More

    Terharu Dengan Anak

    Terharu dengan anakku Iqbal
    Terharu dengan anakku Iqbal

    Malam tadi aku menemankan anak sulung aku si Iqbal untuk buat homework dia. Darjah 4 ni homework dah mula banyak. Sebelum ni tak ada sangat homework.

    Lepas solat maghrib tu aku dah tanya ada homework ke tak. Dia jawab tak ada. Pukul 9 malam tu aku suruh dia masukkan buku dalam beg sekolah ikut jadual waktu belajar.

    Masa itulah dia sedar yang sebenarnya dia ada homework. Jadi, mulalah dia gabra. Kami biasanya akan lepak depan tv untuk tengok Merlin pada Isnin malam. Tapi malam tadi disebabkan dia kena buat homework, kami menghormatinya dengan semuanya tak boleh tengok TV.

    Homework dia siap dalam pukul 11 lebih. Mata dah merah sebab mengantuk.

    Aku suruh dia kemaskan barang-barang homework sebelum masuk tido.

    Lepas dia masuk bilik tiba-tiba dia keluar semula. Sambil datang dan salam dengan aku, lepas tu peluk pulak, seraya berkata:

    “Papa, ni abang ada duit RM5. Papa ambik lah. Abang bagi kat papa sebagai tanda terima kasih abang kepada papa yang bagi semua yang abang nak selama ini”

    Duit RM5 Iqbal
    Duit RM5 Iqbal

    Aku sesungguhnya terkedu, terharu dengan anak aku. Lantas aku memeluknya dan menjelaskan bahawa papa dia buat semua tu sebab dah memang tanggungjawab papa dia. Dan tanggungjawab dia pula ialah menjadi anak yang baik, yang soleh, yang pandai, yang taat pada Allah dan yang taat pada ibubapa serta orang yang lebih tua.

    Aku terharu dengan anak aku apabila dia buat begitu kerana aku rasa aku bukanlah papa yang terbaik (aku rasa) setakat ini. Banyak lagi yang aku rancangkan untuknya belum terlaksana.

    Apa-apa pun aku masih bersyukur kerana dikurniakan dengan anak yang baik di mata aku. Belajar pun ok la. Masa darjah 1 dapat no 2, darjah 2 dapat no 1, darjah 3 baru-baru ni pun dapat no 1 di kelasnya. Perkara lain pun ok lah. Ada kurang sikit-sikit tu biasa lah budak-budak.

    Untuk abang Iqbal, moga abang akan jadi insan soleh yang cermerlang dan dapat memberi manfaat kepada ummah serta menyumbang tenaga di dalam pembangunan Islam. Ameen.

    Sampai saat aku menaip ni pun aku masih terharu dengan anak aku atas peristiwa semalam. Pertama kali dia buat macam ni. Syahdu.

    Latest articles

    Related articles

    32 Comments

    Leave a Reply to Rafidah Ahmad Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge