More

    Top Commentators Widget Plugin Untuk Worpress Blog

     

    Hari ni saya installed satu lagi plugin. Top Commentators Widget Plugin. Saja je nak try tengok ramai tak kawan-kawan yang sudi komen kat karya (entry) saya. 🙂

    Sebelum ini saya tak letakkan widget ni sebab saya orang baru dalam komuniti blogger ni. Ya la apa guna kita letak kalau tak ada orang nak komen. Ye tak? Buat malu jer.

    Namun, setelah agak lama saya berblogging saya dapati kurang juga komen yang datang. Bila saya minta pandangan otai-otai tentang blog saya, mereka bagi feedback blog saya kurang interaksi dengan pembaca. Saya pun agak pelik kenapa komen susah untuk singgah. Selepas berbincang dengan rakan bloggers terutama dengan Daddydee dan MrJocko, mereka memberi komen bahawa blog saya tidak comment friendly dengan ertikata lain susah untuk pembaca untuk tinggalkan komen. Ini disebabkan oleh template blog saya yang tidak comment friendly.

    Jadi untuk tidak ketinggalan dan berasa berseorangan (kerana tiada komen dari pembaca), saya telah memilih template yang lai iaitu template yang saya gunakan sekarang ini. Alhamdulillah selepas itu ramai juga yang datang singgah dan tinggalkan komen di blog ini. Dan yang lebih membanggakan apabila blogger-blogger yang top yang saya banyak belajar melalui karya di blog mereka seperti Denaihati, AUC, Daddydee, Mr Jocko dan lain-lain.

    Hari ni saya install pula Top Commentators Widget Plugin untuk menjadikan blog ini lebih interactive. Antara kelebihan-kelebihan install Top Commentators Widget Plugin ini ialah:

    1. Pengomen (commentators) akan rasa lebih dihargai apabila kita mengambil cakna komen mereka
    2. Pengomen akan rasa lebih seronok apabila komen mereka diambil kira dan disenaraikan mengikut ranking
    3. Pengomen lain akan turut teruja dan terpanggil untuk meninggalkan komen apabila melihat rakan blogger mereka meletakkan komen
    4. Pengomen akan turut berminat meninggalkan komen apabila melihat blogger yang top turut serta meninggalkan komen mereka
    5. Tuan punya blog boleh memberikan awards ataupun token kepada pengomen tegar dan terbanyak dalam jangkamasa yang tertentu (jika perlu)
    6. Dan banyak lagi kelebihan.

    Cara untuk install Top Commentators Widget Plugin:

    • pergi link INI
    • Download Top Commentators Widget Plugin dan save dalam laptop anda
    • Click menu “Plugin” di sebelah kiri dashboard wordpress anda
    • Pilih “Add new” –> “Upload” –> File Top Commentators Widget Plugin yang anda save tadi
    • Activatekan ia
    • Pilih menu “Widget” di sebelah kiri dashboard worpress
    • Cari widget “Top Commentators Widget Plugin” dan drag ke side bar yang anda mahukan ia kelihatan.
    • Isikan “setting” Top Commentators Widget Plugin
    • Siap!!!

    Jadi, oleh kerana saya dah ada Top Commentators Widget Plugin, sudikanlah singgah dah tinggalkan komen ya kawan-kawan 🙂

    Selamat mencuba!

    Top Commentators Widget Plugin

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge