
Dah dua hari saya di Kuala Terengganu. Ada emergency case. Family matter.
Pagi ni saya bersarapan di Warung Batu Bersurat, Ladang, Kuala Terengganu. Lokasi terletak berhampiran dengan bulatan Batu Bersurat Ladang. Kalau anda datang dari arah Marang, anda akan melalui di hadapan Hospital Nur Zahirah. Terus sahaja sehingga anda berjumpa Bulatan Batu Bersurat. Ambil exit ke 2 (pukul 12). Warung ini hanya 50 meter daripada Bulatan Batu Bersurat tersebut.
Warung Batu Bersurat ini ada menyediakan banyak menu sarapan pagi ala negeri Terengganu seperti nasi lemak Terengganu – ikan dan bilis, Nasi Kuning, Nasi Dagang, Nasi Minyak dan beraneka kuih muih. Rasa menunya yang “ala Terengganu” amat menarik hati saya.



Walaupun terletak di dalam Bandar Kuala Terengganu berada di warung Batu Bersurat ini terasa seperti berada di warung kampung kerana suasananya yang ringkas, santai dan bersahaja. Ditambah pula ada meja dan bangku yang diperbuat sendiri daripada kayu seperti warung di kampong-kampung.
Kepada rakan-rakan yang bertandang ke negeri Terengganu boleh lah singgah di warung Batu Bersurat ini ya.
Ps: alangkah bagusnya kalau tuan warung Batu Bersurat ni baca posting saya ni. Manala tau kot-kot lepas ni boleh makan free. Hahahahah.
as salam
tq psl info ni..esok nak gi kt
ooo.. ok. lama ker kat trg?
x lama..semalam ajerk..pastu gerak ke kb
kak ina kl recently posted..Jomlah Join Contest Blog Kakinakl.com
boleh dikatakan hari hari saya kat cni,,paling sikit seminggu seklai pasti menjengah kat cni.
best kan? 😉
[…] semalam. aku singgah untuk makan tengahari di Salah satu restoren menarik di Kuala Terengganu iaitu Warung Batu Bersurat. Aku lantas memilih meja yang agak hujung kerana bertujuan untuk buat kerja menggunakan […]