
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Taman Tema Resort World Genting akan ditutup? Ya. Ia akan ditutup pada bermula 1hb September 2013. Ini untuk memberi peluang kepada kerja-kerja pembinaan semula Taman Tema Resort World Genting.
Resort World Genting dalam Majlis Menandatangani MOA Antara Resort World Genting Dan 20th Fox Century yang telah diadakan pada 26hb Julai baru-baru ini telah telah mengumumkan perkara tersebut.

Jika Singapura boleh berbangga dengan Universal Studionya, Malaysia akan berbangga dengan Taman Tema Resort World Genting yang akan berubah wajah pada 2015, demikian ujar Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Genting Malaysia Berhad dalam majlis tersebut.
Untuk Taman Tema Resort World Genting yang dibina nanti, Genting berkerjasama dengan 20th Fox Century, sebuah syarikat penerbitan filem yang berpengalaman berpuluh-puluh tahun lamanya.
Antara yang akan dimuatkan di dalam Taman Tema Resort World Genting yang baru itu nanti ialah:
- lebih 25 ekar kawasan akan diperuntukkan untuk lebih 25 permainan (rides) dan tarikan yang berasaskan media, thrill rides, dark rides, children rides dan water rides.
- Permainan tunggangan (rides) dan tarikan berasaskan 20th Fox Century blockbusters seperti ICE AGE, RIO, LIFE OF PI, ALIEN, PREDATOR dan NIGHT AT THE MUSEUM. Filem lain akan diumumkan kemudian.
- Perarakan Impian (Dream Parade) yang akan dianggotai oleh watak-watak dan karektor di dalam filem tersebut.
- Kedai Barangan runcit serta kedai makanan dan minuman bertema.
Mengikut kata Jeffrey Godsick, Presiden 20th Fox Century Consumer Products, mereka memilih Malaysia secara amnya dan Resort World Genting khasnya kerana mereka yakin dengan keupayaan Genting dalam menjadi pendahulu dalam industrinya. Dan Malaysia katanya mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi tumpuan dunia.
Walaupun Taman Tema Resort World Genting akan ditutup pada 1hb September nanti, ianya tidak bermakna Resort Wold Genting akan turut menutup perniagaannya. Operasi lain seperti hotel-hotel dan permainan indoor masih boleh dinikmati.
Jadi kepada yang ingin merakam detik kenangan di Taman Tema Resort World Genting boleh lah berbuat demikian sebelum ianya ditutup.
harapan kita supaya dengan adanya Taman Tema Resort World Genting yang berwajah baru nanti, Malaysia akan terus dikenali di mata dunia.
wah!, cam best je, dah pernah sekali pergi, sekarang tunggu 2015 plak, melihat apa yang berubahnya…
Bahrain recently posted..23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
mesti best nnti.. tp tiket lg mahal la kot
bertambah meriah lagi lah genting lepas ni. hehehe
boni kacak recently posted..Berbuka Puasa Di Paparich Bangsar Bersama Samsung
tu la.. tiket sure mahal nnti
gambar tu memang tak jelas yek.
titan recently posted..Kisah kejayaan Hiruma Youchi.
gambar ni pihk genting yang emel. memang tak jelas. gua lak tak pandai nak memperjelaskan ia..
Kena pergi sebelum dia tutup..
Fazrol recently posted..Promosi Jualan Barang Kemas untuk hari raya!
betul tu. blh buat kenangan lawatan terakhir sebelum taman tema ditutup
THX FOR INFO. INGATKAN SBB ADA TADI.
leeza dayasari recently posted..Lukisan dan Teknik Warna Yang Terbaik
no problem. tajuk kena gempak sket. heheheh
kena naik bro. sblm sept 1.
Cepatnya Respon…. Tak dan publish dah ada respon.. hehehe
Anuar recently posted..Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart Shopper
😉
huhu bakal menyebabkan den nak ke sana nanti
Zuan recently posted..Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, Banting
canteeek bro zuan
Dan berharap tiket yg dikenakn mampu milik
hafiz recently posted..Iklan raya 2013
ya betul tu.. kalau mahal sgt susah gak
Salam.. elok lah dibuat baru.. Supaya bertambah pelancong dari luar negara.. Ekonomi pun akan bertambah baik..
waiman takwa recently posted..Kejadian Tembak Curi Menular Ke Sabah
sy pon setuju dgn pandangan saudara
saya belum pernah jejakkan kaki lagi,huhu..
Portal KSSR recently posted..Bagaimana portal ini menjana sumber kewangan?
oh ya ke? kena la pergi sekali sebelum ditutup.
Bertambah terkenal Malaysia selepas ini. Meningkatlah jumlah pelancong masuk dan dapat bantu mencapai sasaran 24 juta pelancong setahun…
Mohd Shubhi recently posted..Potong tali tu ! baru ke depan…
itulah harapannya.. hehehe
Tak pernah lagi naik ke genting…kena tunggu taman baru naik la
daddydee recently posted..Kerja Mudah Gaji Lumayan
rugi tuan. kena naik la sekali.. naik yg lama dulu. baru leh beza dgn yg baru nanti.. hehehehe
Baru tau pasal benda ni. Elok pergi ni buat kenang-kenangan sebelum berubah wajah.
Hazmin Hamudin recently posted..Empat Susu Danone Dumex Disyaki Tercemar
ya lor. kena pergi sebelum depa buat yg baru. nnti akan jd kenangan yg berharga
dah lama tak g sana ^_^
fyna recently posted..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
sy baru jer pegi itu hari. dpt stay hotel free. genting bg
Taman Tema ni nak di tutup sebab nak di upgrade rupanya… jadi ada lebih kurang 25 hari lagi sebelum ianya ditutup… Masih sempat bawa ahli keluarga jalan-jalan ke sana…
Anuar recently posted..Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart Shopper
satu idea yg bagus tu
[…] 10. Taman Tema Resort World Genting Akan Ditutup […]
[…] Taman Tema Luar Taman Tema Resort World Genting sedang ditutup kerana memberi laluan kepada pembinaan semula Taman Tema yang lebih menarik dengan kerjasama erat […]