More

    Tips Untuk Jadi Wanita Cemerlang Dalam Kerjaya Dan Rumahtangga di Seminar Dari Wanita Untuk Wanita

    Senario 1

    Salmah adalah seorang eksekutif di salah sebuah syarikat swasta di ibu kota. Tugasnya yang saban hari menyiapkan dokumen untuk tender dan projek menyebabkan seharian masa dihabiskan dengan tugasan tersebut.

    Kadang-kadang waktu pulang pun terpaksa dianjak dek kerana kerja yang belum siap. Sampai di rumah kebiasaannya memang pukul 7 ke atas selepas berperang dengan kesesakan lalu lintas.

    Nasib baik anak-anak yang ditinggalkan di taska telah dijemput suami. Bolehlah dia terus pulang ke rumah.

    Sesampai di rumah ingat kan boleh hempaskan badan di sofa sekejap meluruskan urat-urat yang kejang. Tetapi sebaik sahaja pintu dibuka, mak aih… Baju menimbun belum dilipat. Mainan anak bersepah.

    image

    Baru je ingat nak lipat pakaian, anak pulak mengadu lapar nak makan. Solat belum, mandi pun belum. Jiwa dah mula stress. Muka dah mula ketat dan masam.

    Anak yang bertanya itu ini mula dimarahi. Suami menegur mula dijawab dengan kasar. Stress..! Bukan dia sahaja yang stress, satu keluarga sudah stress.

    Senario 2

    Saleha, penolong pengurus di sebuah bank di ibu kota amat mementingkan penampilan diri. Bukan sedikit wang gaji yang dihabiskan dengan membeli alat solek dan pewangi badan (perfume).

    Suaminya jenis yang tak kesah kerana Halimah menggunakan wang gajinya sendiri untuk menyediakan alatan kecantikan tersebut.

    image

    Saleha selalu membandingkan penampilan dan kecantikannya dengan rakan sepejabat yang lain. Rasa tidak puas hati jika orang lain berpenampilan lebih bagus daripadanya.

    Penggunaan mekap ini sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan kesempurnaan ibadatnya. Dia terasa susah untuk dia berwudhuk dengan sempurna kerana perlu membuang mekap di wajahnya terlebih dahulu.

    Tiap kali tiba waktu solat memang dia agak berat dan malas nak menuju ke surau. Akibatnya kualiti solatnya kurang daripada yang sepatutnya.

    Tiada keseimbangan

    Dua senario di atas adalah normal bagi wanita berkerjaya masa kini. Keseimbangan antara kerjaya, rumahtangga dan ibadah seakan sudah tiada.

    Ini menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas. Rumah sudah tidak menjadi rumahku syurgaku. Keadaan di rumah asyik panas je.

    Ini ke yang wanita nak? 

    Percayalah… Bukan ini yang mereka nak. Wanita terutamanya seorang isteri mengimpikan suasana harmoni di rumah. Mereka ingin menjadi isteri dan ibu yang solehah.

    Ada wanita yang berjaya seimbangkan perkara ini. Kerjaya, rumahtangga dan ibadah berjalan seiringan. Kat rumah aman je. Suami sayang, anak tak takut untuk bermanja.

    Jika mereka yang berjaya boleh melakukannya, pasti anda juga boleh. Carilah tips dan petua daripada mereka. Motivasi diri juga penting untuk terus beristiqamah.

    Seminar dari wanita untuk wanita – kongsi minda gapai bahagia

    image

    Kat mana nak cari tips, petua dan motivasi tersebut?

    Ada satu seminar di akhir bulan ini. Seminar khas untuk wanita. Anda yang mencari keseimbangan seperti yang dinyatakan di atas amat disarankan untuk hadir ke seminar ini.

    Berikut adalah info seminar tersebut:

    Tarikh: 27 Mac 2016 (Ahad)
    Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, KL
    Masa: 8 pagi – 5.45 petang
    Yuran penyertaan: RM200 (penyertaan perseorangan), RM180 (penyertaan berkumpulan – 10 orang ke atas)

    Antara speaker yang akan berkongsi:
    1. Dr Robiah K. Hamzah
    Pakar motivasi dan kaunselor keluarga

    2. Dato Dr Nora Ashikin Mokhtar
    Pengasas dan pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora

    3. Dato’ Dr Fadzilah Muhammad Ali
    Pakar motivasi dan aktivis

    4. Ibu Halimah
    Pengasas Jamu Mak Dara

    Apa anda dapat daripada kehadiran anda ke sini

    1. Tips bagaimana anda boleh seimbangkan antara kerjaya dan rumahtangga bahagia

    2. Bagaimana untuk menyemai kecantikan dalaman juga di samping kecantikan luaran supaya ia lebih menyerlah

    3. Tips bagaimana untuk menangani stress di tempat kerja dan di rumah

    4. Tips dan petua kecantikan semula jadi secara tradisional

    Peluang untuk direbut segera

    Nah..! Peluang untuk merubah diri sudah ada di depan mata. Apa lagi. Rebutlah segera! Tempat amat terhad dan pendaftaran dijangka akan ditutup bila-bila masa.

    Untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi nombor di bawah:

    1. Puan Normala Hamzah (pengarah program)
    019-2683579

    2. Rahana MD 012-2813848

    3. Huda Khalid 012-3031005

    Tarikh tutup penyertaan: 20 Mac 2016.

    * dengan penyertaan ini anda juga akan mendapat goodie bag dan sijil pemyertaan daripada pihak penganjur.

    **sebanyak 10 gerai jualan juga diadakan diluar dewan untuk peserta

    Latest articles

    Related articles

    26 Comments

    1. Tak dinafikan senario 1 tu memang ramai wanita yang mengalaminya termasuklah saya hehe … Kalau boleh kita sebagai wanita nak semuanya sempurna untuk family dan diri sendiri. Apapun semua wanita patut datang dan dengar sendiri huraian panjang dari panel-panel tersebut … mesti banyak tips dan motivasi yang bakal dikongsikan!

    2. Seminar ini memang pertama kali julia lihat khas utk wanita…betul2 hendak motivate wanita, kita tak mau masalah kecil boleh dikembang jadi perkara tak sepatutnya cegah sebelum ia jadi barah…gogogogogogogo!

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge