
Antara watak yang berjaya mencuri perhatian aku dalam filem The Hobbit – The Desolation of Smaug ialah Tauriel dan Legolas. Keduanya daripada kerajaan Elves.
Beliau merupakan Elf Woodland yang namanya bermaksud “puteri Hutan”, dan merupakan ketua pengawal Mirkwood Elven. Beliau dimainkan oleh pelakon Evangeline Lilly (pernah berlakon dalam siri popular TV – Lost). Beliau daripada Silvan Elf yang kastanya lebih rendah daripada elf yang biasa di ketengahkan seperti Arwen, Galadriel, Thranduil, Legolas dan lain-lain.
Kalau sesiapa ada membaca buku The Hobbit karya asal J.R.R Tolien, sebenarnya tiada watak Tauriel ini. Plotnya lebih banyak berkisar kepada watak-watak seperti Bilbo Baggins, Gandalf the Grey dan 13 orang Dwarf dan perjalanan mereka ke Lonely Mountain.
Mungkin Peter Jackson (pengarah) merasakan cerita yang tiada watak wanita kurang nilainya, menyebabkan watak Tauriel dicipta. Dan ianya memang menarik. Dengan ketangkasannya menentang Orcs bersama dengan Legolas, watak ini berjaya menjadikan cerita ini lebih menarik. Ditambah lagi dengan konflik perhubungan cinta yang agak kompleks di antara Tauriel, Legolas dan Kili Dwarf.
The Hobbit: The Desolation of Smaug adalah kesinambungan daripada siri pertama The Hobbit: An Unexpected Journey. Cerita berkisarkan perjalanan Bilbo Baggins, Gandalf dan 13 orang Dwarf ke Lonely Mountain untuk mencuri batu Arkenstone daripada Smaug, naga yang menghuni Erebor iaitu kerajaan Dwarf yang amat kaya dengan sumber emas slepas menawannya suatu ketika dulu.

Pewaris takhta kerajaan Erebor, Thorin percaya untuk mendapatkan pengaruh daripada ketua-ketua suku Dwarfs yang lain untuk menyokongnya dan seterusnya merampas semula kerajaan Erebor, batu Arkenstone mesti berada di tangannya. Dan batu tersebut berada di bawah jagaan Smaug, naga yang telah menyerang dan merampas kerajaan Erebor.
Untuk itu mereka memerlukan seorang pencuri yang benar-benar mahir. Bilbo Baggins dirasakan amat sesuai untuk memikul tugas tersebut.
Perjalanan ke Lonely Mountain amat getir apabila mereka terpaksa mengelak daripada bertemu Orcs yang ingin menghapuskan mereka terutama Thorin dan Dwarfs yang lain akibat dendam dalam peperangan terdahulu.
Disebabkan perkara ini, mereka terpaksa memilih jalan yang sedikit sukar demi mengelakkan bertemu dengan Orcs. Mereka dicadangkan oleh Gandalf untuk merentasi Mirkwood yang dikuasai oleh kerajaan Elf pimpinan Thranduil. Di sini mereka telah diserang oleh labah-labah gergasi dan ditawan oleh Elves.
Di sini lah watak Legolas dan Tauriel muncul memukau penonton dengan ketangkasan mereka dengan panah dan busur menentang labah-labah dan Orc yang datang menyerang.
Terlepas daripada Mirkwood, mereka terpaksa diseludup oleh Bard, waris takhta kerajaan Dale, kerajaan di pinggir pergunungan Lonely Mountain ke Lake-Town.

Darpada situ mereka seterusnya ke Lonely Mountain untuk mencuri Arkenstone daripada Smaug. Berjayakah mereka? Apa terjadi kepada Bilbo Baggins dan 13 Dwarfs yang lain? Anda kena lah tengok sendiri. Untuk mendapatkan kesan yang lebih, aku syorkan anda tengok versi 3D. Memang terbaik!
Selamat menonton filem hebat ini walaupun tidak sehebat siri pertamanya. Tak sabar rasanya nak tunggu episod ketiga dan terakhir siri The Hobbit ini, The Hobbit: There and Back Again yang dijadualkan tayangannya pada Disember 2014. Etahun lagi tu… hehehehe.
Oh ya. Tket 3D aku ditaja oleh syarikat pengiklanan online terbesar Asia Pasifik iaitu Nuffnang, Terima kasih Nuffnang!
Cerita Hobbit ni memang Best.. Rugi tak beli novel Hobbit masa pergi dekat Big Bad Wolf Book Sale tempoh hari…
Anuar recently posted..Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia
sy pon beli novel kat big bad wolf. sy borong buku motivasi jer
ini yang wat aku nak tengok gak cerita nih..
titan recently posted..Sambung MOGOK.
tgk ar bro. tak kacak ar lu kalau tak tgk citer ni
Saya juga amat suka pada cerita ini.watak yang menarik perhatian saya dalam filem ini ialah bard..
yup.. mivie the hobbit dan LOTR mmg kegemaran sy. novel pon sy beli sebelum filem keluar