
Antara amalan-amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasululah SAW ialah Solat Sunat Dhuha. Ia adalah antara solat sunat tinggi rankingnya di dalam amalan-amalan sunat selain daripada Solat Witir dan sebagainya.
Solat Sunat Dhuha termasuk dalam amalan murah rezeki. Ini berdasarkan hadith nabi SAW:
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman dengan maksud:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.
– Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
Di dalam Hadith Qudsi ini Allah telah berjanji akan mencukupkan segala keperluan pengamalnya di sepanjang hari.
Seperti yang telah dijelaskan di dalam artikel ini, sedeqah adalah suatu amalan yang dapat mengundang rahmat Allah kepada hambaNya dan ia adalah amalan yang mendorong Allah memurahkan rezeki kita. Sayugia, kita harus bersedeqah bagi setiap ruas anggota tubuh badan kita sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah SWT.
Ada hadith berkenaan hal ini:
Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda yang bermaksud:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.– Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720
Jadi kepada yang inginkan perhatian Allah kepadanya, yang inginkan rahmat Allah kepadanya, boleh lah amalkan Solat Sunat Dhuha ini. Ini adalah tips murah rezeki.
Orang yang mengamalkan Solat Sunat Dhuha ini secara istiqamah, inshaa Allah akan mendapati rezeki nya senang diperolehi. Rezekinya didapati akan datang dari punca dan ketika yang tidak disangka-sangka.
Jom kita amalkan amalan dan tips murah rezeki ini. Moga kita dapat ikhlaskan diri demi mencari keredhaan Allah.
Saya pun baru-baru ni adalah beli buku pasal hikmah dan kelebihan solat Dhuha.. Alhamdulillah berusaha untuk diamalkan…
fazdlie recently posted..Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid
bagus tuan. jadikanlah ianya amalan kita yang istiqamah. insyaAllah murah rezeki. tuan akan alami sendiri nanti apabila tuan sudah amalkan. tp lakukanlah ia kerana Allah dan kerana sunnah Rasulullah.
Sesiapa yang mengejar akhirat, nescaya Allah akan melengkapi urusan dunianya…
Alhamdulillah, saya dah pun dapat merasainnya sejak diamalkan bulan Nov lepas sehinggalah sekarang… walaupun dalam keadaan kesempitan, tapi Allah lapangkan rezekinya.. Alhamdulillah, syukur sangat..
fazdlie recently posted..Samsung Galaxy Note 2 PERCUMA | U Mobile Prepaid
Alhamdulillah, memang betul!!! itu sudah janji tuhan.
Sama-sama kita cuba amalkan, insyaAllah Tgh2 stress kerja tu, amik masa sat 5 minit solat dhuha dan jgn lupa baca doa solat dhuha tu 🙂
Faris Al-Muhandisu recently posted..Facebook Secara Produktif
syabas tuan. doa dhuha tu kalau ingat ok jer baca. kalau tak ingat doa la apa yang kita mahu. ikut bahasa melayu pun tak apa. kalau nak pahala lebih baca doa yang nabi doakan khas buat anas bin malik. baca doa ni dapat pahala lebih sbb doa ni doa nabi. nanti saya kongsikan doa nabi kepada Anas bin Malik
selalu berazam untuk solat dhuha hari hari tapi kadang kadang terlepas juga.. Masya Allah…. something need to be done kan..mungkin dah kene buat alarm clock utk remind diri sendiri
sha recently posted..Maharaja Lawak Mega 2012 : Jozan dan kejutan Johan
ya. betul tu sha. kalau nak buat benda baik mesti byk cabarannya. in shaa Allah. besarkan azam lps tu mesti x trlepas lg 😉
memang biasa buat solat dhuha..cuma skrg ni dah mula ada rasa malas. emm..semoga rasa malas ini tidak berterusan
Ladfe Amir recently posted..Dulu Tiada PTPTN
itu la. sebaiknya kena istiqmah
Ishak recently posted..Jaga Hubungan Dengan Referral Anda
insyaAllah mari kita sm2 praktiskan 🙂
cik tom recently posted..Bayaran Keenam dari Says
alhamdulillah. jom buat!!!
Azam tahun ini, mengerjakan solat Dhuha semampu boleh. Amin.
daddydee recently posted..EPL #23 :Chelsea Lawan Arsenal
alhamdulillah. moga ia akan menjadi amalan dee yg istiqamah
syukran !!!! sangat bermanfaat
Aku Penghibur recently posted..Top 6 Blogger Malaysia Terhebat Dan Idola Aku Penghibur
jom kita sama2 jadikan amalan kita yg istiqamah
sohoque recently posted..Jemputan Ke Majlis Pelancaran Genting Mobile Apps
[…] jangan cepat mengalah. Banyak lagi tips-tips kejayaan yang belum diamalkan. Tips dan amalan ini, ini dan ini perlukan amalan yang berterusan dan istiqamah. Ianya untuk mendekatkan diri kita dengan […]
[…] Solat dhuha juga suatu bentuk sedeqah daripada kita. Sabda nabi SAW bersabda: […]
salam teruskan mengerja solat sunat dhoha, rahmat menanti kita tidak akan putus razeki halal kita
insyaAllah. Ameen
[…] yang berupa doa dan sebagainya itu adalah untuk membuka pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan […]