Monday, May 29, 2023
HomeKesihatanTips dan Cara Menangani Stress

Tips dan Cara Menangani Stress

Ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana tips dan cara menangani stress dalam hidup.

Antara penyakit zaman moden sekarang adalah Stress. Penyakit ini dah jadi penyakit biasa di kalangan kita. Ramai sebenarnya yang ada penyakit stress ni samada mereka sedar ataupun tidak.

Kenapa dulu tak ada ke Stress ni..? Dulu pun dah ada penyakit ini. Cuma ianya tidak menjadi bualan ramai ramai seperti sekarang. Mungkin kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit ini, maka topik tentang stress kurang popular.

Aku sebenarnya nak bagi tips ataupun cara-cara untuk kurangkan stress dalam hidup kita. Ini based on pembacaan aku dan perbincangan dengan orang yang pakar dalam bidang ini. 

Tapi macam Tak sesuai pulak tetiba aku cerita pasal tips ni. Macam tergantung jer entri. Hahah.

So nak tak nak aku cerita la serba sikit pasal stress ni. So korang boleh teruskan pembacaan ya. Moga dapat manfaat dan “knowledge” kepada korang. Kepada yang dah tau tu, anggaplah ini sebagai ulangkaji buat korang..

Apa itu Stress

Aku mulakan dengan apa itu stress.. 

Stress atau tekanan perasaan, sebenarnya tindak bałaś badań kita kepada satu-satu situasi yang mencabar kepada badań. Ia adalah system pertahanan badań normal yang telah Allah sertakan pada penciptaan manusia. Ia  tindakan semula jadi dalam kehidupan yang dialami oleh semua orang dari semasa ke semasa. 

Apabila kita berasa tertekan, badan akan kita mengeluarkan hormon seperti adrenalin dan kortisol, yang membantu kita untuk bersedia bertindak. Ini dikenali sebagai tindak balas “fight or flight“, dan ia boleh membantu kita bertindak balas dengan berkesan kepada situasi yang mencabar.

Cuma, jika tekanan itu kronik atau berpanjangan, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Stress boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Gejala fizikal yang selalu terjadi akibat stress yang tak terkawal Adalah seperti sakit kepala, ketegangan otot, dan keletihan. Manakala gejala emosi dan psikologi termasuk mudah marah, sukar menumpukan perhatian, dan rasa terharu.

Itu secara ringkas aku dapat ringkaskan apa itu stress untuk korang.

Kesan stress kepada kehidupan kita

Stress ini jika tidak dikawal ataupun lambat dikawal akan memudaratkan tubuh badan kita. Malah kehidupan pun akan terganggu. Ni aku senaraikan antara kesan dan gejala yang terjadi akibat stress yang keterlaluan. 

1. Gejala fizikal

Stress boleh menyebabkan pelbagai gejala fizikal, seperti sakit kepala, ketegangan otot, keletihan dan kesukaran tidur.

2. Gejala emosi

Stress juga boleh menjejaskan kesejahteraan emosi kita, menyebabkan perasaan cemas, cepat marah dan kemurungan.

3. Perubahan tingkah laku

Stress boleh membawa kepada perubahan dalam tingkah laku kita, seperti makan berlebihan atau tidak cukup makan, berlengah-lengah atau terlibat dalam tabiat tidak sihat seperti merokok atau pengambilan alkohol.

4. Masalah perhubungan

Stress juga boleh merenggangkan hubungan dan membawa kepada konflik dengan keluarga dan rakan-rakan serta orang sekeliling.

Nampak tak bahaya stress ni kalau tak dikawal sedari awal..

Bagaimana tips ataupun cara menangani stress

Ok dah tau apa itu stress, apa bahaya stress, so kita move on kepada yang seterusnya.. Haa yang ni jer pada asalnya aku nak tulis. Haha.. terpanjang pulak membebel.

Mengikut pakar psikologi, ada beberapa perkara atau cara yang boleh kita cuba untuk mengurangkan stress dalam hidup kita. Untuk tips dan cara menangani Stress, korang boleh baca senarai ni:

1. Kenal pasti sumber-sumber stress anda.

Ini paling penting tau. Apa-apa pun kena tau apa yang membawa stress kepada kita. Kalau tak buat benda ni, macamana nak selesai masalah.

Luangkan sedikit masa untuk fikir tentang apa yang menyebabkan stress dalam hidup kita. Apabila dah tau punca, senang untuk kita elakkan perkara tersebut. Atau paling tidak pun kita boleh kurangkan berdepan dengan situasi atau perkara yang boleh memberi kita stress

2. Kembangkan mekanisme daya tahan (Coping Mechanisme) yang sihat

Carilah cara-cara sihat untuk menangani stress, seperti berolahraga, berbual dengan rakan atau ahli keluarga, atau mengambil rehat untuk melakukan sesuatu yang korang suka.

Bab ni aku nak ulas sikit.

Banyak perkara yang boleh menyukakan kita sebenarnya. Dań ia tak sama dengan orang lain. Apa yang kita suka mungkin bukan kesukaan orang lain. So jangan peduli pada orang lain. Buat jer apa yang kita suka.

Aku bagi contoh diri aku. Aku kalau banyak kerja berhadapan dengan komputer, bila terasa penat otak, aku akan rehat kejap.. Masa rehat tu antara benda aku buat ialah aku main game kat komputer aku. Web based game: www.solitaire.org.

Ya aku main game old school ni. Game yang aku pernah main berzaman dulu. Game yang tak lupus dek zaman. Dari dulu sampai sekarang tetap ada orang yang main.

Macam yang aku cakap, game ni old school. Dia bukan game tembak-tembak yang nak kena main bersungguh-sungguh tu. Game ni rileks-rileks jer main sambil fikir cara nak selesaikan masalah kad yang dia bagi. So aku main jer la fun-fun. Ralit wooo.. kadang-kadang nak rehat 5 minit jer. Main game ni kalau tak set masa boleh lajak ke 10 minit woo. Hahaha..

Lagi pun kat website tu bukan game solitaire jer ada. Banyak game yang oldschool gini ada. Semuanya simple-simple yang boleh main untuk rehatkan minda. Korang boleh pergi ke laman web tu dan tengok sendiri. Macam aku, kat website tu aku suka main freecell, zouma, dan solitaire.

Tapi siyes cakap, main sekejap masa rehat bila Otak penat ni, sangat membantu aku. Dan aku rasa ia boleh bantu korang jugak. Cubalah kalau tak caya.. Mana tau korang pun macam aku..

3. Amalkan teknik-teknik “relaxation”

Korang boleh amalkan beberapa teknik relaxation yang ada tu. Kalau tak tau boleh cari dan baca kat Google.

Teknik-teknik seperti tarik nafas dalam-dalam, bermeditasi, dan progressive muscle relaxation terbukti boleh membantu kita tenang dań relaks serta memudahkan untuk mengurus stress.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Dalam banyak perkara, tidur yang cukup adalah “healing” terbaik untuk badan dan jiwa kita. Jadi, Pastikan kita mendapat tidur yang cukup.

Tidak cukup tidur boleh meningkatkan tahap stress. Jadi, adalah sangat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup supaya badan mendapat rehat yang sepatutnya.

5. Mengamalkan diet yang sihat

Diet yang sihat, selain boleh menstabilkan BMI kita, ia juga boleh membantu kita merasa lebih baik secara fizikal dan emosi. Korang patut dapatkan informasi tentang diet yang sesuai dengan korang. Sekarang ni nak dapatkan informasi macam ni tidak susah. Taip jer apa yang korang nak tau di kotak carian Google. Bersepah bahan bacaan yang boleh membantu dalam diet seimbang kita.

6. Amalkan kehidupan yang aktif

Aktiviti fizikal yang kerap boleh membantu mengurangkan stress dan meningkatkan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Buat jer apa-apa kerja yang melibatkan aktiviti fizikal dan mengeluarkan peluh. Yang suka ke Gym, boleh pergi ke Gym. Yang tak sempat ke Gym, boleh je buat kerja-kerja berkebun dan sebagainya. Janji keluar peluh. Dengan aktiviti sebegini kita akan berasa lebih sihat dan tenang.

7. Ambil cuti

Bagi yang berkerja, pastikan kita buat perancangan untuk bercuti, rehatkan badan dan minda. Mohonlah cuti dengan majikan 2-3 hari. Lupakan kerja pejabat. Buat apa yang kita suka sambal berehat di masa cuti. Pergilah jalan-jalan kat tempat-tempat menarik idaman korang.

Lepas cuti, mesti korang akan kembali cergas dan ceria. Korang akan rasa seperti ada semangat baru yang meresap dalam diri korang.

8. Dapatkan sokongan Orang sekeliling

Jika merasa tertekan, mohon korang jangan pendam sendiri. Bahaya..!

best friend - tips cara menangani stress
Luahkan masalah kepada rakan yang dipercayai boleh meringankan beban yang ditanggung..

Carilah rakan baik yang kita percaya untuk berbual dan bercerita. Lebih baik lagi luahkan pada ahli keluarga. Mereka akan lebih tau tentang kita. Untuk stress yang agak teruk, Korang boleh buat appointment dengan profesional yang pakar tentang kesihatan mental. Mereka ini boleh monolong untuk meringankan stress korang.

9. Dekatkan diri dengan Allah

Walaupun aku letak point ni last sekali, tapi sebenarnya ini adalah point yang paling penting yang korang kena buat. Aku letaal last sebab yang ni untuk orang Islam. Dan bukan semua pembaca blog aku ni orang Islam.

Selalulah baca Al-Quran. Orang yang membaca Al-Quran jiwanya akan aman dan tenteram. Ini akan datang secara otomatik kepada pembaca Al-Quran yang ikhlas. Tak ada orang rejin baca Al-Quran, tapi jiwanya kacau.. Tak ada..! Al-Quran ini semakin dibaca semakin kita rasa seronok dań nak baca lagi.

Bagi yang memang betul tak ada masa, ataupun betul mahir membaca, korang boleh berzikir dan berselawat banyak-banyak. Allah dah beri jaminan, sesiapa yang mengingati Allah hatinya akan menjadi tenteram. Mula-mula memang korang tak nampak hasil. Tapi Mika korang amalkan, tak lama untuk korang rasa kesannya. Jiwa akan tenang..! Sungguh..!

Jika ada kekuatan lagi, korang bangun tengah malam dan solat sunat tahajjud. Mengadulah kepada Allah akan masalah orang di hening pagi, waktu yang paling afdhal untuk berdoa dimana doa korang terus menuju kepada Allah. Orang yang ravin bertahajjud, jiwanya kuat. Orang yang jiwanya kust tidak mudah tewas dengan stress.

Akhir kata..

Itulah serba sedikit tips ataupun cara-cara menangani stress yang aku kongsi dengan korang. Jika memang korang ada masalah stress, korang boleh cuba. Terutama sekali point nombor 8 tu. Harapan aku, lika korang ada masalah stress, korang mampu menanganinya. Ingat.. Jangan pendam.. Carilah “bahu” untuk bersandar.

Cubalah buat tips dan cara-cara menangi stress yang aku kongsikan dii atas sebagai ikhtiar korang. Semoga korang terus kuat dan berjaya menangani apa jua stress yang datang..

Ameen Ya Rabbal ’Alameen.

Jika korang rasa perkongsian aku ni bermanfaat buat korang dan orang lain, sudi-sudilah kongsi di media sosial korang. Semoga usaha kecil kita ni, dapat membantu banyaknya pembaca di luar sana

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1