“Tajuk panjang untuk copy writing, tajuk pendek untuk SEO”
Tajuk (title) sebagai daya penarik
Biasanya jika anda menulis tajuk artikel ataupun entri anda, anda suka tajuk yang panjang ke ataupun tajuk yang pendek?
Perkara ini menjadi salah satu aspek yag amat penting di dalam penulisan di samping aspek-aspek yang lain yang juga perlu dititik beratkan seperti content (isi) yang menarik, dan sebagainya.
Tajuk menjadi daya penarik untuk pembaca mengelik (klik) pautan (link) yang kita tinggalkan baik di dalam emel, media sosial dan lain-lain lagi.
Entri yang mempunyai tajuk yang menarik biasanya mendapat hit yang tinggi daripada pembaca berbanding dengan entri yang mempunyai tajuk yang biasa-biasa atapun suam-suam kuku saja.
Contoh tajuk
1. “Burger Istimewa ini buatkan saya teringatkan seorang pelakon terkenal setelah menikmatinya dua hari yang lalu di burger byte damansara utama”
2. “Menikmati Burger Bakar Abang Burn di Section 7 Shah Alam”
Jika anda terjumpa dua link di atas, yang manakah anda rasa nak klik?. Tentulah yang no 1 bukan?
Tajuk tersebut menimbulkan tandatanya, mengapa dan siapa? Mengapa burger tersebut buatkan saya teringat-ingat? Siapa pula pelakon terkenal yang dimaksudkan?
Tajuk no 2 sedikit suram dengan gaya biasa yang sering kita jumpa dan baca. Baca tajuk pun kita sudah tau apa penulis nak cerita. Penulis nak bagitau pengalaman dia makan di restoran burger tersebut kan?.
Jika penulis adalah blogger terkenal seperti Ben Ashaari, yang memang saya suka ikuti perkembangannnya setiap hari ok la. Mungkin saya akan klik juga. Sebab saya nak tahu aktiviti apa yang dia buat pada hari tersebut.
Tetapi jika penulis adalah blogger biasa seperti saya, mesti rakan-rakan media sosial saya tidak rasa terpanggil untuk membaca jika saya menggunakan tajuk nombor 2.
Tajuk Pendek vs Tajuk Panjang
Jika mengikut ciri-ciri yang dimahukan oleh enjin carian Google, tajuk seboleh-bolehnya tidak melebihi 60 bilangan huruf. Perkataan ataupun keyword yang terhasil selepas huruf ke 60 tersebut tidak diambil kira oleh google.
Namun pada saya ia adalah faktor kecil dari segi kekuatan SEO entri tersebut. Maksud saya jika faktor-faktor lain yang ada pada blog dan entri kita kuat, entri kita masih boleh dirankkan di mukasurat pertama enjin carian Google.
Untuk perkara ini saya lebih suka mengambil hati pembaca saya dengan membuat tajuk yang menarik daripada menjaga hati google yang menyekat seni copy writing dengan had bilangan huruf tersebut.
Entri yang saya tulis pun untuk pembaca saya. Jadi jika saya tak ambil hati pembaca, hati siapa lagi yang saya kena jaga?
Plugin WordPress
Namun saya sedikit bernasib baik kerana saya adalah pengguna platform blogging WordPress. Untuk pengguna platform ini ada beberapa plugin SEO yang boleh digunakan untuk memantapkan SEO entri kita.
Yang paling terkenal adalah All in One SEO dan SEO by Yoast. Saya gunakan yang pertama kerana ia lebih ringkas dan senang untuk difahami.
Dengan plugin tersebut saya boleh menggunakan dua tajuk di dalam entri saya. Yang pertama tajuk biasa yang dibaca oleh pembaca di dalam entri. Yang kedua tajuk yang saya masukkan di dalam plugin SEO saya yang dibaca oleh Google. Kedua-dua tajuk tersebut diindeks oleh google.
Jadi apa yang saya buat, saya akan menggunakan tajuk yang panjang dan catchy untuk entri saya untuk di baca oleh pembaca dengan diselitkan bunga-bunga Copy Writing di dalam entri. Di dalam masa yang sama saya juga turut menggunakan tajuk yang ringkas dengan mebggunakan plugin yang mengikut ciri-ciri yang dimahukan oleh Google sebagai kekuatan SEO entri tersebut. Tajuk ini boleh dilihat di tab browser komputer anda.
Jangan menipu
Awas. Jangan menipu pembaca! Tajuk lain tetapi isinya lain.
Ada blogger yang menggunakan tajuk yang gempak, sesetengahnya mengambil kesempatan di atas isu-isu semasa yang panas untuk menarik pembaca klik pautan entrinya. Tetapi apabila di klik tiada pun kisah seperti di dalam tajuk.
Saya pernah terjumpa tajuk lebih kurang macam ni: “Terbongkar! Blogger membuat pembedahan plastik!”
Tetapi bila saya klik, tiada pun kisah tersebut. Entri beliau adalah tentang beliau terjumpa klinik yang membuat pembedahan plastik dan beliau telah berselfie di depan klinik tersebut.
Bagi pengikutnya ia mungkin gurauan. Tetapi kepada bukan pengikut ataupun pembaca yang lain yang mencari info tersebut di enjin carian, mereka mungkin terasa ditipu.
Konklusi

konklusinya, pada saya, saya tak kesah menggunakan tajuk yang panjang janji ia boleh mewarnakan lagi entri saya dan ia membuatkan pembaca suka dan klik pautan entri saya.
Jadi ia akan menjadikan entri perkongsian saya lebih luas dapat dikongsi bersama pembaca.
Blog yang gemar menggunakan tajuk panjang adalah The Vocket. Kebanyakkan tajuk-tajuknya memang catchy dan panjang.
Sekian. Jika anda berpendapat seperti saya, cara ini boleh anda cuba!
saya pun jenis suka taip tajuk panjang.. hihi.. tapi idok ler sampai 60 patah…
hehehe salah baca tu kot. bkn 60 patah perkataan tp 60 aksara/huruf
hurmmm betul jugak yerrr…..memang entry paling jilake kalau tajuk lain isi lain …..
perasan satu benda …entry wak hoq banyak ajak pembaca bergikir dengan bijak….
dan secara tak sengaja saya acah2 jadi bijak lepas membacanya…..
hahahaha.. lawak komen kak long
kita kadang2 panjang jugak tajuknya
muhammad nizam recently posted..KAU CUKUP SEKSI BAGI AKU
ok lettew!!
Perkongsian yg menarik…tq abe hoq..
moga sama2 dpt manfaat
Info yg sangat menarik..tambah pengetahuan Sal dalam dunia blog..tq abe hoq
terima kasih sbb sudi baca. moga sama2 dpt manfaat
Wah… best giler entri ni. Terus saya subscribe ya. Terima kasih beri cadangan. Lepas ni saya boleh cuba jaya lagi.
ieta mat saad recently posted..Codi Belle Alhamdulillah RM2 pun rezki
terima kasih krn sudi jenguk blog ni. moga sama2 mndapat manfaat
Kalau pendek sangat tajuk artikel tak menarik perhatian pembaca. Kalau terlalu panjang tak ok jugak
Khairul Zamri recently posted..Program Qurban dan Aqiqah
setuju
Ooo..itu kelebihan platform wordpress. Boleh ada 2 tajuk. Ok, thanks , beri ilmu baru
Nurul recently posted..5 sebab kenapa saya ambil Vitamin C
moga sama2 mendpat manfaat
Haish! SEO nih dah berapa kali galigali pun Mrs. A tak berapa nak cerdik lagi ngeh!ngeh!ngeh!
Mrs. A recently posted..Selamat Pengantin Baru! Aqilah
tak nak pening kena belajar gan org
Tajuk entri? Hurmmmm, saya main bedal je haha
siti hazreen recently posted..7 Soalan Yang Selalu Ditanya Oleh Calon SPM Tentang Institusi Pengajian Tinggi
bedal pun boleh… tp kalau guna tajuk yg catchy bagus untuk tarik reader utk reader klik dan baca entri kita
Tajuk panjang lebih menambah ghairah
yup… lbh bebas mengayat
good tips ni. wordpress mmg hanya sampai 60 sahaja.
Raihanah Ahmad recently posted..Diet Rendah GI Untuk Penghidap Diabetes
Aku biasa tulis tajuk entri pendek2 je..
Malas nak fikir ayat panjang2.. Haha..
Anarm recently posted..Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak
Tajuk pendek ka tajuk panjang ka tara kesah abam. Janji mood ada
tips yg bagus, tp agak sukar untuk buat tajuk yg power,kena kreatif..tp itula, blogger kena byk membaca, br dpt byk idea 😉
CN recently posted..GIVEAWAY WOMEN DESIRE BY INTAN
yup.. byk membaca, writing skill akan otomatik jd bagus
Suka yg singkat (pendek) namun jelas tajuk yg ingin di sampaikannya. Eniwe, trmksh atas info nya, salam 🙂
wassalam.. terima kasih kerana singgah ya
Moga sama2 mndapat manfaat. Terima kasih sudi singgah dan baca
pls share more.. suka baca.. susah nak buat tajuk pendek.
ok.. insyaAllah jika ada kelapangan menulis sy akan share banyak lagi
heheh best tajuk.. ai pun dok pikir benda yang sama
heheheh…
Bagaimana dengan platform selain wordpress yang tidak punya dua tajuk untuk satu entry ya….?
anoref recently posted..Cara membuat kode html widget alexa rank
so kekurangan satu kekuatan lah.. namun bkn faktor ini sahaja yg blh kuatkan seo. banyak lagi faktor lain. kuatkan seo dgn faktor lain
Tq for sharing
terima kasih sbb sudi singgah