Sebelum ini makanan-makanan tersebut disimpan di dalam bekas kedap udara seperti bekas “tupperware” dan sebagainya. Masalahnya ialah jika banyak makanan tersebut akan banyaklah bekas kedap udara yang akan digunakan. Dan banyaklah juga ruang yang akan diambil untuk menyimpan bekas-bekas kedap udara tersebut di dapur.
Tahukah anda bahawa ada satu cara yang sangat menjimatkan wang kita tanpa perlu membeli bekas-bekas kedap udara tersebut. Cara ini juga boleh menyelamatkan alam sekitar daripada banyak dan cepat dicemari oleh bahan plastik. Berikut adalah caranya:
- Potong botol plastik dan ambil bahagian atasnya (lihat gambar). Jangan lupa simpan penutupnya ya..
- Masukkan bahagian yang dibuka plastik makanan melalui bahagian bawah botol yang dipotong tadi.
- Lipatkan plastik makanan yang telah terkeluar melalui “mulut” botol (lihat gambar)
- Tutup mulut botol tersebut dengan menggunakan penutup botol.
Dah..! Siap. Anda boleh simpan makanan tersebut tanpa menjejaskan kualitinya.
Selamat mencuba..!