Tips Pulihkan Mood Berblogging

4
2325

Menulis blog peribadi ini kena berserta dengan mood. Ia bukan sekadar menekan papan kekunci. Ini kerana entri yang kita tulis itu ada jiwanya.

Jiwa tersebut adalah mood yang kita masukkan sewaktu kita menulis entri tersebut. Barulah pembaca yang membaca entri kita akan merasai apa yang kita rasa sewaktu kita tulis entri. Barulah ada pertalian kuat antara pembaca dan kita. Ini seterusnya akan menarik mereka menjadi pembaca tetap blog kita.

Namun mood ini adakalanya turun dan naik. Ada kalanya ia datang dan pergi. Ia berkait rapat dengan keadaan sekeliling. Bila mood kelaut susah jadinya. Entri confirm tak berjiwa. Memang akan nampak penulisnya jiwa kacau. Hehehe.

Tips pulihkan mood dalam berblogging

Ada macam-macam cara atau tips untuk pulihkan mood dalam menulis blog. Lain orang lain caranya. Ni aku bagi satu cara. Aku bagi cara ni sebab aku baru jer buat benda ni.. hehehe

Ok caranya ialah ko godek-godek blog ko. Samada ko ubah layout blog ko, ko tukar warna tema blog ko dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Paling best ko tukar tema blog ko. Lepas ko tukar tema blog, mesti otomatik ko akan rasa sayang kat blog ko. Mesti semangat nak update blog membuak-buak.

Semangat tu bertambah-tambah lagi kalau tema blog tu adalah premium theme yang berbayar. Tema premium ni memang lebih baik daripada tema yang percuma. Baik dari segi penampilan (design), susun atur (layout), function, sekuriti dan lain-lain.

Macam tema blog aku sekarang ni.. Ia memang lain daripada tema yang aku guna sebelum ni. Ia lebih komprehensif. Dan ia sangat senang untuk diselangarakan. Memang aku suka tema ni. Sehari suntuk jugak aku godek-godek layout blog ni untuk paham macamana nak susun aturkan bebenda dalam tu.

Tapi memang menarik blog ni. Senang nak operate bila dah paham selok beloknya. Aku rasa tema ni paling menarik sejak aku guna tema premium berbayar. Best..!

So kiranya ni aku nak bagitau yang aku tengah bersemangat nak update blog la ni.. Hehehe. Sebabnya aku baru tukar tema. Hehehe. Tema ni best banyak sebabnya. Salah satunya ia ada option untuk buatkan entri-entri lama ko naik kembali. Bagusnya entri lama naik semula adalah ko boleh baca semula entri tu. Biasanya entri lama ni agak lawak kalu kita baca semula. Hehehe. Infonya pun mungkin kurang ataupun dah out of date.

Jadi apa yang korang boleh buat, korang boleh tambah info dan olah semula entri tu mengikut info dan gaya bahasa ko yang terkini. Masukkan keyword yang berkenaan jika ko belum buat dulu. Tambahkan perisa dan kuatkan keyword yang dah ada. Ini akan menambaikkan semula entri lama tu.

Kalau SEO korang kuat, entri tu akan naik ke muka surat pertama dan pastinya ini akan menambahkan trafik blog korang.

Selamat berblogging semua…!

Loading

4 COMMENTS

  1. Nice. Betul sgt. Bila mood tak de, nak menulis tu rasa tak feel jer. Cara saya nak dptkan mood ialah dengan cara blogwalking. Bila baca entrii kawan2,terus rasa besemangat nak menulis. Hehe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge