More

    Terbaik Dari PalmaBrand – Produk Susu Unta Camelus

    Unta… Haiwan yang sangat unik. Sangat banyak keistimewaan binatang ini. Dan ia berkait rapat juga dengan sirah nabi besar kita Muhammad saw.

    Binatang ini yang namanya disebut di dalam Al-Quran sudah pasti banyak keistimewaanya. Jika tidak masakan namanya disebut di dalam kitab suci bersama segelintir haiwan lain yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti semut dan lebah. Binatang-binatang ini menjadi petunjuk dan teladan kepada mereka yang berfikir.

    Susu Unta

    Selain daripada kebolehan dan ketahanannya hidup berbulan-bulan di padang pasir yang tandus, haiwan ini terkenal dengan susunya yang mempunyai banyak khasiat dan kandungan semulajadi yang bagus untuk kesihatan.

    Alhamdulillah… Aku berkesempatan meminum sendiri susu segar unta yang diperah daripada badan unta dan diisikan di dalam botol sederhana besar sewaktu aku menunaikan ibadah umrah 5 tahun yang lalu. Susu yang dijual dengan harga 5 rial sebotol itu sangat sedap diminum begitu saja.

    Sejak itu tiada lagi perkara yang berkaitan dengan haiwan ini yang berkait secara langsung dengan hidup aku kecuali hati unta yang aku beli dan masih simpan sehingga kini di dlam peti ais. Hati unta ini katanya boleh mengubat sakit lelah dan asma. Dulu semasa kecil anak aku yang sulung didapati mengidap penyakit mild athma (asma ringan). Sebab itulah aku beli hati unta tersebut. Namun aku tak pernah gunakan untuk dijadikan ubat.

    Camelus

    Sehinggalah nama Camelus bermain dibibir blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Bermula dengan usaha membina kesedaran kepada masyarakat tentang kewujudan satu produk yang berasaskan susu unta dengan cara menghebahkan logo Camelus yang merupakan gambar seekor unta di media sosial.

    logo unta ni amat unik dan bertepatan dengan produk
    logo unta ni amat unik dan bertepatan dengan produk

    Perancangan yang cukup bijak. Setelah followers mula tertanya-tanya tentang produk apakah yang cuba dihebahkan, kami telah dijemput ke pejabat Camelus untuk sesi pengenalan produk dan beramah mesra dengan pihak PalmaBrand, syarikat yang mengeluarkan produk Camelus. Seramai 10 orang blogger daripada KBBA telah menghadirkan diri. Turut sama adalah para wartawan dan pengamal media sosial yang lain.

    Pejabat Camelus yang terletak di blok bangunan paling belakang daripada blok bangunan yang ada restoran Bangi Kopitiam Batu Caves ini masa mula-mula aku sampai, aku nampak biasa saja. Mungkin kerana pejabatnya terletak di tingkat satu kot. Tapi setelah aku menjejakkan kaki ke dalam pejabat serta merta persepsi aku berubah. Cantik pejabat PalmaBrand ni.

    Di segenap dinding yang didesign khas, ada dipamerkan produk-produk Camelus yang siap dalam packaging yang amat menarik. Di satu sudut lain di ruangan pejabat ini disediakan rak-rak pameran untuk produk-produknya.

    rak produk camelus

    teh-tarik-camelus

    coklat camelus

    Sementara menunggu sesi penerangan produk bermula, kami dijamu dengan kuih-kuih dan cookies yang dibuat berasaskan susu unta. Sedap! Kuih dan cookies ini juga akan turut dipasarkan ke pasaran Malaysia. Sambil makan kami disapa dan ditegur mesra oleh staff-staff yang siap dengan uniform syarikat. Terasa diri ini dihargai. Rasa nak lepak lama-lama je kat situ.

    Penerangan Syarikat dan Produk

    Sesi penerangan syarikat dan produk ini turut disertai oleh 2 orang rakan kongsi PalmaBrand daripada Abu Dhabi. Mereka inilah yang bertanggungjawab membawa masuk susu unta ke Malaysia.

    sesi penerangan syarikat dan produk
    sesi penerangan syarikat dan produk
    rakan kongsi daripada Abu Dhabi
    rakan kongsi daripada Abu Dhabi

    Sesi tersebut telah dikendalikan dengan baik oleh En Azhar Sulaiman, Head of Strategic & Corporate Planning. Ya betul. Azhar Sulaiman yang anda kenali sebagai pelakon tu. Beliau juga adalah seorang arkitek yang banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja design.

    Azhar Sulaiman
    Azhar Sulaiman

    Di Sesi tersebut jugalah aku mengetahui serba sedikit tentang syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera ini. Kami juga dibentangkan tentang halatuju dan sasaran syarikat ini untuk jangkamasa pendek dan panjang.

    Beberapa produk diperkenalkan seperti Kopi Tongkat Ali dengan Susu Unta, Kopi Susu Unta, dan lain-lain. Malah kami diberi segelas kopi susu unta (untuk perempuan) dan kopi tongkat ali susu unta (untuk lelaki) untuk diminum dan merasai sendiri kenikmatan sebenar kopi ini.

    Kopi Tongkat Ali Camelus
    Kopi Tongkat Ali Camelus

    serbuk-kopi-tongkat -ali-camelus

    Aromanya saja sudah cukup menggoda nafsu aku yang sememangnya sukakan minuman kopi. Dan setelah dihirup, memang kenikmatan dan kesegaran rasanya mengiakan aroma harum kopi yang sedikit berlainan daripada kopi yang biasa aku nikmati. Campuran susu unta yang dicampur ke dalam sachet kopi tersebut menyumbang kepada kelainan aromanya.

    Rasa mengantuk yang menjengah dek kerana presentation yang dilakukan diwaktu tengahari di kala perut sedang berkeroncong tadi terus hilang secara serta merta apabila kopi ini dihirup. Bak kata superhero Malaysia Boboi Boy… terbaik!

    Boleh pergi jauh

    Jika ditanya aku macamana dengan kopi ini… Boleh ke diedarkan di pasaran Malaysia. Jawapan aku… ya! Kopi ini sangat berpotensi untuk pergi jauh bukan sahaja di pasaran Malaysia malah di pasaran Asia juga.

    Aku amat yakin kerana di samping rasa kopinya yang sedap, khasiat susu unta ini akan menarik perhatian masyarakat. Mereka telah biasa terdedah dengan pelbagai produk yang berasaskan susu lembu dan kambing. Tetapi untuk produk yang berasaskan susu unta inilah kali pertama mereka akan jumpa. Bukan senang nak merasa susu unta ni. Kena pergi Mekah kot baru dapat rasa. Tetapi kini tidak lagi. Susu unta sudah ada di pasaran Malaysia. Mesti orang akan tertanya-tanya akan rasa dan khasiatnya.

    Selain itu produk-produk Camelus ini aku dapati agak menarik dari segi packagingnya. Kemas dan nampak ekslusif. Temgok kotak pun orang dah tertarik. Faktor ini juga penting untuk melariskan produk.

    Dengan promosi, harga dan perancangan perniagaan yang bagus tiada sebab kopi ini dipandang sepi oleh pengguna.

    Pengedar dan Ejen

    Salah satu pelan perniagaan yang dirancang, untuk mempercepatkan produk ini beredar di pasaran Malaysia, distribution chanel haruslah mantap. Untuk ini PalmaBrand akan membuka peluang untuk ejen dan pengedar turut sama menjayakan pengedaran produk ini kepada orang ramai.

    Untuk anda yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada distribution chanel Camelus, anda boleh ke Camelus Brand.

    Untuk info lanjut :

    Web : www.camelus.com.my

    Fb : www.facebook.com/Camelus-brand

    IG : www.instagram.com/camelusbrand_malaysia

    Alamat :

    Palmabrand Camel Milk Sdn Bhd
    No. 33-M, Jalan DBP Dolomite Business park
    68100 Batu Caves, Selangor

    Tel : 03-6178 7846

    Komen Sohoque

    aku-dan-azhar-sulaiman-di-pejabat-camelus

    Kagum aku dengan idea melahirkan produk berasaskan susu unta ni. Memang lain dari yang lain. Belum pernah lagi mana-mana syarikat yang buat. Tahniah PalmaBrand!

    Aku amat yakin produk-produk ini akan mendapat sambutan orang ramai. Keunikan susu unta akan menjadi selling point

    Jika diberi peluang untuk menjadi ejen dropship insyaAllah aku akan sertai sebagai dropshipper.

    Syabas PalmaBrand!

    Latest articles

    Related articles

    9 Comments

    1. Sempoi! Betoi kata bro… boleh pergi jauh! Something new.. market fresh… belum ada dengaq lagi secara meluas di pasaran susu unta + kopi tongkat ali… bayangkan ianya akan jadi sinonim atau jenama yang sinonim nanti bila orang tercari-cari susu unta.. torrbaikk.
      aimannajmy recently posted..Bagaimana cara membuat emailMy Profile

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge