2

Terbaik! BIMB Tampil Ringankan Beban Mangsa Banjir

banjir di kelantan

pemndangan banjir di Kelantan dari udara

Alhamdulillah.. Macam-macam bantuan orang kita salurkan untuk mangsa banjir. Cayalah Malaysia. Sampai saat ini belum putus-putus lagi sumbangan yang diterima mangsa banjir.

banjir di kota bharu

Stadium Sultan Muhammad ke 4 yang ditenggelami air

Dengar cerita daripada kawan yang jadi sukarela membantu mangsa banjir Kelantan, suatu ketika tu jalanraya di sana jadi sesak. Macm balik kampung musim perayaan. Berpusu-pusu kenderaan keluar masuk hulurkan bantuan.

Tadi ada terbaca kat surat khabar BERNAMA yang Bank Islam Malaysia Berhad telah umumkan yang bank itu telah memberi kelonggara kepada mangsa banjir.

bank islam

Inisiatif yang diambil oleh BIMB ini amat bagus

Yang terkena musibah banjir dan dalam masa yang sama menjadi pelanggan BIMBBIMB diberi kelonggaran untuk tidak perlu membuat bayaran semula pinjaman secara bulanan selama 6 bulan.

Produk pinjaman yang diberi kelonggaran tersebut termasuklah Pinjaman Peribadi i-Financing, Pinjaman Kenderaan i-Financing, dan Pinjaman Rumah i-Financing.

Sekurang-kurangnya dengan bantuan ini ringanlah sedikit beban mangsa banjir tersebut. Maklumlah banyak mereka nak kena fikir sekarang ni. Keadaan rumah lagi, barangan keperluan asas lagi.

Yang mana ada anak nak masuk sekolah lagilah banyak perkara nak kena fikir. Kelengkapan sekolah nak kena beli jugak walaupun dibolehkan pergi sekolah dengan memakai baju biasa.

Alangkah bagusnya jika bank-bank lain pun turut sama ikut langkah BIMB ni. Cuma nak kena buat sistem la. Sebab nanti ramai la pula yang mendakwa mangsa banjir. Teruk pula bank nak kena tanggung 6 bulan tanpa bayaran semula tu.

apa-apa pun syabas kepada semua yang memnbantu. Baik syarikat korporat, NGO ataupun orang perseorangan. Moga anda semua dibalas dengan kenaikan oleh Allah.

Ameen.

Show Comments

2 Comments

  1. Hazman Fadzil January 7, 2015
    • sohoque January 7, 2015

Leave a Reply

%d bloggers like this: