
Suatu hari aku sedang di dalam perjalanan ke Ofis Public Mutual di bangsar. Aku melalui Jalan Maarof. Sesampai sahaja di traffic light berhampiran stesen petronas traffic light merah, ada seorang mamat India menunggang motosikal EX5 melambai-lambai memberi isyarat supaya aku memberhentikan kereta.
Aku dengan sedikit perasaan takut di hati telah memandu terus ke stesen petronas yang berada lebih 50 meter di hadapan. Bimbang juga kalau-kalau india tu ada niat jahat. Mana la tau kot-kot dia diupah seseorang untuk mengkhianati aku seperti kena pukul ke atau apa saja. Sekurang-kurangnya di petronas ada ramai orang. 😆
Sampai di stesen minyak petronas tu aku keluar dengan berhati-hati untuk mengetahui apa niat sebenar mamat tu. Mamat tu dengan muka bersungguh-sungguhnya bagitau yang tayar kereta depan sebelah kiri ada masalah sambil menunjukkan ke arah tayar yang dimaksudkan.
Memang betul!!!Tayar kereta aku berasap! Dan asapnya agak banyak dan jelas kelihatan. Aku memeriksa rim sport di mana asap itu keluar. Di dapati ada lelehan minyak di situ. Aduuh, kopak lagi duit aku.. Keluh ku dalam hati..
Mamat India tadi dengan bersungguh-sungguh memujuk aku ke bengkelnya yang menurutnya terletak tidak berapa jauh dari situ. Aku terpaksa menolak kerana setengah jam lagi selepas itu aku ada appoinment dengan prospek aku yang dah dirancang awal lagi.
Kebetulan pula kereta aku dah tiba masa untuk diservis di pusat servis Honda. Mamat tadi dengan sedikit marah mencatatkan nombor handphonenya dan menyuruh aku call dia jika masalah berlarutan. Aku cepat-cepat ambil supaya dia cepat pergi.
Keesokan harinya aku bawa kereta tu ke Pusat Servis Honda dan mengadu akan masalah tersebut kepada person incharged. Selepas diperiksa, tiada apa masalah yang berlaku pada tayar tersebut. Aku tersangat la pelik.
Menurut person incharged tersebut bulan tu sahaja dah ada 3 orang yang datang ke pusat servis tu mengadu benda yang sama dan setelah diperiksa memang tiada apa yang berlaku.
Menurut person incharged tu lagi, semua yang berlaku hanyalah taktik penipuan pengusaha bengkel kereta. Memang sudah menjadi trend sekarang, pengusaha bengkel kereta terlampau yang desperate nak bisnes lalu terpaksa membuat taktik penipuan sebegitu rupa.
Mereka ini akan menyemburkan sejenis cecair yang berupa seakan-akan minyak kepada rim tayar kereta. Ini dilakukan di lampu isyarat apabila pemandu kereta alpa dan tidak memandang kearahnya. Biasanya mereka menunggang motosikal supaya senang membuat taktik penipuan ini.
Jadi kepada pembaca budiman, hati-hati jika perkara ini terjadi kepada anda. Berfikir dulu sebelum membuat tindakan. Jangan tergesa-gesa.
Kalau boleh berhenti di tempat yang ramai orang seperti stesen minyak ataupun di depan restoren. Sebabnya kadang-kadang orang lain akan datang sekali bertanya masalah kita. Jadi mamat yang membuat taktik penipuan tu akan rasa sedikit gementar kerana orang lain mungkin tahu akan taktik penipuan yang dirancangnya.
satu lagi, kita boleh meminta second opinion daripada orang yang datang melihat masalah kita tu.. Dengan tindakan bijak kita, insyaAllah taktik penipuan yang keji tersebut dapat dihindari.
Wallahua’lam.