Theme Baru Yang Lebih Comment Friendly

Platform – theme baru yang lebih ringkas dan bersih

Alhamdulillah. Saya telah berjaya menukarkan theme blog saya daripada theme yang lama iaitu Fastfood oleh TwoBeers kepada theme Platform yang dimajukan oleh Pagelines.

Sejak saya menceburi arena blogging 8 atau 9 bulan yang lepas saya telah menggunakan theme Fastfood. Saya memilih theme ini berdasarkan layoutnya yang sedikit lain daripada yang lain. Ia banyak menggunakan button sebagai menu. Namun theme ini sebenarnya mempunyai sedikit kelemahan yang baru kebelakangan ini saya sedar. Ia bukanlah theme yang mempunyai “comment friendly”.

Patutlah saya dapati jarang orang yang singgah dan tinggalkan comment di artikel yang saya pos kan. Hendak katakan tiada traffic saya dapati average traffic blog saya melebihi 400 UV setiap hari.

Saya hanya sedari perkara ini apabila dimaklumkan oleh sahabat saya di Facebook bahawa blog saya ini kurang interaksi bersama pengunjung. Dan apabila dibuat survey kenapa pegunjung tidak mahu tinggalkan comment, rata-rata mengatakan bahawa susah untuk berbuat demikian.

Dengan itu saya telah mengambil keputusan untuk menukarkan theme yang sedia ada dengan theme yang baru. Setelah pilih punya pilih saya membuat keputusan dengan memilih theme Platform ini sebagai theme yang baru. Alhamdulillah saya amat berpuas hati.

Dan apa yang amat mengembirakan hati saya, selepas theme yang baru ini diaplikasikan, comment terus datang walaupun tidak sebanyak blog orang lain.

Jadi, kepada pengunjung baru dan sedia ada, silalah tinggalkan comment anda ya.. 😆

Pengajarannya selalulah bertanya pendapat rakan blogger yang lain tentang blog kita. Tanya pandangannya sebagai pembaca. Jangan kita syok sendiri.

Wallahua’lam.

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: