Teknik Story Telling Selalunya Tidak Akan Menghampakan…

0
974
rakan-rakan ni ada egonya tersendiri

Nak menyalurkan info Unit Trust pada rakan, terutama rakan-rakan semasa belajar dulu kena hati-hati. Kena pandai..! Ada tekinik-tekniknya..!

Rakan ni dia tak nak rasa macam diajar. Terutama yang dah berjawatan tinggi. Almaklumlah, kita ni kerja sendiri sahaja. Dia tidak sedar, nak jadi Unit Trust Consultant (UTC) ni kita kena lulus peperiksaan bagai, dan perlu melengkapkan 16 jam kursus sekurang-kurangnya samada kursus di ‘training room’ sebenar maupun secara e-training.

UTC dikawal selia oleh Security Commission dengan prosedur dan etika-etika professional. Ini menjadikan UTC seorang yang professional dan mahir dalam bidangnya.

Jadi cara Abam Hoq nak menyalurkan maklumat kepada mereka ini ialah Abam menggunakan teknik bercerita (story telling). Abam jarang sangat terangkan pasal UT secara terus kepada mereka. Tetapi Abam kaya dengan cerita pengalaman Abam selama 15 tahun dalam industry ini.

teknik story telling sangat sesuai untuk memberi info unit trust dengan santai tanpa prospek sedar kita educate mereka tentang Unit Trust

Abam akan bercerita tentang klien-klien Abam (tanpa menyebut nama). Cerita tersebut adalah kisah benar yang berlaku sepanjang penglibatan Abam dalam perkongsian ilmu perancangan kewangan ini.

Abam pilih-pilih cerita yang mungkin kena dengan situasi mereka. Mereka akan lebih sudi untuk mendengar kerana Abam bukan ‘mengajar’ mereka. Tapi Abam bercerita tentang orang lain, cuma situasinya kena dengan mereka.

Cerita macam ni memang berkesan kerana mereka akan dengar dan akan turut ‘terasa’ apa yang berlaku kepada orang yang Abam cerita tu. Biasanya diakhir cerita mereka sudah mula bertanya.

Di sinilah Abam akan mencelah masuk untuk ‘educate’ mereka pula. Biasanya sampai tahap ni, Abam dah boleh terangkan secara terus kepada mereka tanpa gunakan story telling lagi.

Dan biasanya mereka akan akur dan bersetuju membina satu pelan perancangan kewangan Islam dengan Abam. Paling tidak pun mereka akan gunakan skim pelaburan KW5P akaun 1 untuk dilaburkan.

rakan-rakan ni ada egonya tersendiri

Begitulah rakan-rakan kita ini. Tak suka terasa diajar. Lebih-lebih lagi yang sudah berjawatan tinggi. Walaupun bidang mereka sangat berlainan daripada bidang kita.

Seperti biasa, ni pautan untuk whatsapp Abam. Ada pertanyaan boleh ajukan:

>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge