Korang tengah cari cafe hipster Puchong yang sedap dan berbaloi ke tu? Hehehe.. sebenarnya aku ada jawapan yang korang cari.. Teruskan membaca ok..
Sebenarnya dah lama aku tak ronda-ronda mencari kedai makan, baik yang hipster mau pun yang lain konsepnya. Ini disebabkan oleh sekatan pergerakan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak setahun yang lalu.
Bukan food review je aku tak boleh buat, malah travel juga aku terpaksa merehatkan diri. Sejak PKP dulu, beberapa destinasi aku terlepas. Antaranya buat Umrah di 10 terakhir Ramadhan. Terasa ruginya.. Tapi apa yang terjadi terkandung seribu hikmah. Allah maha mengetahui.
Aku ok jer sebenarnya dengan PKP ni. Ia memang untuk kebaikan kita bagi membendung Covid-19 daripada bermaharaja lela. Kalau dibenarkan pun, aku kuat merasakan bahawa aku tak berani nak ke sana ke sini masa kes tengah menggila itu hari.
Kalau kena menyesal tak sudah. Dan kau bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah lebih teruk, kau akan turut menyusahkan keluarga dan semua orang.
Cafe Hipster Puchong yang Ohsem
Sorry.. melalut pulak kat atas tu. Haha
Nak dijadikan rezeki, aku berjaya sampai ke Cafe hipster yang aku rasa korang kena masukkan ke dalam senarai tempat makan yang perlu korang terjah dalam masa terdekat. Sila masukkan cafe hipster Puchong ni sekarang. Hehe
Weekend bebaru ni aku ada buat Coaching kelas belajar buat blog dan SEO bersama dengan partner aku, Hafiz Rahim. Kelas ni kelas yang kedua untuk tahun 2022 ni.
Hari tu kami berjaya tamatkan kelas lebih awal, paling awal sejak kami mula membantu ramainya orang yang berminat dengan penulisan blog, 4 tahun yang lalu. Ini berkemungkinan besar adalah disebabkan 2 orang student pada hari tersebut sudah pernah ada blog blogspot suatu Ketika dahulu.
Jadi sekali ajar jer, mereka dah boleh tangkap..
TnL Bakery Café

Habis kelas tu kami terus singgah di TnL Cafe. Cafe ni sebenarnya adalah kepunyaan student kami Izzati Syahirah yang hadir ke kelas kami pada 2 january yang lalu.
Kelas pertama pada tahun 2022 tersebut berakhir lewat petang menyebabkan tiada kesempatan masa untuk kami singgah pada masa itu.
Ruang dalaman TnL Bakery Cafe
Semasa melangkah masuk dengan kaki kanan ke dalam cafe ni, aku macam dah rasa “sesuatu” dengan cafe ni. Sesuatu yang buatkan aku jatuh cinta pandang pertama.
Fuuuh macam cerita drama melayu pulak. Jumpa awek tengah bawak buku, then terlanggar awek. Buku jatuh bertaburan. Then sama-sama kutip buku. Then mata bertentang mata, terus jatuh cinta.. Giituuu! (haha melalut lagi..)
Ok mode serius..!
Mata ini pantas tertancap pada deretan kaunter pameran cermin di sebelah kiri. Di sinilah segala kek dan desserts yang disediakan di cafe ni dipamerkan. Ada tempat untuk menyediakan dessert juga di situ. Mungkin ada masa mereka buat desserts di situ situ sambil disaksikan oleh pengunjung yang datang.
Satu idea yang bagus pada aku. Terutama jika ada skill-skill yang menarik semasa menyediakan desserts. Secara tidak langsung ia dapat menunjukkan kepada pengunjung bahawa membuat desserts ini memang permainan biasa mereka.
Hurmmmm..
Mata aku melirik lagi ke setiap sudut cafe. Luas.. Cozy.. Ada hiasan pokok-pokok hijau kecil di sana sini yang menjadikannya lebih sejuk mata memandang.

Hiasan gambar hitam putih dalam frame yang tersusun rapi di dinding cafe ni ternyata menyerlahkan kan ke”hipster”an dan konsep minimalistnya.
Di sudut sana ada set sofa yang amat sesuai untuk lepak santai. Di sudut sini pula ada meja yang sesuai untuk korang duduk dan buat kerja dengan menggunakan laptop.


Di sudut lain, ada disediakan tempat khas untuk pengunjung membuat parti untuk harijadi.

Secara ringkas, aku rasa aman dan tenang berada di cafe ni. Memang kena dengan jiwa aku yang hipster tapi penyayang ni.. hehehe. Kalau lokasi berdekatan dengan rumah aku, memang sah akan jadi tempat lepak aku sehari-hari la ni.
Menu TnL Bakery Cafe
Sebab kami hanya berempat pada hari tu, maka tidak banyak menu yang dapat kami cuba. Aku mencuba Tokyo Teriyaki Grilled Salmon. Hafiz order Norwegian Grilled Salmon (dia ni memang suka tiru orang.. orang order Salmon, dia pun nak Salmon. #DoneDengki..!).
Yoe makan Signature Nasi Lemak manakala Adeeb pula memilih Salted Egg Chicken with Rice.
Oh ya.. Yoe dan Adeeb ni student kami untuk kelas pada hari tersebut. Korang boleh melawat blog diorang: Ohartanah.com. Fresh from oven ni..! Blog tentang hartanah yang sarat dengan ilmu tapi berjaya disampaikan dengan penulisan yang santai.. Proud of you Yoe.. Kipidap!
Tokyo Teriyaki Grilled Salmon

Jujur aku cakap, Tokyo Teriyaki Grilled Salmon yang aku makan ni memang sedap!. Aku ni penggemar Salmon. Jadi aku memang particular sikit kalau makan Salmon. Kalau tak sedap aku cakap jer tak sedap..!
Tapi yang ni semuanya secukup rasa. Sosnya, kentang lenyeknya, Brokolinya.. Memang menepati citarasa aku!
Sos teriyakinya tu mengingatkan aku masa aku travel ke Kyushu beberapa tahun yang lalu. Memang “menjadi”!
Norwegian Grilled Salmon

Hafiz tak henti-henti memuji menu Norwegian Grilled Salmon ni. Sedap sangat katanya.
Aku percaya jer dia. Sebab mamat ni tak pandai nak tipu. Lagipun kalau dia tipu memang aku boleh baca. Biasanya matanya akan terkedip-kedip cepat dan bola matanya menerawang ke arah lain masa dia tipu tu.. Hahaha.
Nasi Lemak Basmathi

Tengok pun dah sedap, apatah lagi kalau makan. Tengok sambal tu. Memang nampak sambal Nasi Lemak. Cukup lengkap dengan aksesori Nasi Lemak seperti Bilis, Kacang dan timun.
Kalau korang memang jenis yang asal makan jer nak makan nasi, boleh la makan Signature Nasi Lemak ni. Korang add on ayam goreng sekali. Ayam goreng dia portion besar! Puas hati makan..
Si Yoe ni perut kecik. Dia order Nasi Lemak biasa jer tanpa add on. So korang jangan ikut dia tau..
Salted Egg Chicken with Rice

“saya kalau datang sini, memang akan order menu ni..”, ujar Adeeb tanpa ditanya sejurus sahaja menu ini tiba ke meja. Rupanya beliau dah selalu datang ke cafe ni untuk berdating dengan Yoe.
Aku geram jer nak cuba rasa menu yang Adeeb order ni. Kecik besar.. Kecik besar jer aku tengok..! Tapi bila nampak dia macam bersungguh benar menghadap menu tu, aku terpaksa batalkan hasrat aku. Nanti apa pulak orang cakap.. Cikgu berebut makanan dengan student.. Hahaha.
Tak per. Ada banyak masa lagi untuk datang dan cuba bermacam-macam menu kat sini.
Minuman
Haaa kalau dah makan, memang tipu la kalau tak minum. Ya tak..?
Ocean Blue Fizzy Soda

Untuk minuman, aku pilih Ocean Blue Fizzy Soda. Kenapa? Entah.. Aku tak ada jawapan yang konkrit. Aku main pilih jer sebab tertarik tengok warna birunya tu. Teringat air di Huka Falls semasa melawat New Zealand tempohari.
Lagipun aku ni bukan suka fikir lama-lama sesakkan otak hanya untuk pilih air apa nak minum. So aku pilih jer air yang berjaya menarik perhatian aku.
Death By Chocolate

Ni air Hafiz order. Aku rasa dia pilih ni pada awalnya sebab ada perkataan “death” kat situ. Fefeeling peminat Death Metal la tu.. hehehe.
Ok.. yang sebenarnya ada cerita di sebalik terciptanya air ni.
Alkisahnya dulu owner TnL Bakery Cafe ni selalu mengidam nak makan ais krim Famous Amos masa beliau “preknen”. Jadi satu kerja pulak suami dia berulang alik cari ais krim Famous Amos, siap kena naik LRT bagai. So, dari situ diorang dapat idea untuk buat R&D menu ni.
Jadi air ni bukan sekadar air biasa. Ada nilai sentimental disebaliknya.
Air Yoe dan Adeeb tak perlulah aku review kat sini. Diorang order air biasa-biasa jer. Teh O ais kalau tak silap. Yang tu korang pun selalu minum kan? Hehehe
Menu lain
Ada banyak lagi menu makanan dan minuman kat cafe ni selain daripada yang kami cuba tu. Korang boleh tengok menu-menu menarik tu kat Facebook page TnL Bakery Cafe: www.facebook.com/tnlcafekinrara. Jangan lupa “LIKE” sekali tau..!
Rating dan rekomendasi

Aku bagi 4.5 daripada 5 bintang. Aku saja tak bagi markah penuh. Setengah markah lagi tu aku reserve untuk owner dia improvekan apa yang patut dari masa ke semasa.
Sejujurnya, kalau tanya aku berbaloi tak datang ke cafe hipster Puchong ni? Aku dengan pantas akan jawab “YA”.. memang korang patut datang cuba menu-menu yang ada kat café ni. Aku rekomen. Naluri aku kuat merasakan, korang tak akan menyesal datang ke cafe ni.
Aku sendiri akan datang lagi ke sini bawak family untuk menjamu selera. So jommmm..!
Benda sedap memang kita kena kata sedap.. takleh konar-konar. hahaha
Hafiz Rahim recently posted..Lepak Makan Di TNL Bakery Cafe Hipster Puchong
haha.. betul bohhh
Kena datang lagi lepas ni, tuan. Kita mengopi dan try menu lain pulak.
haha.. confirm akan datang lagi
This TnL Bakery Cafe is the epitome of hipster cuisine in Puchong. It’s the epitome of what makes hipster culture in Puchong so appealing. You can’t go wrong with the massive soft cookies here. Whether you’re looking for something sweet or savory, you’ll find it at TnL Bakery Cafe. It’s even kosher and vegan, so you can bring your dog along for some delicious treats.