esok dan seterusnya aku tak pergi dah bagi moral support. Support dengan doa dari kejauhan jer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here