Alaaa Datang Jugak Kat Aku Batu Ni… Adehhh!

2
304

Tanda-tanda terkena sakit Batu Karang

Aku biasa mendengar di kalangan rakan-rakan yang pernah ada pengalaman sakit Batu Karang tentang betapa sakitnya kalau terkena penyakit tersebut.

Tuhan saja yang tahu betapa azabnya aku nak buang air kecil bro..!, ujar sahabat aku dengan penuh perasaan. Riak wajahnya ada kerutan menandakan beliau terbayang tentang azab yang beliau katakan itu.

Cuma masa tu, aku dengar mereka mengeluh tapi dengar macam tu jer. Kesakitan sebenar aku pun tak dapat nak bayangkan. Hanya simpati yang mampu aku zahirkan.

Akhirnya.. Aku pun terkena

Minggu lepas, sejurus selepas bangkit daripada tidur di pagi yang hening untuk tunaikan kewajipan fardhu Subuh, aku dah rasa lain macam kat perut aku. Nak kata sakit perut tak rasa macam sakit perut…

Rasa nak kencing selalu. Kadang-kadang rasa nak buang air besar jugak. Aku dah mula berulang-alik ke tandas. Tapi kebanyakannya aku tak buang air pun. Rasa jer nak buang air, tapi bila nak buang tak nak keluar pulak..

Aku cuba lumurkan Minyak Herba Asmak yang masih ada dalam simpanan aku di bahagian bawah perut diiringi dengan doa supaya ujian ini segera dihentikan. Namun ia tak juga mahu pergi. Allah nak uji aku lagi.. Allahuakbar..!

Aku dah berpeluh. Aku cuba lupakan sakit aku dengan buat-buat sibuk. Masuk dapur, bukak periuk tengok-tengok ada nasi dingin. Cek dalam peti ais, ada lagi sebahagian daripada ayam mentah lebihan daripada yang isteri aku masak semalam.

Ok.. Dapat idea untuk lupakan keadaan tak harmoni kat bahagian bawah perut aku. Aku mulakan aktiviti menggoreng nasi pada pagi itu. Sempat juga bekalkan untuk isteri untuk buat sarapan kat pejabatnya.

Lepas isteri berlalu ke tempat kerja, aku cuba makan Nasi Goreng tersebut. Baru setengah pinggan, rasa lain macam kat perut macam awal pagi tadi datang lagi. Kali ni terasa lebih kuat.

Ke klinik jua akhirnya…

Tak senang duduk aku dibuatnya. Ok.. Aku mengalah. Aku akur untuk ke klinik. 

Kat klinik pulak orang ramai namati. Ada 10 orang lagi sebelum aku. Adehhh.. Perut makin tak selesa. Memang tak senang duduk dibuatnya. Duduk tak kena, berdiri pun tak kena. Mundar mandir aku dalam klinik..!

Bayangkankan hampir 1 jam aku tunggu dengan keadaan perut aku yang sangat tidak selesa. 

Sampai jer giliran aku, terus berlari aku masuk ke bilik doktor. Setelah menerangkan tentang masalah aku, doktor mengangguk. Aku rasa dia dah syak ini simptom Batu Karang ni.

Tapi dengan sikap profesional dia mencadangkan aku membuat ujian air kencing terlebih dahulu. Aku respek doktor macam ni. Dia tak terus jump into conclusion.

Tunggu lagi setengah jam. Selesai analisa yang dibuat ke atas air kencing aku, sah..! Aku positif Batu Karang. Air kencing aku ada 3% kandungan darah hasil pergeseran batu karang dengan salur kencing aku.

Aku angguk jer dengar apa yang doktor terangkan selepas itu walaupun aku langsung tak boleh tumpu perhatian sebenarnya. Otak aku tak boleh fikir apa-apa dah. Tak selesa kat perut tu menghalang segalanya.

Ubat Batu Karang

Batu Karang yang ada dalam salur kencing aku ni doktor kata tak besar. Ia akan keluar bersama air kencing nanti. Cuma kena banyak minum air masak.

Fuuuh.. lega aku. Aku dah terbayang kena operate bagai dah…

Jadi doktor Hanya bagi ubat tahan sakit dan ubat yang dibancuh bersama air untuk diminum. Ubat lawas kencing katanya.

Nasib baik ubat tahan sakit tu power. 10 minit jer, perut aku terus rasa macam tak der apa-apa dah.. Lega yakmat..!

Nasihat buat yang belum kena

Korang banyakkan minum air.. Minum maksud aku ni bukannya korang pekena teh tarik bergelas-gelas.. hahaha.. Banyakkan minum air kosong. Nak elok lagi korang amalkan minum air yang ada alkali sikit.

InsyaAllah.. Dengan mengamalkan minum banyak air dalam kehidupan seharian kita, bukan sahaja dapat menghindari penyakit Batu Karang, malah ia juga dapat mengawal berat badan kita.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here