Hari ni keluar mukim, paling jauh daripada rumah setakat ni sejak Perintah Pergerakan Terhad dikuatkuasa. Jalan raya lengang. Perjalanan daripada Shah Alam ke Bandaraya Kuala Lumpur hanya mengambil masa 20 minit jer kurang lebih.
Abam lalu NKVE sampai ke tol Duta. Biasa lalu Sprint, tapi sebab kat Semantan tu orang kata ada roadblock, jadi Abam elakkan. Tak pasal-pasal kan kena tahan Abam terpaksa reka alasan yang bukan-bukan pulak. Dapat dosa free pulak nanti.
Owh ya.. Abam terpaksa keluar “kerja” di KL hari ni.. Terpaksa..!!!
Alkisahnya 3 hari lepas tetamu rumah tamu Abam tu check out dengan terlupa menutup suis lampu dan pendingin udara. Tahu pula baru malam tadi. Tu pun sebab Abam tanya untuk “double check”. Mereka pula dah selamat sampai Sarawak.

Jadi, pagi tadi seawal pagi Abam dah bergegas ke rumah tamu tu kekonon terpaksa menjadi frontliner yang terpaksa kerja.
Masuk jer rumah tadi, sejuknya bukan main. Dua-dua pendingin udara tu tak di tutup suisnya. Lampu bahagian belakang terang benderang.
Bau diapers anak semerbak menerpa ruang rongga hidung. Rupanya sampah juga mereka terlupa untuk buang. Hurmmmm… Berlapang dada jer lah. Mereka dah mintak maaf sebab betel-betul terlupa katanya.
Apa yang perlu kalian buat untuk memudahkan urusan tuan punya hosmestay.
Kalau kita menyewa memana homestay (rumah tamu), kita jagalah bebenda macam ni ok:
1. Pastikan suis lampu dan pendingin Hawa ditutup bila kalian nak keluar tak kiralah nak keluar sekejap ataupun lama
2. Lebih-lebih lagi kalau kalian dah nak check out. Ini kena pastikan bebetul. Sebab rumah tamu ni bukannya hotel yang ada pekerja yang akan memeriksa setiap masa
3. Pastikan kalian buang sampah-sampah yang kalian kumpul terutama diapers pakai buang anak dan sisa makanan yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
4. Pastikan kalian letakkan tuala mandi di satu tempat khas ataupun di dalam bakul yang disediakan.
5. Pastikan kalian meninggalkan rumah seperti mula-mula kalian masuk dulu. Bukan suruh kalian menyapu dan mop lantai bagai, tapi cukuplah memastikan segalanya teratur
Ini semua melambangkan kalian seorang yang prihatin dan bertamaddun.
Benar..! Tuan punya rumah tamu biasanya ada cleaner yang yang akan membersihkan rumah selepas itu. Tapi apa salahnya kalian memberi kerjasama seperti di atas. Kta mudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah akan mudahkan uyusan kita. Walaupun perkara sekecil itu.



Benda ni sama dengan kalian pergi makan kat KFC ataupun McD la. Kalian kemaskan meja, buang segala sisa makanan yang kalian makan ke dalam bakul sampah.
Sikap positif macam ni sebenarnya amat biasa dikalangan mereka di negara-negara maju seperti negara eropah, Jepun dan sebagainya. Ini boleh dilihat sendiri jika pelancong asing yang menyewa rumah tamu Abam. Mereka memang pastikan rumah ditinggalkan dengan teratur sebelum mereka check out.
Kalau kalian biasa melancong ke luar negara terutama ke negara eropah sana, kalian akan dapat saksikan sikap positif ini di mana-mana. Kalau di McD, mereka akan pastikan meja yang mereka gunakan dikemaskan betul-betul sebelum beredar. Ini biasa Abam perhatikan semasa travel ke luar negara.
Begitulah.. Kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Ada disebut dalam hadith ni. Ingat tu..!
Untuk info homestay terbaik di tengah-tengah bandaraya KL, kalian boleh follow page ni: