
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
4 hari yang lalu adalah antara hari-hari yang getir dan cemas di dalam hidup aku. Aku terpaksa mencari satu jumlah wang yang agak banyak untuk aku menyelesaikan satu masalah.
Dan yang menjadi masalah utama ialah masa untuk aku mencari wang yang pada aku banyak jumlahnya amatlah singkat. Aku hanya ada satu hari untuk menyediakan duit tersebut.
Aku amat buntu. Tekanan semakin memuncak. Namun kepala aku hanya ingat Allah. Aku amat positif dan aku seperti terbayang yang aku akan dapat duit yang aku terpaksa sediakan itu pada keesokan harinya.
Doaku kepada Allah supaya dipermudahkan ku panjatkan pada setiap masa. Malam itu aku merintih di dalam solat hajat. Pagi keesokan harinya ku titipkan lagi di dalam sunat dhuha dan hajat.
Sesudah itu, hati terdetik untuk whatsapp seorang kawan yang amat aku hormati. Juga seorang mentor, penasihat dan tempat aku meluahkan masalah. Demi Allah amat berat jari jemari ini untuk menaip menceritakan masalah dan untuk meminta tolong.
Tapi entah kenapa tekadku amat kuat hari itu. Ku berjaya meluahkan masalah yang menimpa. Aku takut, segan dan malu. Insan ini amat mudah untuk menolong orang. Sebab itu perasaan tadi agak menebal.
Selesai sahaja saya ceritakan masalah saya, ini respons balasnya:
“insyaAllah boleh tolong’
Berapa (RM) mau?’
Setelah saya sebutkan jumlah yang saya mau pinjam, whatsapp senyap seketika. Kemudian beep beep whatsapp berbunyi:
“Done…. Alhamdulillah!
RM0.00 PBeBank Fund Transfer RM2,500.00 to ISHAK***.
Serial No: CK1516892
PAC No: 684863
28Feb13 12:16
Did not request PAC? Call 03-21795000.
Terkedu seketika. Amat mudah beliau menolong orang. Patut lah rezekinya amat mudah datang kepada beliau. Ini antara salah satu puncanya. Petua yang pernah aku kongsikan pada entri ini sebenarnya aku dapat daripada beliau.
“Terima kasih bang”, whatsapp aku lagi.
“Jangan terima kasih pada saya, tapi berterima kasihlah kepada Allah”, jawapan balas whatsapp darinya yang sungguh dalam ertinya.
Ya Allah. Kau kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada saudara ku yang suka membantu ini. Kau angkatlah darjatnya sebagai seorang hambanMu yang bertaqwa. Ameen.
Dengan peristiwa ini aku mendapat pengajaran bahawa kita MESTI kaya. Antara salah satu sebabnya ialah kita boleh menolong ramai orang yang dalam kesempitan hajat terutama yang melibatkan wang. Percayalah menolong orang yang sedang betul-betul mengharapkan pertolongan amat besar fadhilat pahalanya di sisi Allah.
Perasaan orang yang amat memerlukan pertolongan tadi sukar digambarkan apabila doa mereka dimakbulkan Allah. Perasaan itulah yang aku rasakan apabila doaku dimakbulkan itu.
Jom jadi seorang kaya yang dermawan.
Semoga Allah membalas kebaikkan org itu dengan semulia-mulia balasan, Amin
Ameen ya rabbal alameen
semoga Allah pemrurahkan lagi rezeki beliau.. tolong orang yang sedang susah, insyaAllah ada balasan dari-Nya kelak..
Dkna Abza recently posted..Fasa Pertama Kehidupan Berkeluarga
Ameen
alhamdulillah..sebak ustazah baca, Tahniah yakin dgn meminta bantuan pada Allah dgn jln solat, dan semoga Allah SWT memudahkan serta semakin menambah rezeki pada yang membantu menyelesaikan masalah sohoque
Ameen.. berkat doa ustazah
sohoque recently posted..Ujian Daripada Allah – Musibah Atau Hikmah?
alhamdulillah, ada juga yg sudi membantu.. rezeki tu, kalau tak, susah juga ye..
fiezaradzi recently posted..Speechless Friday#2 – Kedai Buku
yer.. kalau tak teramat la susah keadaan saya..
sohoque recently posted..Syukur Ya Allah, Terima Kasih Ya Akhi
Salam manis berhawa kampung 🙂
Alhamdulillah syukur nikmat.. amin
UmmiKami recently posted..Pantun Buruknya Apa…
alhamdulillah
sohoque recently posted..Ujian Daripada Allah – Musibah Atau Hikmah?
semoga Allah membalas kebaikan orang itu dan melimpahkan rezekinya..Amiin
Nakusan Bali recently posted..Membuat Widget Berlangganan Artikel Via Email
Ameen
Moga-moga perbuatan berbuat baik akan dibalas dengan baik.
akubiomed recently posted..Jejak perwira di Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia
InsyaAllah. Itu sudah janji Allah
Saya setuju. Kita MESTI kaya sebab dengan kekayaan kita, boleh bantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.
Zulhilmi Zainudin recently posted..Kenapa Pilih Untuk Marah Sedangkan Masih Ada Ruang Untuk Bersabar?
Ya betul tu tuan
Ya allah , bagus sungguh la org tu ..
puanbee recently posted..Misi Potong Rambut
memang beliau bagus.. payah dah nak cari org mcm tu skrg
Indahnya kalau saling membantu
Oneblogsocial recently posted..Partner
Subhanallah. Moga kita juga akan menjadi seperti mentor bro tu…pemurah..
hafizmd recently posted..Hari Minggu Yang Tak Bosan
ya betul… sbb tu rezeki beliau juga murah