Tiada Lagi Kejutan Bil Dengan Digi Roaming

laman web digi

Roaming dengan Digi sewaktu di luar negara membawa ketenangan fikiran

Pernah tak anda melancong ke luar negara dan menghadapi masalah untuk berhubung dengan saudara mara dan rakan taulan di Malaysia? Masalah yang dimaksudkan adalah masalah tidak tahu kos yang akan dikenakan keatas kita untuk berhubung dengan mereka.

Jika anda ke luar negara samada untuk tujuan melancong, belajar dan sebagainya, pasti banyak saat-saat di sana yang anda ingin kongsikan dengan mereka di Malaysia. Kalau dahulu semasa belum ada lagi media sosial hanya panggilan telefon sahaja yang membolehkan kita berhubung secara terus dan cepat. Tetapi di era media sosial kini, banyak cara lain yang membolehkan kita berkongsi saat indah ketika di luar Negara.

social media with digi roaming

Kadar tetap Digi Roaming menjadi pilihan pengguna Media sosial untuk mengelakkan kejutan bil

Sekarang sudah ada Facebook, Twitter, Instagram, dan sebagainya untuk membolehkan kita berhubung dengan mereka di tanahair. Media social ini menggunakan talian internet jalur lebar (broadband) untuk berhubung.

Bila di luar Negara, terutama di Negara yang pertama kita lawati, pastinya lokasi sesuatu tempat menjadi masalah untuk kita temui. Tambahan lagi jika kita pergi tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan.

Namun dengan Google Maps, kita secara mudah dapat mencari tempat-tempat menarik yang ingin kita kunjungi. Malah kita boleh mencari cadangan tempat-tempat menarik yang boleh kita pergi dengan adanya talian internet jalur lebar ini.

Untuk mencari maklumat tentang sesuatu tempat di luar Negara juga tidak lagi menjadi permasalahan. Cari sahaja maklumat di Google Pasti akan akan ketemu jawapan yang anda ingini.

Untuk ahli perniagaan, pastinya tidak boleh berenggang dengan emel perniagaan. Lambat membaca dan membalas emel pastinya akan merugikan syarikat. Kini emel boleh dibaca dan dibalas terus daripada telefon pintar dengan adanya internet jalur lebar.

Jika dulu, sms adalah pengganti panggilan telefon yang kosnya lebih mahal. Namun caj untuk sms sebenarnya bukannya murah juga. Sebagai contoh, jika kita berada di Mekah menunaikan ibadat haji, kos sms daripada sana ke Malaysia adalah sebanyak RM0.99. Tapi kini dengan adanya khidmat pesanan seperti Whatsapp, LINE, WeChat dan sebagainya, banyak kos dapat dijimatkan. Semua khidmat pesanan ini menggunakan medium internet jalur lebar.

khidmat pesanan ringkas whatsapp

whatsapp ialah diantara salah satu aplikasi pesanan suara yang menjadi pilihan ramai.

Kesemua media sosial dan khidmat pesanan yang disebutkan diatas secara ringkasnya menggunakan medium internet jalur lebar yang dipanggil Roaming (jika digunakan di luar Negara) yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Namun caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi adalah berlainan. Kebanyakkannya mengenakan caj di atas setiap penggunaan.

Ini membuatkan pengguna masih was-was untuk menggunakan media social dan khidmat pesanan. Ini adalah kerana mereka menghadapi kesukaran untuk mengagak jumlah penggunaan kedua-dua kemudahan tersebut. Mereka bimbang jika bill yang akan dihantar ke rumah nanti melambung tinggi.

logo digi

Langkah Digi memperkenalkan kadar tetap Digi Roaming adalah amat bijak untuk mengelakkan kejutan bil

Kini kebimbangan kejutan bil pengguna telah dapat diatasi. Digi sebuah syarikat telekomunikasi yang begitu komited dalam meningkatkan daya perkhidmatannya telah menampilkan pakej baru dalam perkhidmatan roamingnya. Dengan hanya serendah RM32 sehari, pengguna Digi kini boleh menggunakan khidmat roaming denga 41 operator di seluruh dunia. Dengan kadar syiling tersebut pengguna bebas menggunakan khidmat roaming tanpa had dengan telefon, pintar, computer riba maupun tablet.

Kempen yang sedang diperkenalkan oleh Digi ini menawarkan setiap penggunaan data yang melebihi 3MB akan dicaj dengan kadar sama (flat rate) dengan pilihan caj syiling harian sebanyak RM32/RM36/RM56 sehari.

Apa jadi jika penggunaan tidak melebihi 3MB? Penggunaan di bawah 3MB akan menggunakan caj seperti berikut:

  • RM10.66/MB dengan 10kb blok caj untuk pilihan kadar syiling  RM32/hari
  • RM12/MB dengan 10kb blok caj untuk pilihan kadar syiling RM36/hari
  • RM18.66/MB dengan 10kb blok caj untuk pilihan kadar syiling RM56/hari

Berikut adalah gambaran berapa banyak 1MB data yang digunakan bergantung kepada tabiat pengguna:

  • Berdasarkan purata saiz gambar 60KB, pengguna berupaya memuat naik 15 gambar foto.
  • Berdasarkan 1KB untuk satu mesej, kira-kira 1000 mesej (tanpa lampiran) boleh dihantar/terima melalui whatsapp dengan hanya 1MB.

Kesimpulannya, sesiapa yang ingin menggunakan khidmat roaming di luar Negara sila aktifkan data roaming anda. Ini adalah kerana pengguna tidak akan dicaj melebihi tempoh harian. Jika anda bukan pengguna data yang banyak, anda akan dicaj mengikut kadar “bayar untuk pakai” yang bererti jika mereka menggunakan data sehingga 1MB, mereka akan dicaj mengikut blok caj, contohnya RM10.66/MB (bergantung kepada Negara mana mereka berada).

Untuk maklumat lanjut sila layari: digi.com.my/roaming

Entri ini adalah sponsored post oleh Digi.

 

10 Comments

  1. ciklaili.com September 17, 2013
    • sohoque September 17, 2013
  2. hafizmd September 17, 2013
    • sohoque September 17, 2013
  3. pahan September 17, 2013
    • sohoque September 18, 2013
  4. akubiomed September 18, 2013
    • sohoque September 18, 2013
  5. Blogger Babyface September 22, 2013
    • sohoque September 22, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: