Friday, May 5, 2023
HomeJalan-jalanJom Ke Western Australia! Ini Adalah Promo Terbaru Traveloka...

Jom Ke Western Australia! Ini Adalah Promo Terbaru Traveloka…

Alhamdulillah, dalam masa 5 tahun ini aku dapat menjelajah dunia. Bermula 5 tahun lepas, bilamana aku telah dijemput oleh Air Asia untuk mengikuti FAM Trip Jawa Tengah. Rezeki bertambah baik untuk aku selepas itu apabila dijemput pula ke Kyusuhu Jepun oleh Japan Tourism Board.

Selepas itu, travel ke luar negara semakin sinonim dengan aku apabila dijemput berkolaborasi dengan beberapa syarikat berkaitan dengan travel. Setakat ini aku yang menulis berkenaan pengalaman travel aku di dalam blog explorasa.my sudah pun menjejakkan kaki ke lebih 20 buah negara selain daripada dalam Malaysia. Semuanya adalah kolaborasi untuk promo tempat ataupun pakej pelancongan ke tempat tersebut.

Antara negara yang dimaksudkan adalah New Zealand, Jepun, Indonesia, Thailand, England, Perancis, Belgium, Netherland, Switzerland, Germany, Bosnia, Albania, Kosovo, Montenegro, Croatia, Macedonia, Austria, Czech Republic, Poland, Slovakia, Hungary, dan Turki.

Hujung tahun ini mungkin aku akan ke Dubai pula untuk promo pakej ke sana. Tapi yang ni aku masih menunggu surat hitam putih lagi. Jika ada rezeki ia mungkin menjadi penutup aktiviti travel aku untuk tahun 2019 ni.

Mengintai peluang untuk ke Australia

Pendek kata, setiap tahun akan ada tawaran berkolaborasi ke luar negara ni. Travel ni dah menjadi macam satu kemestian pulak sekarang ni. Ia dah jadi macam ketagih pula. Bila lama dah tak travel, rasa macam tak senang duduk pula. Orang yang biasa travel mesti tahu perasaan macam ni.

Sewaktu melawat Budapest Hungary tempohari

Aku masih menunggu untuk travel lagi. Banyak lagi wish list travel aku yang belum terlaksana. Antaranya aku masih belum sampai ke Australia. Memang aku nak pergi ke sana, kalau boleh dalam masa terdekat. Aku tengah berdoa dan menunggu pihak yang ingin berkolaborasi dengan explorasa lagi untuk ke sana.

Ada apa kat Western Australia (WA)?

Kalau tanya aku ke mana aku nak pergi kalau berpeluang ke Australia, aku pasti akan pantas menjawab, Western Australia (WA). Kalau ada yang tak terbiasa dengan WA, mesti korang biasa dengar Perth kan? Haaa Perth tu adalah bandaraya yang terbesar dalam wilayah WA tu.

Aku dah mula survey dah sebenarnya tentang tempat-tempat menarik dan aktiviti yang perlu dibuat kat sana. Sebenarnya tempat-tempat menarik kat sana bukanlah dekat antara satu sama lain.

Jadi kalau nak pergi ke semua tempat-tempat tu, memang kena stay lama la kat sana. Ada aku terbaca satu blog travel ni, diorang ambik masa selama 6 bulan untuk cover semua tempat-tempat menarik di WA ni.

Jadi, untuk lebih bijak, korang yang nak pergi melancong ke sana, pilihlah destinasi yang korang rasa paling best kat WA tu. Contohnya korang pilih untuk habiskan cuti korang kat Perth dulu. So korang cari lah tempat-tempat yang menarik kat Perth tu. Contohnya Margaret River, Pinnacles dan Pulau Rottnest. Sebenarnya nak cover perth sendiri pun dah memakan masa berminggu-minggu.

Margaret River (kredit: bookme.com.au)

Ataupun untuk benar-benar merasai dan menghargai kecantikan semulajadi WA, korang boleh menghabiskan beberapa minggu (sekurang-kurangnya) untuk menerokai bahagian utara atau selatan Perth. Di sini banyak  tempat-tempat yang tidak mungkin korang dapat lupakan seperti Ningaloo Reef, Kimberly, Lembah Giants dan Esperance.

Ningaloo Reef (kredit: luxuryoutbacktours.com.au)

Untuk korang yang menyukai pantai dan laut, bahagian Barat Daya WA akan menyajikan korang dengan pantai-pantai dengan pasir yang putih bersih dan air lautnya yang jernih seperti kristal. Di sini juga terletaknya hutan Karri yang menawan.

Korang juga boleh memilih destinasi di utara Perth yang menawarkan korang peluang untuk melawat banyak tarikan unik WA. Landskap di sini menjadi lebih menarik dan asli bilamana korang meneroka lebih jauh ke pendalaman.

Landskap luar biasa Pinnacles adalah salah satu tempat pertama yang korang akan lawati ketika menuju ke kawasan pantai, dan ketika korang terus ke utara, korang boleh berhenti di Monkey Mia, untuk melawat ikan lumba-lumba yang terkenal, dan Kalbarri.

Pinnacles (kredit: westernaustralia.com)

Selepas itu korang boleh sertai aktiviti Snorkelling atau menyelam Terowong Ningaloo dari Coral Bay atau Exmouth, sebelum menuju ke destinasi mesti lawat, Kimberly.

Haaa banyak kan tempat yang nak kena melawat kat sana. Macam pening jer sikit. Hehehe.

Korang tak perlu pening-pening sebenarnya. Yang penting korang kena decide nak pergi ke mana kat WA tu. Kalau aku, since aku belum pernah sampai WA tu, aku akan pilih Perth dulu untuk dilawati. Nanti ada rezeki ke sini lagi, aku ke destinasi lain pulak.

Kempen Traveloka

Kalau korang decide nak pergi ke WA, sekarang adalah masa yang terbaik. Sebabnya Traveloka tengah buat promosi ke Western Australia sekarang. Basically, Traveloka Promo ni terbahagi kepada 3:

Flight

Memang tidak dapat dinafikan, kos tiket kapal terbang adalah antara kos yang besar dalam keseluruhan kos travel. Jika korang travel sendiri secara backpacking, inilah antara kos yang korang akan cuba jimatkan. Salah satu caranya ialah beli tiket flight semasa ada promo.

Bersempena dengan Kempen melawat Western Autralia Traveloka, setiap pembelian tiket flight to Australia (flight booking) ke destinasi di WA, korang akan layak untuk mendapat diskaun sebanyak RM100. Syaratnya transaksi tersebut lebih daripada RM1,500 di bawah satu booking ID.

Korang perlu membuat dan membayar tempahan dalam masa daripada 15 May – 31 Ogos 2019. Manakala korang bebas memilih masa untuk travel.

Hotel

Kos penginapan dan makanan pula adalah kos kedua selepas kos tiket penrbangan yang perlu korang selidiki sebelum hari travel korang. Korang mesti ktif mengintai peluang untuk mendapatkan kos penginapan korang nanti.

Promo untuk penginapan seperti yang tengah dibuat oleh Traveloka ini tidak seharusnya orang ketepikan. Dengan Kempen melawat Western Autralia Traveloka yang sedang berlangsung sekarang, korang boleh terus menempah hotel di mana-mana destinasi di WA untuk melayakkan korang mendapat 15% diskaun ke atas setiap tempahan hotel anda tersebut.

Syaratnya korang kena tempah daripada sekarang sehingga 31 Ogos 2019

Pakej Flight +Hotel

Ini pula pakej kombo untuk tempahan tiket flight dan juga hotel. Bagi tempahan melalui applikasi Traveloka dan juga laman web Traveloka sempena kempen melawat Western Australia ini, korang boleh memilih pakej ini untuk menikmati diskaun sebanyak 15% sehingga RM100.

Yang bestnya, tiada transaksi minima di bawah satu ID untuk pakej ini. Syaratnya korang kena tempah dalam masa bermula daripada 15 Mei – 31 Ogos 2019. Manakala masa untuk travel pula adalah bebas.

Ada lagi sedikit syarat-syarat lain yang korang wajib baca untuk mengelakkan kekeliruan. Korang kena lawati laman web untuk Traveloka Promo ini. Lagipun untuk sertai kempen promo ni, memang korang memang kena melawat laman web traveloka jugak untuk urusan tempahan dan sebagainya.

Korang perlu membuat dan membayar tempahan dalam masa daripada 15 May – 31 Ogos 2019. Manakala korang bebas memilih masa untuk travel.

Bertindak segera untuk tidak menjadi orang yang rugi

So kenapa nak tunggu masa harga biasa jika dah ada harga promo menanti korang. Cuma tindakan korang yang pantas jer sebenranya yang membezakan korang menjadi ‘traveler yang bijak’ ataupun traveler yang ‘biashe-biashe’.

So jangan berlengah lagi kali ni. Pergi booking cepat…!

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1