
Ada sebuah hadith yang membicarakan tentang wudhuk dan murah rezeki ini:
Pada suatu hari, Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
āSentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.ā
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Diantara tips dan amalan murah rezeki, saya rasa tips ataupun amalan inilah yang paling senang untuk dilakukan. Terutama untuk orang lelaki. Selepas solat subuh mula pastikan diriĀ kekal berwudhuk. Bila tiba masa nak ke tempat kerja mesti nak kena salam dengan isteri kan? Wudhuk mungkin terbatal sebab mungkin ada adegan cium pipi dan peluk pulak. Kena pulak orang yang baru kahwin macam blogger INI. Lepas tu ambillah wudhuk semula. Kemudian bolehlah berterusan kekal berwudhuk. Jika berlaku perkara yang membatalkan wudhuk bersegeralah memperbaharuinya semula.
Untuk perempuan pula, ia kelihatan sedikit sukar, tetapi ianya bukan alasan untuk tidak kekal berwudhuk. Kesukaran berlaku kepada perempuan yang suka bersolek tebal sahaja. Ini adalah kerana setiap kali hendak memperbaharui wudhuk mekap terpaksa ditanggalkan. Dan untuk memakai mekap semula akan mengambil masa yang bukan sekejap. Sebab itulah sebaik-baiknya, pakailah mekap yang nipis sekadarnya sahaja. Bersolek tebal-tebal pun tidak digalakkan dalam Islam sebab ia seolah-olah berhias untuk orang lain (jika perempuan berkerjaya). Kecuali dia memang duduk di rumah sahaja dan bersolek itu khas untuk suaminya.
Bila kita di dalam keadaan kekal berwudhuk, syaitan sukar untuk mendekati kita. Jadi kuranglah sedikit keinginan kita untuk berbuat maksiat. Ini adalah kerana syaitan amat benci kepada orang yang sentiasa berada dalam keadaan kekal berwudhuk.
Apabila kita dijauhi syaitan, Malaikat pula yang akan mendampingi kita. Apabila kita didampingi Malaikat, insha Allah akhlak yang lahir dari kita akan menjurus kepada akhlak yang baik. Keinginan untuk berbuat baik akan bertambah.
Antara akhlak baik yang akan timbul ialah kita akan senang berlapang dada dan memaafkan orang serta mendoakan kebaikan kepada orang lain. Perbuatan INI akan diaminkan oleh para malaikat dan akan membantu memudahkan doa kita diperkenakan oleh Allah.
Apabila akhlak menjadi baik kita akan lebih bertaqwa dan akan disayangi Allah. Rezeki pun akan mudah mendekati kita kerana kita telah dipilih oleh Allah. Kadang-kadang ia akan datang dari sumber yang tidak terfikir oleh kita.
Wallahua’lam. Jom amalkan amalan murah rezeki ini.
perkongsian yang sangat menarik
terimakasih ya
sweetkurma recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
sama-sama. moga kita semua beroleh manfaat!
sohoque recently posted..Piala Suzuki AFF 2012: Harimau Malaya Tersungkur Kalah
Kekal wuduk .. bagus petua tu !
anastasyea recently posted..Elak Sakit Pinggang, Tulang Belakang Dengan Premium Beautiful
bagus tips ni.. kekadang kita lupa walaupun ia mudah nak buat.. š
KiD recently posted..Baju Eksklusif Aaron Aziz a.k.a. Adam Mukhriz
betul tu bro. mudah tp tak ramai orang yang amalkan
sohoque recently posted..Piala Suzuki AFF 2012: Harimau Malaya Tersungkur Kalah
mudahan kita sama kita sentiasa dapat praktikan dan mendapat fadhilatnya
Denaihati recently posted..Game merosakkan minda atau membantu kepintaran anak-anak
ameen
[…] cepat mengalah. Banyak lagi tips-tips kejayaan yang belum diamalkan. Tips dan amalanĀ ini, iniĀ dan iniĀ perlukan amalan yang berterusan dan istiqamah. Ianya untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan […]