
Tsunami Titan

Tup-tup nama Titan melonjak naik. Bermula dengan blog ini yang mula-mula aku follow untuk dapatkan maklumat tentang affiliate dan sebagainya. Kemudian rahsia sudah pecah apabila blog ini yang memenangi salah satu category di Minggu Media sosial 2012 adalah juga blognya. Kemudian muncul pula blog ini yang dengan pantas mendaki ranking alexa.
Kemudian Titan dengan bergaya pula tampil ke Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 sebagai salah seorang panel.


Sekarang ada pulak Contest Review Tak Terkalah ni dengan hadiah yang agak menarik dan syaratnya yang sungguh ringkas,
Kiranya Titan sekarang sudah bertaraf retis la.. hehehe. Bukan nak puji sangat. Sebab aku tau mamat ni bukan makan dek pujian pun. Dia suka makan cendol je. Ini sebagai mukaddimah entri ni.
Macam kaunter saham… Tapi awas..!

Jika Titan ini kaunter saham, mesti harganya di paras tertinggi. Dan kalau saham, bila harga tengah tinggi macam ni kena hati-hati sebab dua benda mungkin boleh berlaku: samada orang akan beli saham tu lagi sebab teruja dengan kenaikan harga yang mungkin akan naik lagi selepas ini. Ataupun orang mungkin akan berduyun-duyun menjual untuk mengambil keuntungan dan menyebabkan harga akan jatuh mendadak semula. Jadi Titan kena hati-hati tentang ini.
Follower
Lelaki kacak yang ego dan tak terkalah ini aku follow daripada tahun lepas lagi. Masa tu aku baru je ada blog sendiri. Mula-mula aku ingat dia blogger baru yang poyo macam aku jugak, tapi bila tengok banyak elemen-elemen SEO dan backlink-backlink dalam setiap entrinya aku dah mula syak yang dia ni blogger otai.
Aku ada terbaca dalam satu entrinya yang menceritakan pengalaman dia dalam arena blogging ini dah lama. Dah lebih kurang 10 tahun. lama tu… Kalau kahwin dan terus isteri bunting pelamin, anak dah darjah 4 tu.
Contest pertama aku sertai
Aku terus melekat dengan blog-blog Titan selepas pertama kali aku masuk satu contest anjuran seorang blogger. Sebab pertama kali aku masuk, punya la aku perahkan kepala hotak aku untuk memberikan yang terbaik. Bukan sebab nak menang sangat tapi sebab aku malu kalau blogger lain baca entri aku yang tak menarik. Sungguh kerdil aku rasa pada masa itu.
Tapi bila keputusan contest diumumkan, alangkah kecewanya apabila aku tahu yang pihak penganjur memilih secara rawak untuk menentukan pemenang tanpa melihat kreativiti dan isi penulisan.
Aku nak zahirkan kekecewaan, tapi terasa malu. Di sinilah Titan bersuara dalam salah satu entri dan komen-komen di Facebook tentang ketidakwajaran sistem pemilihan ini. Aku tak taulah orang yang dia maksudkan tu penganjur contest yang aku sertai itu atau tidak, tapi aku tau yang dia pun rasa macam aku tentang cara pilih pemenang tu. Dan aku respek cara dia yang berani sound direct.
Langsi
Apa makna langsi sebenarnya ya? Aku pun tak tau maksud sebenar-benarnya. Sebab kat negeri aku (Terengganu) tak ada vocab ni.
Tapi entri-entri Titan yang menggunakan bahasa langsi yang direct, ego dan sinis menjadikan entrinya tersendiri dan unik. Kadang-kadang bila baca rasa macam nak lempang pun ada gak. hahaha. Tapi sedar tak sedar, dalam pada nak lempang tu, dah setengah jam aku meneroka blog dia.
Terperangkap aku! Mungkin inilah teknik yang digembar-gemburkan ini.
Teknik SEO merah jambu
Aku tak tau secara detail lagi kesemua teknik SEO dia ni. Tapi lama kelamaan aku dah boleh agak. Banyak entri-entrinya yang menggunakan teknik ini.
Mungkin teknik ni dah terdedah di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 bebaru ni, tapi aku terlepas sebab aku tak dapat hadir ke situ.
Dengan ini aku pun tergerak hati untuk mereka cipta teknik SEO aku. Aku gelarkannya: Teknik SEO “klik tanpa bayang”. hahahaha.
Maikel dan Mercedez
Siapa kenal siapa atau apa ini? Inilah dua ekor binatang peliharaan Titan. hahahah. Aku buat entri ni pun sebenarnya bukan untuk Titan suka. Kalau dia atau korang tak baca pun ok sebenarnya. Cukuplah Maikel dan Mercedez yang suka dengan entri ni. Kalu depa 2 ekor suka mesti Titan suka. Betul tak?
Cendol
Aku dulu tak de la suka sangat makanan ni. Eh cendol ni makanan ke minuman ek? Aku rasa minuman. Tapi kalau minuman kenapa orang tak panggil minum cendol? Orang akan cakap makan cendol. Betul tak? Titan sila jawab!
aku harap lepas Titan baca entri aku yang tengah merah mata ni, hati dia tergerak untuk belanja aku cendol semangkuk dua. Hahahaha.
Fatin Liyana.

Aku dulu tak de la kerap sangat ziarah blog ini, tapi dah banyak kali disebut oleh Titan dalam entri dia siap dengan link sekali, aku klik je la link tu. Jadi bukan salah aku. Tapi salah Titan yang bagi link. aku jalankan tugas aku sebagai pembaca blog dia je. Nanti apa pulak katanya. Dah dia bagi link, tak sudi pulak aku nak klik.
Blogwalking
Satu lagi benda yang aku kagum, respek dan tak mampu nak ikut sampai sekarang adalah kerajinan Titan dalam menjengah blog-blog orang. Hampir setiap hari jika ada entri baru beliau akan tinggalkan komen kat blog aku.
Aku terharu sebenarnya. Ya la. Siapalah aku blogger yang baru setahun jagung berkecimpung dalam arena blogging ini. Tapi Titan yang sudah bergelar sifu dan banyak pengalaman masih sudi mencemar duli singgah di blog aku. Bukan di blog aku sohoque.com saja, malah di blog hingusan aku yang ini juga.
Malah jika aku buat blogwalking ke blog orang lain pun mesti aku jumpa si Titan ni tinggalkan komen.
Kadang-kadang timbul persoalan di benak ku: Adakah Titan membela hantu raya yang menolongnya untuk aktiviti blogwalking? hahaha.
Sebab apa aku masuk contest ni?
Sebab aku rasa aku banyak juga belajar tentang blog secara tak langsung daripada Titan. Kira dia macam sifu aku jugaklah selain sifu ini dan ini yang sudi mengajarkan aku teknik SEO Klik Tanpa Bayang. Jadi ini sebagai salah satu cara aku menyokong beliau.
Lagi satu tajuk contest senang. Syarat contest ringkas. Tak perlu aku gunakan tenaga otak aku secara maksimum untuk entri ini.
Hadiah pun boleh tahan. Jadi apa aku tunggu lagi. Kasi hentam je la…
Oh ya sebelum aku lupa ini adalah pesanan penaja:
Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh Sara, Syukri Tahir,RahsiaDuitFree, IlaZainal, Blackrosehunter, dan Nuristimewa.
Dah. Nak pergi solat jumaat pulak. Nanti kalau ada masa boleh la aku edit mana yang patut.
Wassalam.
hebat encik titan tue. huhuhu.. ^_^ terkenal dengan cendolnya.
fyna recently posted..Keputusan JDT vs Pahang 1 Jun 2013 , Siapa Bakal Ke Final?
ya.. tsunami titan!
emm..kasi mahir kemahiran crop gambar. Insya-Allah, artikel-artikel akan datang lu, mesti ramai awek cun datang. Jangan marah gua kalau lepas itu bini-bini lu amok plakk. haha..
titan recently posted..Kenapa mesti 5 artikel?
chewaaah!!! bini-bini gua tu.. cam UAI lak gua. hahahah
InsyaAllah akan gua improvekan seperti yg lu suggest..
Oh tidakkk… Fatin Liyana awek gua pun ada dalam nie -_-
Izzuddin Fauzi recently posted..Suatu Perjalanan Satu Hari 500KM (Bhg. 1)
Hahahaha. Ni gua ada sblh fatin liyana baca komen lu. Kitorg baru bkk dr dinner. Dia senyum jer. Oh ya dia kim salam kat lu. Ahaks!!! 😉
Join juga yer..
Good luck…
AkmaOmar recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Heheheh. Sy jarang join contest, tp sbb titan kena join la tanda support
[…] Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah […]
lagi ikutan contest review blog ya Bang. semoga sukses ya Bang…
Makasih ya bang
tahniah kpd cik titan
leeza dayasari recently posted..Jadual Markah Pemahaman dan Penulisan Bahasa Melayu Sek Ren
😉
Tarikhnya dah tamat sekarang ni, moga entri anda berjaya menjadi pemenangnya. Insya Allah…
sensasi2020 recently posted..Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah
InsyaAllah. Ameen
eh bukan tamat malam ni ke??
cik tom recently posted..Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana
ntah.. ya kot.. malas la nak cek. heheheh
good luck!! ada chance menang ni…boleh open table..heee
cik tom recently posted..Tudung Labuh Berkualiti Mengikut Syariat di InspirasiHana
Hahaha. Tu pon kalu maikel dan mercedez suka
[…] Tsunami Titan Dan Contest Review Tak Terkalah […]
sedap plak en titan tu lena..huhu..asyik betul nampaknye
its maey recently posted..Blog Buat Duit Dengan Kitab Teknik SEO Merah Jambu
hahahaha..
Tahniah.. Memang produktif hasil kerjanya.
Macam mana rahsia rajin dan kekalkan momentum rajin.
Tabik
Mazni Azmi recently posted..Hilangkan Kelemumur Cara Memakai Tudung Yang Selesa
memang otai titan ni sgt rajin. kalau taya dia, dia akan cakap bahawa dia pemalas…