Thursday, June 8, 2023
HomeUncategorizedTrip Bisnes Ke Kuantan

Trip Bisnes Ke Kuantan

sungai kuantan.JPG
Pesisir Sungai Kuantan

Hari ini bermulalah program trip bisnes aku ke Kuantan. Dah agak lama aku tinggalkan aktiviti ini. Ini disebabkan beberapa masalah seperti kelahiran baby Ifza dan masalah tiadanya pengasuh untuk menjaga beliau.

Dulu setiap bulan aku akan agihkan masa selama seminggu di sini.

Aktiviti ini bukanlah aktiviti suka-suka. Ia adalah trip bisnes aku.

Hampir 70% daripada klien ataupun pelanggan Unit Trust dan Takaful aku berada di Kuantan, Kemaman dan Kerteh, Terengganu. Ini kerana aku mulakan bisnes Perancangan Kewangan ini di sini.

Jadi trip bisnes ini ke Kuantan ini adalah rutin untuk berjumpa pelanggan sebagai servis wajib aku.

pemandangan bandar Kuantan.jpg
Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak di bandar Kuantan

Berbalik kepada perjalanan tadi. aku mengambil masa selama 4 jam setengah untuk sampai di sini. Selepas tol Gombak tadi jam menunjukkan pukul 10. Sampai di sini pukul 2 setengah.

Ini adalah kerana penyakit mengantuk aku datang lagi. Kena pulak cuaca di luar memang panas ditambah pula aircond kereta yang sejuk. Kombinasi ini menghasilkan satu keadaan ataupun penyakit yang selalu aku hadapi iaitu mengantuk sewaktu memandu.

Oleh kerana kereta sudah terhuyung hayang ke kiri dan ke kanan aku terpaksa mangambil keputusan untuk berehat dan tidur sekejap. Tetapi sekejap itu hanyalah dari segi istilah. Hakikatnya aku tidur agak lama. Kalau tak silap aku lebih kurang 1 jam jugak aku tertidur di Perhentian RnR Temerloh tadi. 😀

Bab mengantuk ni aku memang jaga la. Sebabnya dulu aku pernah terlibat dalam satu kemalangan yang agak dahsyat jugak la. Kereta yang aku pandu rosak teruk dan diisytiharkan sebagai “total Loss” oleh syarikat insurans. Aku sendiri nasib baik tidak turut “total loss”.

Kecederaan yang aku alami akibat peristiwa itu ialah kaki kanan aku mengalami keretakan pada bahagian atas berhampiran dengan abdomen/hip. Tulang mangkuk yang bersambung abdomen dengan kaki kaki retak teruk. 3 bulan aku terbaring terlantar. 3 bulan lagi aku perlukan untuk sembuh sepenuhnya. Berjalan pun dengan menggunakan tongkat. Aku terpaksa cuti selama 6 bulan.

Alhamdulillah walaupun lewat 2 jam, aku selamat sampai di Kuantan.

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

G-VE91R3DCE1