Bernama melaporkan tarikh bagi melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini ditetapkan pada hari Khamis ini (19 Julai 2012)
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat yang telah ditetapkan untuk tujuan melihat anak bulan ini. Tempat-tempat tersebut ialah:
- Pontian Kecil Johor;
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Bukit Melawati, Kuala Selangor;
- Pulau Angsa, Kuala Selangor;
- Bukit Jugra, Banting Selangor;
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam;
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang;
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
- Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
- Bukit Besar Kuala Terengganu;
- Bukit Geliga, Kemaman;
- Pulau Perhentian, Besut;
- Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu;
- Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan;
- Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan;
- Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;
- Tanjung Lubang Miri, Sarawak;
- Teluk Bandung, Kuching Sarawak;
- Tanjung Batu, Bintulu Sarawak;
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;
- Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang;
- Gunung Berincang Cameron Highlands;
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
- Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan;
- Menara Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya;
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Melihat anak bulan Ramadhan adalah salah satu cara untuk mengetahui tarikh bermula bulan puasa iaitu 1 Ramadhan. Cara yang lain yang pernah digunakan ialah mengikut Rukyah dan Hisab.
dah tak lamalah nak berpuasa…
daddydee recently posted..Pelajar Sekolah Di Benarkan Membawa Handphone
ya la.. ahlan wasahlan yaa ramadhaan