Wednesday, May 17, 2023
HomeHiburanTrailer Aquaman 2018, Tak Sabarnya Nak Tunggu Tayangannya...

Trailer Aquaman 2018, Tak Sabarnya Nak Tunggu Tayangannya…

Khamis lepas, aku dijemput ke NY Steak Shack Subang Parade untuk food review menu terbaru diorang. Dah alang-alang pergi Subang Parade dan hari tu memang tak ada appointment lain, aku set la untuk tengok wayang terus.

Banyak movie aku tertinggal sekarang. Sibuk sikit sekarang ni. Kurang masa untuk bersenang lenang. Giiitteeww.. Hehehe.

So aku sempat la layan movie Venom. Memang syiok ceritanya..

Aku kalau tengok wayang suka datang awal. Sebab aku suka tengok trailer upcoming movies tu. Alkisahnya ada la trailer Aquaman 2018. Fuuuuh macam best giller cerita dia.. Teruja giller nak tunggu ditayangkan. Kalau ikutkan infonya 20 Dec 2018 akan direlease untuk tayangan. Tak lama lagi dah tu.

Aquaman ni kalau kat komik dah lama dah wujud. Sejak tahun 1940-an lagi. Tapi karektornya ada sedikit berubah mengikut zaman. Ada beberapa versi jugak la Aquaman ni. Cerita pun ada sedikit diubah. Sehinggalah terbitnya filem Aquaman 2018 ni yang dilakonkan oleh Jason Momoa.

Best gak mamat ni berlakon. Ada style tersendiri. Macam Chris Hemsworth (Thor) jugak dia ni. Pada aku watak Aquaman sangat sesuai dengan dia. Muka garang, Kasar, serabai.. Sesuai dengan anak raja Atlantis.

Aku sebenarnya tak tahu sangat asal usul Aquaman ni. Tak banyak sangat cerita pasal di layar eletronik. Cuma daripada pembacaan dan movie yang Aquaman muncul sebelum ini seperti filem Batman v Superman: Dawn of Justice and Justice League, aku bolehlah simpulkan keupayaan luarbiasa Aquaman serba sedikit.

Aquaman adalah anak hasil daripada perkahwinan manusia dengan ratu Atlantis. Jadi dia adalah separuh manusia dan separuh Atlantean (bangsa Atlantis). Beliau mempunyai keupayaan untuk memanipulasi pasang surut air laut, berkomunikasi dengan kehidupan akuatik, berenang di kelajuan supersonik, dan memiliki kekuatan luar biasa. Dia keberatan untuk menjadi raja negara Atlantik bawah laut.

Tak banyak sinopsis movie Aquaman 2018 setakat ini. Namun secara umumnya cerita ini berkisarkan Aquaman (Arthur Curry) terpaksa campur tangan untuk memimpin rakyatnya di kerajaan Atlantis melawan saudaranya Orm, penguasa Atlantis yang ingin menyatukan 7 kerajaan bawah air untuk mengisytiharkan perang ke atas dunia atas air kerana isu pencemaran laut.

Itu sahaja sinopsis ringkas yang mampu aku dapat setakat ini. Nanti kalau ada tambahan aku akan updates kat sini lagi.

So sementara, filem ni ditayangkan, korang boleh la layan dulu trailer ni….

Loading

RELATED ARTICLES

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1