Sesiapa yang mempunyai kereta mesti kena bayar cukai jalan dan insurans pada setiap tahun. Kecuali kereta tu tak digunakan di jalan raya. Memandu kereta tanpa cukai jalan dan insurans merupakan antara kesalahan besar jalanraya.

Sesiapa yang ada kereta, terutama kereta mewah pasti akan sedikit “terasa” apabila tiba masa untuk memperbaharui dan membayar cukai jalan dan insurans. Ini adalah kerana perbelanjaan tersebut tidak dirancang awal.

Jika ia dimasukkan di dalam pelan perancangan kewangan jangka masa pendek kita, pasti ianya tidak akan menjadi satu masalah kepada kita tika kita hendak membayar cukai jalan dan insurans kelak.
Antara tips ataupun langkah-langkah yang boleh diambil untuk dimasukkan sebagai pelan perancangan membayar cukai jalan dan insurans ialah:
- Main Kutu
Cara ini agak popular di kalangan kita terutama yang berkerja di pejabat. Caranya ialah mereka mengumpulkan peserta seramai 12 peserta. Mereka akan melantik seorang ketua yang biasanya akan bertindak sebagai bendahari ataupun yang memegang duit sumbangan bulanan bagi pihak peserta.Setiap orang menyumbangkan jumlah duit yang dipersetujui bersama pada setiap bulan kepada bendahari. Biasanya selepas tarikh menerima gaji bulanan.Mereka kemudian menentukan giliran penerima duit bulanan. Giliran ini boleh ditentukan dengan sistem undian ataupun suka sama suka.Peserta dibenarkan mempunyai lebih daripada satu akaun. Jadi jika cukai jalan dan insurans melebihi jumlah yang akan diterima apabila tiba giliran seseorang peserta, mereka boleh lah membuka lebih akaun untuk tujuan urusan membayar cukai jalan dan insurans.Kelemahan cara ini ialah kemungkinan berlakunya penipuan agak tinggi. Pemegang duit ataupun bendahari boleh pada bila-bila masa untuk menipu dengan melarikan duit tersebut.Aku tak suka main kutu sebab aku rasa macam aku bayar duit untuk orang secara percuma je selepas habuan aku, aku habiskan. Hahahah - Buat akaun bank khas
Buka akaun bank yang khas untuk tujuan tersebut. Ini bagus untuk bagi yang sukar mengawal perbelanjaan mereka.Tentukan jumlah yang disasarkan untuk membayar cukai jalan dan insurans. Kemudian bahagi dengan 12. Masukkan amaun tu secara tetap ke akaun tersebut pada setiap bulan secara berdisiplin. Jangan dikurangi jumlah tersebut. Lebih tak apa. - Suruh Isteri atau Ibu pegang duit
Itu pun jika anda percaya kepada mereka. Buat macam akaun bank juga, Berikan kepada mereka pada setiap bulan. Jika ada duit yang lebih bagi je. Itu adalah lebih baik. Makin banyak diberi pada setiap bulan, makin cepat sasaran dicapai. - Buka akaun dengan unit trust
Untuk menggunakan cara ini, anda tidak boleh tetapkan sasaran untuk jangkamasa yang pendek. Sebab objektif pelaburan ini untuk jangkamasa yang panjang. Jadi apa yang anda boleh buat, buka akaun unit trust dengan amaun sekurang-kurangnya RM1000. Kemudian buat lah potongan secara autodebit daripada akaun bank ke akaun unit trust secara tetap sekurang-kurangnya RM100 pada setiap bulan.Nilai pelaburan ini akan meningkat daripada tahun ke tahun dengan kenaikan harga unit dan agihan (dividen) yang diberi.Keluarkan ataupun jual lah sebahagian unit tadi untuk kegunaan membayar cukai jalan dan insurans. - Caj amaun insurans dengan kad kredit.
Cara ini tidak dinasihatkan kepada yang tidak berdisiplin membayar kad kredit.Sesetengah bank membolehkan penggunanya menukarkan amaun insurans tadi kepada skim tanpa interest. Ini adalah yang terbaik. Sebaik sahaja kita caj kad kredit untuk amaun insurans, terus telefon bank kad kredit tersebut dan bagitau yang kita nak buat ansuran tanpa faedah.
Ini adalah sebahagian daripada cara-cara untuk merancang bagi membayar cukai jalan dan insurans pada setiap tahun.
Anda mesti ada cara anda yang tersendiri. Kongsikan lah di sini. Di ruangan komen yang disediakan.
kalau tidak merancang apabila tiba masanya memang pening kepala jadinya…
papa mifz recently posted..Encik Titan Si Jejaka Korea
Betul tu. Bab rancang kewangan ni kena plan betul2 walaupun kecil
betul lah tu
setuju sangat
kan akak kan…?
Saya buat yg no 2 tu…
hafiz recently posted..From nothing to something
ooowhhh.. bagus bro. sekurangnya bro ada perancangan. aku buat dengan unit trust. aku ada simpanan khas untuk ini
sohoque recently posted..Cek Pertama Daripada Churp Churp
Mak pun biasanya guna kaedah no 1..
ramai yang pilih no 1
saya biasa dengan cara no 1
Mus recently posted..Sony Alpha NEX-7 Digital Camera with 18-55mm F/3.5-5.6 OSS Lens
setakat ni semua pilih no 1.. ada pilih yg lain tak? heheheh
9 November ni mati insurans + Roadtax..hehe..nasib la dah ada..fuhh
reezluv recently posted..Tutorial Guna Google Keyword Planner
hehhehehe… ok la tu.. tahun dpn renew dgn aku la insurans tu..
bagus tips bro sohoque ni.. boleh praktikkan nanti bila dah beli kereta ^^
Zuan recently posted..Kenapa Hari Ini Lebih Bagus Untuk Membeli Barang Secara online?
byk lg cara unclezuan. yg plg penting kita merancang
Menarik betul tips Tuan! Saya selalu terlupa nak menabung untuk bayar insurans kereta ni. Last-last rasa macam nak tercekik!
Firdaus Azizi recently posted..Selamat Tinggal Jeragat & Sunburn!
hahahah. semua mcm tu tuan. awal2 tak nak beringat. bila dah dkt nak renew insurans dan roadtax baru menggagau cari duit. hehehehe
[…] jangka masa pendek seperti menyediakan tabung untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta, dana untuk perbelanjaan hari raya tahun hadapan, belanja keperluan sekolah anak di tahun hadapan […]
Bak kata M. Nasir, gagal merancang, merancang kegagalan.
azwans recently posted..Faedah ‘main kutu’ dari sudut pengurusan kewangan
hahahha.. betul tu