More

    Tempat-Tempat Yang Tidak Dibenarkan Untuk Dilihat Di Google Maps

    Google Maps

    Ada jugak tempat yang tidak boleh kita lihat di Google Maps rupa-rupanya. Untuk langkah-langkah keselamatan, sesetengah tempat tidak dapat dilihat di Google Maps. Gambar yang keluar di dapati kabur dan terganggu.

    Berikut adalah 10 tempat yang dimaksudkan (sila klik di atas link nama tempat untuk melihat gambar yang dikaburkan di dalam Peta Google):

    1. The Royal Residence, Belanda
    Juga dikenalli sebagai Koninklijk Paleis Amsterdam – tempat yang berkaitan rapat dengan keluarga di raja Belanda.

    2. Buffalo Niagara International Airport
    Sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps. Apabila kawasan tersebut dibesarkan gambarnya (zoomed in), didapati butirannya tidak boleh dilihat.

    3. Tantauco National Park, Chile
    Hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Banyak haiwan yang hampir pupus dan terancam di hutan ini dan ia merupakan rizab semulajadi swasta.

    4. Keowee Dam, South Carolina
    Empangan buatan manusia ini juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan ini membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

    5. Mysterious Russian Site
    Tiada kepastian mengapa lokasi di Rusia ini telah kaburkan, lebih-lebih lagi semenjak ia berada di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat dengan kawasan ini adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran kepada Alaska menyeberangi Selat Bering.

    6. The Minami Torishima Airport, Jepun
    Lapangan terbang satu landasan merentangi pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun – dikaburkan dengan warna putih. Ia kini sedang digunakan oleh Pertahanan Maritim Pasukan Tentera Jepun.

    7. The Michael Aaf Building, Utah
    Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat. Tempat ini digunakan oleh tentera untuk menguji sistem senjata biologi dan kimia mereka. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

    8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York
    Kawasan yang dibuka pada tahun 2010 – dikaburkan pada peta Google. Kemudahan mesra-eko yang berteknologi tinggi ini menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

    9. Babylon, Iraq
    Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah perladangan yang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar yang sibuk.

    10. Vlissingen, Belanda
    Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda ini bukanlah satu-satunya tempat yang kaburkan (di dalam peta google) di Belanda. Turut berada di dalam senarai adalah tangki-tangki minyak di Vlissingen , serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan diubah pixel gambarnya.

    Sumber: OddStuffMagazine

    p/s: Mengapa tempat-tempat ini tidak dibenarkan untuk dilihat? Adakah ianya menyimpan aktiviti-aktiviti rahsia? Paranormal aktiviti? Hahaha. Dah masuk alam misteri ni..

    “Jangan biarkan diri anda dibayangi misteri…” 😆

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge