Tips Menahan Lapar Ketika Berpuasa

Berlapar ketika puasa adalah ujian untuk merasai sendiri macamana orang miskin berlapar

Berlapar ketika puasa adalah ujian untuk merasai sendiri macamana orang miskin berlapar

Petua ataupun tips menahan lapar ketika berpuasa ini dikongsikan oleh AlFadhil Ustaz Hanafi Abdul Malek sewaktu beliau datang ke surau kawasan perumahan aku untuk sesi tazkirah Ramadhan.

Ia sesuai untuk orang yang baru belajar berpuasa ataupun terlupa bangun sahur hingga menyebabkan dia mengalami kelaparan yang amat sangat.

Caranya:

alfatihah.jpg

Amalkan surah Al-Fatihah sebagai tips menahan lapar ketika berpuasa

Baca surah A-Fatihah ayat demi ayat. Habis bacaan satu ayat (hingga jumpa waqaf), tarik nafas panjang-panjang, tahan dan tiup perlahan-lahan pada tapak tangan. Tapak tangan kemudiannya digosok atau diusap kata perut yang sedang lapar itu. Buat sehingga habis bacaan ayat surah Al-Fatihah itu.

Jika kelaparan masih tidak berkurangan, ulangi lagi bacaan dan usapan tersebut di atas.

Memang ada dinyatakan dengan jelas di dalam Al Quran bahawa ayat-ayat suci Al Quran ini boleh menjadi penawar seperti di bawah ini:

“Dan kami turunkan dgn beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yg menjadi ubat penawar & rahmat bagi orang yg beriman kepadaNya”.
– Surah Al-Israa’ Ayat 82

 

“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yg beriman”.
– Surah Fussilat Ayat 44

InsyaAllah berkat doa dalam bacaan Fatihah tadi akan membuatkan rasa lapar kita semakin berkurangan.

Show Comments

14 Comments

  1. Alin Marlini July 18, 2013
    • sohoque July 18, 2013
  2. titan July 18, 2013
    • sohoque July 18, 2013
      • titan July 18, 2013
        • sohoque July 18, 2013
  3. daddydee July 18, 2013
  4. nizam ijam July 18, 2013
    • sohoque July 18, 2013
  5. Anarm July 19, 2013
    • sohoque July 19, 2013
  6. hafiz July 19, 2013
    • sohoque July 19, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: