Bayangkan, masa kalian bersara kelak… Kalian tenang-tenang sahaja. Kalian rehat-rehat saja sambil berkebun kat rumah. Siap berkebun, kalian bersandar sambil pekena kopi. Lepas tu baca buku untuk tambahkan ilmu. Tibanya azan, kalian hidupkan enjin kereta dan pergi masjid untuk solat berjemaah.
Sesekali dalam setahun tu, kalian berjalan-jalan melancong di dalam dan ke keluar negara bersama isteri tercinta. Honeymoon lagi menghabiskan sisa hidup bersama.
Aman jer fikiran. Tak perlu nak fikir tentang perihal duniawi lebih-lebih. Anak-anak pun dah besar dan boleh berdikari. Masa tu jugak hutang-hutang utama seperti rumah dan kereta dah habis bayar. Duit belanja bulanan RM5-RM6 ribu ada dalam akaun.
Duit 5-6 ribu ada dalam akaun? Macamana tu?
YA.. Kehidupan begitu dipanggil financial freedom. Hidup tanpa hutang dan duit tunai sentiasa ada di tangan melalui pendapatan pasif. Itu semua boleh dicapai dengan ilmu dan perancangan yang rapi berserta fokus dan disiplin yang tinggi.
Ada banyak cara dan perancangan kewangan menuju ke arah ini. Salah satunya dengan unit trust..! Abam ceritakan cara Bebas Kewangan (Financial Freedom) dengan Unit Trust sebab abam ni consultant Unit Trust. So Abam ada ilmu kat sini.
Yang ada ilmu dalam hartanah, emas dan lain-lain perancangan kewangan. Kalian boleh saja menggunapakai alat pelaburan lain yang kalian mahir. Janji ia boleh memberi pulangan dan pendapata pasif untuk kira nanti.
Berbalik kepada cara bebas kewangan dengan unit trust tadi..
Dari usia muda kalian sudah mula melabur mengumpul dan membeli unit di Unit Trust secara tetap. Bila bersara nanti, unit yang kalian kumpul sudah ada sejuta unit (1,000,000 unit). Ini contoh sahaja untuk senang kalian kira dan faham.
Setiap tahun syarikat unit trust akan umumkan kadar dividen (agihan). Katakan tahun tersebut kadarnya: 6 sen per unit.
Kiraanya:
6 sen X 1 juta (unit dalam terkumpul) = RM60,000 (setahun)
60,000 / 12 = RM5,000 sebulan
Belanjalah kita dengan RM5K sebulan tu dengan hutang yang dah dilangsaikan. Pendapatan tahun depan? Tunggu pengumuman kadar agihan/dividen untuk tahun depan pula. Jika kadar lebih tinggi lebih banyaklah dividen yang kalian dapat. Amankan.. ?
Moga kita semua dapat mencapai status ‘financial freedom’ secepat yang boleh..! Aameen..
Nak tanya lanjut boleh klik:
http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust
Terima kasih atas info. Target nak capai financial freedom before 50 tahun. Moga Allah izin
Syuhaidah Norazrin recently posted..Mudah Rupanya Nak Tidurkan Anak, Ibu Cuba Ikut 6 Petua Anak Mudah Tidur Malam Ini !
aameen.. moga dipermudahkan..