Satu kepala bagus?
Orang cakap kalau kawan kita ataupun pasangan hidup kita satu kepala, persahabatan ataupun ikatan perkahwinan itu akan berpanjangan. Sebabnya kita sehaluan. Kita berkongsi minat yang sama. Kita cenderung untuk mempunyai pandangan dan pendapat yang sama. Berkemungkinan besar kita mempunyai sikap dan sifat yang lebih kurang sama.
Hinggakan ada yang masukkan perkara ini di dalam tips cari jodoh atau kawan yang baik.
Jadi bagus ke pasangan atau kawan satu kepala ni? Ramai yang cakap bagus kan? Sebabnya perjalanan hidup akan jadi lancar je. Keputusan jadi tak ada masalah. Maklum la satu kepala.
Satu kepala tak bagus?
Pada aku pasangan atau kawan satu kepala ni bukan semuanya bagus. Ia akan jadi tak bagus bila dalam soal untuk memperbaiki diri.
Aku bagi contoh rumah. Jika sikap pasangan sama, suka sepahkan pakaian contohnya, mesti rumah tu bersepah. Sebabnya dua-dua suka sepahkan barang atau baju.
Begitu juga dalam soal membuat keputusan ataupun pandangan. Pandangan yang dibuat akan mengambil kira satu aspek pandangan sahaja. Berbanding dengan jika kedua-duanya tidak satu kepala. Pasti pandangan mengambil kira dari aspek berlainan kerana kepala fikir lain-lain.
Begitu jugalah dalam perkara-perkara yang lain pun. Berbeza pendapat lebih baik dari segi penilaian terhadap sesuatu. Ia lebih mengira banyak aspek.
Jadi ia boleh menjadi sebagai alat untuk check and balance.
Seorang muslim adalah seperti cermin kepada kawannya. Ia akan nampak dirinya melalui kawannya. Tapi jika dia dan kawannya berfikir dengan cara yang sama, pasti dia pada pandangan kawannya adalah sama. Cara dia lihat diri dan cara kawannya lihat dirinya adalah sama. Jadi tidak ada perubahanlah yang dia nampak pada dirinya.
Berbeza jika kawannya tidak sekepala. Kawannya akan menegurnya mengikut pandangan dia yang berbeza. Barulah dia akan nampak di mana kurangnya dirinya daripada pandangan orang lain.
Jadi kawan ataupun pasangan satu kepala ni pun sebenarnya ada tak bagusnya.
Aku dan isteri
Aku dan isteri tidak satu kepala dalam banyak hal. Pandangan aku lebih ringkas. Pandangan tidak berapa jauh kehadapan. Aku lebih ringan dalam menguruskan kehidupan. Diri aku sempoi. Aku banyak bercakap. Aku tidak suka sangat berpakaian kemas kecuali ada hal yang memaksa aku berpakaian sedemikian.
Isteri aku seorang berfikiran jauh. Pandangannya banyak berdasarkan perkiraan yang rapi. Dia tidak suka berpakaian selekeh. Dia lebih suka diam daripada bercakap benda-benda yang tidak berfaedah. Dia tidak boleh melihat rumah yang tidak kemas.
Jadi kombinasi kami menjadi baik. Keputusan kami selalu bercanggah pada mulanya walaupun kebiasaanya diakhirnya aku mengikut pandangannya yang lebih bijak. Rumah aku lebih kemas. Perbelanjaan aku lebih terkawal. Keputusan kami akan menjadi lebih bijak.
Memang keadaan akan sentiasa menjadi panas kerana perbezaan pendapat. Tapi itu biasalah. Ia perlu ditangani dengan kemahiran lain pula. Sifat sabar dan bertolak ansur penting di sini.
Allah sudah menetapkan jodoh yang terbaik untuk kita. Jika ada masalah cuba lihat diri sendiri. Masing-masing lihat diri sendiri. Ubah diri sebelum kita suruh orang berubah untuk diri kita.
Contohnya kalau mendapat isteri yang pemalas. Si suami boleh cuba lihat dalam dirinya atau kelemahannya iaitu kegagalan ia menasihati dan mengajar isteri dengan cara yang terbaik. Si isteri pula perlu melihat dalam dirinya kemampuan dia untuk berubah demi kebaikan bersama.
Jadi… Kawan atau pasangan yang satu kepala lebih bagus atau yang kepala lain-lain lebih bagus?
SA ngan cik abe memang bukan satu kepala..masing2 berbeza pendapat…selalunya berakhir dengan rasa tak puas hati…tapi lepas tu ok…cuma dia bukan romantik…hehehehe
suriaamanda recently posted..Adik…Uyut Mama Please…
hehehehe.. sy ngan wife pon x satu kepala. tp perbincangan selalunya akan hasilkan result terbaik