
Petang tadi aku di tag pada status FB Ustaz Azhar Idrus. Tak tau lah UAI original ke tak ni. Aku tak cek pulak. Tak pe lah. Yang penting adalah mesej tentang tips untuk menjadi orang kaya yang dikongsikannya.
Aku sertakan di bawah ini mesej tersebut. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada tips ini:
Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh cuba amalkan tips simple kat bawah ni :
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada mereka yang melayan kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yang mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat macam tu.
3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket cari note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin itu sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk pergi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.
7. Adakala kita tengah beratur di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan ataupun gula-gula, apa salahnya tolong ambilkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pun macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pergi melawat orang sakit kat wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat macam tu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?
SHARE untuk semua dengan harapan kita semua menjadi orang KAYA.
Komen aku
Memang bagus tips ini. Bukan susah pun nak buat sebenarnya. Dan bukan jumlah sumbangan yang yang dilihat. Tetapi keikhlasan. Semua tips di atas adalah salah satu cara bersedeqah, amalan yang amat dituntut di dalam Islam.
Sedeqah ini menolak bala dan membuka pintu rezeki. Rezeki kita tidak akan kurang dengan bersedeqah. Malah Allah akan gantikan dan tambahkan dengan berkali ganda lagi.
eBook yang membongkar Rahsia Sedeqah
Jom kita sama-sama amalkan tips yang paling ringkas untuk menjadi orang kaya ini.

semoga kita terus kaya& berjaya dlm mencari harta dunia&akhirat
insyaAllah.. Aameen
Alhamdulillah..perkongsian yg menarik..
Sal recently posted..Baju Tetap Berlubang….
moga kita dpt jadi kaya dunia dan kaya akhirat
Boleh praktikkan nii
bab kat masjid bg note paling besar tu kebanyakkannya terbalik org kita buat. biasanya orang kita ambik not plg kecil utk buat sedeqah
Saya setuju dengan tips anda. Saya yakin sekali kalau Allah swt akan melipat gandakan rizki kita bila kita bersedekah dengan hati yang ikhlas. Good tips…
anoref recently posted..Penemuan patung menangis di cilamaya karawang?
terima kasih kerana sudi singgah di blog ini
Pernah terbaca mengenai tips di atas, Memang berbaloi utk baca semula entry ini untuk refresh diri yang agak ke-aku-an ini. Siapa lah kita untuk kedekut walhal nikmat yang Allah bagi semuanya percuma..
nurul recently posted..Supplement hati mesti ada Milk Thirstle
bukan susah nak jadi kaya ni.. mari lah beramal..
marilah beramal makruf