More

    Tips Memilih Web Hosting: Bandwidth

    web hosting.jpg

    Web hosting yang dimaksudkan ialah web hosting yang berbayar. Tips memilih web hosting ini amat penting sebelum membeli sesuatu pakej yang ditawarkan oleh syarikat penyedia.

    Dengan menggunakan web hosting berbayar, blogger akan lebih lebih bebas untuk memilih design ataupun theme (tema) blog nya. Blogger juga dapat bebas daripada iklan-iklan yang tak sepatutnya yang tidak memberi apa-apa keuntungan untuk blognya.

    Untuk blogger yang nak serius dalam arena penulisan blog, penggunaan web hosting berbayar sedikit sebanyak akan dapat menaikkan reputasinya sebagai blogger.

    Kepada yang menggunakan WordPress dengan domain name sendiri (tiada “.wordpress” kat belakang nama domain), memang wajib beli web hosting ni. Kalau guna blogspot, blogger boleh je beli domain name sahaja, hostingnya dihostkan di blogspot.

    Ada banyak faktor yang nak kena kaji dan study sikit sebelum menyambar web hosting. Jangan nampak murah je terus nak beli. Ketahuliha dulu tips memilih web hosting.

    Untuk blogger baru mungkin agak kurang faham dengan term-term dan perkara-perkara yang terkandung di dalam pakej yang ditawarkan. Tetapi ini bukan excuse ya. Blogger kena tau. Baca dan tanya kepada blogger-blogger otai. Jangan malu!

    Antara faktor penting yang perlu dipertimbangkan ialah Bandwidth. Bandwidth ialah jumlah data yang dipindahkan ke atau dari website atau server di dalam suatu jangka masa yang diberi, kebiasaannya sebulan. Jumlah ini akan ditetapkan oleh penyedia pakej di dalam kiraan gigabytes per bulan. Contohnya 30Gb sebulan.

    Apa akan jadi jika bandwidth sudah sampai limit? Akan keluarlah mesej macam ni:

    Bandwidth Limit Exceeded
    The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.

    Aku dah terkena sekali dulu. Ada aku ceritakan di sini dan di sini.

    Jadi untuk blogger yang baru nak langgan web hosting kena ambil kira tentang bandwidth ini. Tak rugi beli web hosting yang ada quota bulanan bandwidth yang tinggi. Siapa tahu suatu hari nanti blog kita berbondong-bondong visitor masuk… kalau web hosting kita dah banyak, kita senyum je la…

    Ada beberapa faktor lagi yang harus kita ambil kira sebelum melanggan web hosting berbayar. Faktor-faktor lain seperti quota disk space, bantuan 24/7 dan lain lagi akan disambung di dalam entri yang selepas ini. Ikuti tips memilih web hosting di lain entri.

    Selamat berblogging!!!

     

    Latest articles

    Related articles

    36 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge