Pandemik Covid-19 maha hebat kesannya. Ekonomi hampir lumpuh. Sektor pelancongan yang banyak memberi pendapatan kepada negara lumpuh sekejap.
Nasib baiklah kerajaan Malaysia bijak menangani masalah ini. Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara perperingkat ternyata membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya negara kita dapat membendung wabak ini daripada menjadi lebih serius.
Langkah kita menangani Covid-19 diiktiraf dunia. Kita adalah antara negara yang terbaik dalam menangani kemelut Covid-19. Tahniah Malaysia!
Sekarang kegiatan ekonomi dan banyak kegiatan yang lain telah dibenarkan oleh kerajaan. Namun SOP perlulah diikuti dengan sebetulnya. Jika tidak, tindakan kompaun dan penjara akan dikenakan. Ini perlu diperketatkan kerana inilah norma baharu yang kita perlu aplikasikan dalam kehidupan kita di zaman Covid-19 ini.
Pelitup Hidung dan Mulut, Penjarakan Sosial dan Hand Sanitizer adalah perkara wajib setiap kali kita keluar rumah. Ikutlah SOP demi keselamatan kita dan orang sekeliling. Bukan susah pun kaaan..?
Gatal Kaki
Yang suka berjalan ataupun melancong mesti dah ‘gatal kaki’ selepas lama terperap kat rumah. Lupakan percutian ke luar negara. Abam Hoq agak, setahun dua lagi baru pelancomgan ke luar negara baru dibenarkan. Itupun jika wabak ini berjaya dikekang dan vaksin berjaya dicipta.
Sekarang aktiviti pelancongan dalam negara dah dibenarkan. Jadi kalian bolehlah tumpukan untuk melawat tempat-tempat menarik di dalam negara kita.
Serius Abam Hoq cakap, kat dalam negara pun banyak lagi tempat menarik yang kalian belum pernah pergi. Padahal kat Malaysia ni banyak jer tempat terkenal yang masyhur di mata dunia.
Abam Hoq ambil contoh Pulau Pinang (Penang). Biasanya orang pergi Penang hanya untuk santai-santai di tempat-tempat yang biasa dan makan-makan di restoran yang terkenal sahaja.


Tahukah kalian yang Penang terkenal dengan pelbagai tempat menarik dan unik yang diiktiraf dunia? Baca seterusnya untuk info tempat-tempat tersebut.
Abam Hoq yakin ramai lagi antara kalian yang belum tahu pasal ni apatah lagi melawat dan mencuba aktiviti di kesemua tempat tersebut.
Malah Penang Disebut oleh CNN sebagai salah satu “Tempat Terbaik untuk Dikunjungi untuk Pengalaman Asia Terunggul” (Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience)
Jom Ke Penang
Elok benarlah kalian ke Penang sekarang. Sebabnya Penang sedang mengadakan kempen JOM! Experience Penang.

Kempen ini bertujuan menarik pelancong domestik ke Pulau Pinang dengan promosi hebat seperti Tawaran Hotel Terbaik, Tawaran Tempat Tarikan Pelancong Terbaik, Tawaran Pakej Pelancongan Terbaik dan Terima Kasih Pejuang Barisan Hadapan yang boleh didapati di laman web kempen – penangtraveldeals.com.
Promosi kempen ini menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza disamping potongan harga yang menarik untuk penginapan, tempat tarikan pelancong dan pakej pelancongan. Yang menarik lagi, kempen ini juga menzahirkan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan di Malaysia dengan tiket masuk percuma dan tawaran menarik untuk hotel, tempat tarikan pelancong, dan perkahwinan melalui kempen Terima kasih Pejuang Barisan Hadapan. Untunglah Frontliners..!!!
Setelah dilancarkan di Penang, kempen ini turut disambung pelancarannya di Kuala Lumpur. Kempen JOM! Experience Penang telah dilancarkan di Hotel Pullman Kuala Lumpur pada 28 Julai yang lalu sebagai kesinambungan pelancaran di Penang sendiri oleh EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang. Turut serta adalah Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism Encik Ooi Chok Yan.
Inilah masa terbaik untuk kita mula keluar rumah semula, mengembara dan meneroka kepelbagaian dan keindahan Pulau Pinang yang terkenal di seluruh dunia dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, seni jalanan yang unik, makanan jalanan yang sedap, hutan hujan dara yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi.
Selain daripada tempat-tempat terkenal seperti Penang Hill, The Habitat, The Top Penang, The Gravityz, Tech Dome Penang, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Escape Theme Park yang sedia dikenali ramai, Pulau Pinang juga terkenal dengan tempat tarikan pelancong yang tiada bandingan di dunia yang kini dijenamakan sebagai 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang yang terdiri daripada:
- Trek Terowong Tercuram Di Dunia
- Sanktuari Rama-Rama Dan Serangga Yang Pertama Di Dunia
- Jambatan Tegangan Altitud Bak-Reben Tertinggi Di Dunia
- Cabaran Aktiviti Titian Bertali Tergantung Tertinggi Di Dunia
- Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia
- Menara Titian Udara Melengkung Pertama Di Dunia
- Gelongsor Menegak Pertama Di Dunia

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa tempat menarik yang lain di sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Jadi kalian boleh rebut peluang melancong ke Pulau Pinang, destinasi pelancongan bertaraf dunia yang berdekatan dengan kalian sempena kempen ini yang menawarkan potongan harga dan tawaran menarik. Cuti Hari Merdeka yang akan datang ini adalah antara masa yang paling sesuai untuk kalian ke sana.
Takut Covid-19?
Perkara ini sudah menjadi norma baharu, bukan kita sahaja, malah seluruh penduduk bumi. Jadi tak perlulah kita takut. Kita hadapilah ia dengan bijak. Covid-19 dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Kita dah kena belajar ‘adapt’ dengannya.
Jika kita ikut SOP dan sentiasa berhati-hati insyaAllah kita tertpelihara daripada wabak tersebut.
JOM! Experience Penang
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di bawah kempen “JOM! Experience Penang”, kalian boleh lawati penangtraveldeals.com. Segala info dan nombor yang kalian perlu hubungi ada di situ.
Selamat melancong..!
Sempat cuti kejap je Bang Hoq, dah PKP balik.
Tapi ye, Penang ni mmg banyak tempat boleh pi jenguk. Harap2 tempat yang ada binatang mcm Entopia dgn Countryside Stables tak lapar binatangnya masa tak ada visitors.
Kesian depa!
Iskandar recently posted..WOW! Ini 15 Hotel & Resort kat Malaysia Yang Gaya Macam Oversea