Sunday, May 28, 2023
HomeJalan-jalanTanglung Peranakan Gergasi Di Jonker Walk Melaka

Tanglung Peranakan Gergasi Di Jonker Walk Melaka

Tanglung Peranakan Gergasi di Jonker Walk Melaka

Korang mesti dah pernah sampai di Jonker Walk Melaka kan? Bila kali terakhir korang jejakkan kaki kat sana?

Aku pernah sampai sana sekali. 7 tahun lepas kot kalau tak silap. Masa tu memang program aku “round” Melaka Bersama family. Banyak lagi la tempat yang aku singgah selain Jonker Walk.

Bukti aku pernah sampai Jonker Walk.. Hehehe

Sekarang, confirm Jonker Walk dah banyak berubah berbanding 7 tahun lepas. Tambah lagi selepas PKP yang memaksa rakyat Malaysia membataskan pergerakan sedikit masa dulu yang menyebabkan industry pelancongan negara terjejas teruk.

Sekarang ni kerajaan negeri Melaka,dibantu oleh badan NGO serta syarikat swasata sedang giat mengadakan aktiviti pelancongan dan promosi untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara bertandang ke sana semula seperti sebelum pandemic Covid19 melanda dulu. Almaklumla industri pelancongan ni sumber ekonomi utama negeri Melaka.

Tanglung Peranakan terbesar

Antara tarikan terbaru di Jonker Walk sekarang adalah Tanglung Peranakan Gergasi. Kalau korang bertandang ke Jonker Walk sekarang korang akan dapat melihat sepasang tanglung yang besar tersergam dengan megahnya di situ.

Tanglung yang ditaja oleh gula-gula Himalaya Sports itu berada pada ketinggian 12 kaki dan mempunyai saiz 8 kaki lebar. Tanglung-tanglung ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai “Tanglung Peranakan Terbesar” dan syarikat konfeksionari gula-gula tersebut dianugerahkan pengiktirafan pada pelancaran rasmi tanglung berkenaan, yang disaksikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing, dan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Melaka, Datuk Wira Gan Tian Loo.

Lebih istimewa lagi untuk korang yang datang ke Jonker Walk, korang akan dapat melihat sendiri rekaan menarik pada tanglung peranakan gergasi yang menggambarkan sejarah perjalanan legenda Laksamana Zheng He ke Melaka untuk tujuan diplomatik dan perdagangan atas perintah maharaja dinasti Ming pada awal abad ke-15. Peristiwa inilah yang kemudiannya membentuk suatu ikatan kukuh antara dua kerajaan dan seterusnya mencetus budaya Peranakan kita.

Tanglung ini akan dipamerkan dihadapan bangunan pejabat Jawatankuasa Jonker Walk sehingga 30 Jun 2023. Ia dipertontonkan lebih awal daripada perayaan Tahun Baharu Cina untuk menerangi Jonker Walk yang bakal sibuk dengan penduduk setempat yang mengunjungi Chinatown itu ketika mereka membuat persediaan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina nanti. Jadi pelancong tempatan dan asing boleh merebut peluang mengambil kesempatan untuk menikmati suasana meriah sepanjang percutian.

Foto-Foto yang diambil dalam suasana meriah tersebut pasti unik dan terbaik serta akan menjadi kenangan yang tak dapat dilihat di tempat lain. Gempak tu kalau sharing kat Media Sosial.. Hahaha..

Dah tahun ketiga rupanya..

Tanglung Peranakan Gergasi, terima kasih Himalaya Sports

Pelancaran tanglung peranakan gergasi yang tersergam indah itu adalah sebahagian daripada inisiatif penjenamaan Himalaya Sports di destinasi utama pelancong ini. Himalaya Sports juga adalah penaja rasmi gerbang laluan masuk Jonker Walk dan 800 biji tanglung merah yang melambangkan tuah sambil menghiasi langit di kawasan bersejarah Chinatown itu.

Sebenarnya, ini adalah tahun ketiga Himalaya Sports menaja event di Jonker Walk ini. Kerjasama antara Himalaya Sports dan Jawatankuasa Jonker Walk ini sedikit sebanyak dapat membantu pemulihan industry pelancongan negeri Melaka yang terkesan teruk akibat pandemic Covid19.

Tahun ini, dengan adanya sepasang tanglung peranakan gergasi yang unik ini, Jonker Walk dijangka akan menjadi tumpuan para pelancong dari luar dan dalam negara sebagai tambahan tarikan yang sedia ada seperti pasar malam hujung minggu, kedai antic di samping dapat menyelami budaya Baba Nyonya.

Adunan unik adat Cina dan Melayu, budaya Peranakan terbukti dalam bahasa, pakaian, makanan serta seni tradisional pembuatan tanglung – sejenis kraf yang dipercayai dibawa oleh anggota kru berkemahiran Laksamana Cina Zheng He ke Semenanjung Malaysia ketika perjalanannya. 

Secara tradisionalnya diperbuat daripada buluh yang melambangkan kekuatan dan kebaikan, tanglung digantung di laluan masuk ke rumah sepanjang perayaan yang menggembirakan ini dan hari sembahyang nenek moyang dalam kalangan Cina Peranakan. Ia juga dikenali sebagai tanglung nama keluarga kerana nama keluarga dan kelompok keluarga ditulis dengan ketara pada tanglung di samping lukisan menonjol yang melambangkan beberapa aspek budaya Cina, dan ia lazimnya diwarisi turun temurun.

Inilah sebenarnya yang membuatkan Jonker Walk secara khasnya dan negeri Melaka secara amnya, sebuah tempat yang sangat unik dan sangat berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia.

Jom..!

Menarik kan? So untuk korang yang tengah terfikir-fikir nak pergi mana masa cuti Tahun Baru Cina nanti, korang boleh rebut peluang untuk datang ke sini. Bukan apa.. Tanglung peranakan gergasi tersebut akan menjadi lebih unik dan hebat  jika berlatar belakangkan warna warni kemeriahan orang ramai yang berkunjung ke situ nanti.

Tapi kalau tak sempat datang dalam masa terdekat pun ok. Sebabnya tanglung gergasi ini boleh korang saksikan bila-bila masa jer sehingga pertengahan tahun ini. Sebabnya ia akan dipamerkan sehingga 30 Jun 2023. Jadi kalau tak sempat datang dalam waktu terdekat, datang jer bila-bila masa yang korang free. Cuma kemeriahan Tahun Baru Cina tu jer la yang korang akan terlepas.

‘SPOT, SNAP & WIN’ contest

Untuk menambahkan lagi keceriaan sambutan Tahun Baru Cina, satu peraduan ‘SPOT, SNAP & WIN’ Himalaya Sports turut diadakan.

Mulai sekarang hingga 28 Februari 2023, pengunjung boleh meneliti sepasang tanglung  Peranakan itu untuk meneka bilangan pek gula-gula Himalaya Sports yang tersembunyi di dalam rekaan yang rumit itu dan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM19,888 sebagai permulaan bertuah kepada Tahun Arnab.

Berikut adalah perincian hadiah-hadiahnya:

  • Hadiah Utama – RM3,888 Wang Tunai & Barangan Himalaya Sports
  • 3 x Hadiah Pertama – RM1,888 Wang Tunai & Barangan Himalaya Sports
  • 5 x Hadiah Kedua – RM888 Wang Tunai & Barangan Himalaya Sports
  • 8 x Hadiah Ketiga – RM388 Wang Tunai & Barangan Himalaya Sports
  • 21 x Hadiah Keempat – RM88 Wang Tunai & Himalaya Himalaya Sports
  • 12 x Hadia Saguhati – Barangan Himalaya Sports

Korang boleh sertai peraduan ini dengan langkag-langkah mudah seperti berikut:

  1. Cari Tanglung Peranakan Gergasi Himalaya Sports di hadapan Jonker Walk Committee Office
  2. Kira pek gula-gula Himalaya Sports sebanyak mungkin yang anda mampu yang dicetak pada kedua-dua tanglung gergasi tersebut.
  3. Tangkap gambar swafoto anda ersama tanglung tersebut
  4. Hantarkan gambar swafoto anda dan berikan jawapan di komen facebook Himalaya Sports
  5. LIKE page Facebook: Himalaya Sports Malaysia

Haaa menarik..! Siapa tau korang bernasib baik dan menang nanti..!!!

Jom ke Jonker Walk geng..!

Loading

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1