
Dengan penulisan aku dalam blog, sedikit sebanyak ia membantu agensi aku untuk berkembang sebenarnya. Ramai yang menghantar emel, menelefon dan menghubungi melalui khidmat pesanan ringkas tentang ilmu perancangan kewangan yang aku kongsikan. Terkejut jugak aku pada mulanya. Ya la, aku sangkakan tulisan aku dalam blog kewangan dan bisnes aku tu tak ada siapa nak baca. Tajuk yang serius tentang perancangan kewangan. Siapa la yang nak baca, sangka ku. Rupanya tidak, ramai jugak yang mengikutinya.
Caknawang ialah blog yang aku buat untuk mendedahkan info-info terkini, ilmu dan tips pelaburan dan takaful serta aktiviti-aktiviti telah dianjurkan oleh agensi seliaan aku iaitu Synergy Khalifs Agensi.
Beberapa minggu yang lalu, aku dihubungi melalui panggilan telefon oleh seseorang. Memang daripada suara dan gaya bercakapnya dia memang dalam kesusahan hidup dan sedang mencari kerja untuk menyara keluarga.
Melalui siri panggilan telefon daripada beliau tahulah aku sedikit sebanyak tentang kisah hidupnya. Dan aku sangat teruja untuk membawa beliau merubah kehidupan beliau kearah yang lebih baik dari segi kewangan dan kerjaya.
Beliau daripada Pulau Mutiara Pulau Pinang. Pernah berkerja di Kuala Lumpur sebagai pegawai bank di sebuah bank terkemuka Malaysia. Begitu juga dengan isterinya, seorang pegawai bank.
Kedua pasangan suami isteri tersebut bertekad untuk berhenti kerja makan gaji apabila diperkenalkan satu bisnes oleh seorang rakan. Bisnes MLM itu pada mulanya berjalan dengan baik sehinggakan beliau mampu mengumpul dana jutaan ringgit di dalam akaun beliau.

Panas yang disangkakan hingga ke petang telah bertukar hujan di tengah hari. Ada sedikit keraguan kepada bisnes MLM tersebut sehinggakan aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa. Akhirnya perniagaan MLM tersebut dibekukan oleh Bank Negara Malaysia menyebabkan kehidupan beliau yang penuh kegemerlapan menjadi gelap secara tiba-tiba.
Semua harta seperti rumah, kereta mewah dan duit simpanan hasil daripada bisnes MLM tersebut telah disita. Beliau daripada menaiki kereta mewah telah bertukar ke taraf berjalan kaki dalam sekelip mata. Tika itu beliau sekeluarga masih di Kuala Lumpur.
Dugaan bertambah apabila orang tua di kampung (Pulau Pinang) yang sedang menderita sakit buah pinggang semakin teruk sakitnya. Beliau sekeluarga balik kampung dan menjaga orang tua beliau. Sehinggalah orang tua beliau meninggal dunia pertengahan tahun 2013 yang lalu.
Beliau yang biasa hidup di Kuala Lumpur tidak bertemu punca untuk berkerja di Pulau Pinang. Ini menyebabkan beliau bertekad untuk kembali ke Kuala Lumpur untuk mencari perkerjaan.
Semasa beliau menelefon aku tempohari beliau telah bertekad untuk berpindah kemari.
“saya ada RM4,000 jer ni Ishak. Duit tu untuk saya buat semua. Sewa rumah, belanja anak sekolah dan sebagainya. Harap Ishak dapat bantu saya untuk cepat-cepat berjaya dan ada pendapatan. Saya bagitau ni bukan untuk minta simpati tapi supaya En Ishak faham tentang saya”
beliau bercerita semasa menelefon aku sebelum pindah ke Kuala Lumpur.
Memang aku terharu. Dan aku berfikir panjang macamana nak memberi jalan bisnes kepadanya. Payah jugak ni. Ya la dengan kekangan duit sebegitu susah nak buat bisnes. Nak jumpa klien, semuanya memerlukan duit. Namun jika kita fikirkan susah memang susahlah jadinya.
Masalah tetap masalah. Ia untuk diselesaikan. Mesti ada cara. Dan aku telah terfikir beberapa cara untuk diadaptasikan dengan beliau. Cuma aku perlu berjumpa secara bersemuka dan berbincang dahulu setujukah beliau dengan perancangan bisnes aktiviti untuk beliau ini.
Semasa beliau sampai di sini, aku tiada di Kuala Lumpur. Aku ke Johor membawa anak-anak berjalan makan angin di cuti sekolah. 2 minggu lepas baru dapat berjumpa secara bersemuka dengan beliau.
Aku agak kaget dan terkejut semasa mula-mula beliau menegur aku di sebuah restoren mamak tempat kami berjanji untuk berjumpa. Sangkaan dan persepsi aku tentang beliau memang jauh meleset. Yang aku bayangkan, beliau berbadan kurus, kecil dan tidak bersemangat. Rupanya insan yang datang berjumpa aku pada hari itu seorang yang kemas. Berbaju kemeja. Badannya sederhana besar tidak seperti yang aku bayangkan. Cakapnya sungguh bersemangat walaupun beliau dalam kesempitan hidup.
“Hebat orang ini” detik hatiku.
Bercerita tentang diri beliau, aku agak terkejut apabila kata-kata ini terkeluar daripada mulut beliau:
“Encik Ishak tau tak, masa Encik Ishak pergi ke Johor itu hari, saya terpaksa ke sect 28 Shah Alam untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga saya. Saya pergi tumpang orang. Tapi bila nak balik ke Ampang tak ada orang yang saya boleh tumpang. Jadi saya berjalan kaki daripada sana ke Ampang. Bukan saya tak menahan kenderaan, tapi satu pun tak berhenti. Jadi saya pasrah untuk berjalan kaki. Sambil dalam hati saya bercakap dengan tuhan supaya mengampunkan dosa-dosa saya sebelum ini dengan dugaan yang saya terima ini. Sepanjang jalan saya hanya berzikir. Saya ambik masa selama 6 jam untuk sampai ke Ampang ni”

Terkejut saya. Hampir menitis air mata aku mendengar ceritanya.
Beliau juga bercerita beliau telah didatangi oleh seorang India, seorang mubaligh kristian. Mubaligh kristian ini datang dan menawarkan RM5,000 setiap bulan untuk beliau. Beliau tak perlu lakukan kerja apa-apa. Hanya perlu memakai rantai salib di leher di dalam baju dan perlu menghadiri upacara di gereja pada setiap pagi Ahad.
Iman beliau masih kuat. Beliau menolak secara lembut. Oleh kerana orang kristian itu sangat menghormati pendirian beliau, dan beliau juga kenal orang kristian tersebut walaupun tidak rapat, RM100 dihulur juga oleh orang kristian tersebut untuk belanja beliau.
Benarlah sabda nabi: “Kekufuran itu menghampiri kekafiran”. Jika iman tidak kuat, tawaran lumayan itu sudah tentu diambil. Inilah bezanya dakwah krsitian dengan dakwah orang Islam kita. Mereka menolong dengan dana kewangan. Tapi orang Islam nak mintak bantuan pun banyak prosedur dan birokrasi nak kena lalui.
Sekarang kata beliau, beliau ambil upah membasuh pinggan di sebuah gerai makanan dengan upah RM25 sehari. Semuanya dibawa pulang untuk habuan sekeluarga. Beliau tak sampai hati nak makan semasa kerja bila mengingatkan keluarga beliau belum menjamah makanan. Sungguh aku menghormati insan ini. Rela berkerja sebagai pembasuh pinggan, namun meminta jauh sekali.

Pertemuan malam itu kami akhiri dengan perancangan aku untuk membawa beliau ke dalam bisnes Unit Trust. Aku akan membantu beliau memudahkan urusan bisnes ini. Moga beliau diberi rezeki yang cepat di sini.
Aku sungguh insaf. Kadang-kadang kita rasakan hidup kita ini susah kerana apa yang kita mahukan belum lagi tertunai. Walaupun sudah lama kita berdoa. Nah… sekarang tuhan bawakan beliau kepada aku untuk membandingkan nasib aku dengan nasib beliau. Ampuni aku ya Allah. Aku bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada aku.
Astaghfirullahaladzeem…
Allahuakbar! Menitis air mata ambe baca entri ni boh. Sedih ambe. Ambe terbayang, macam mana kalu ambe berada di tempat dia.
Kita mmg rasa susoh jugok, tp rupanya ada lagi sedara seagama kita yg amat susoh. Jalan kaki 6 jam ke ampang…Allahuakbar.
Terimakasih boh! moga2 Allah membuka pintu rezekinya lebih luas utk deme, brother tu dan kita semua…ameen
hafizmd recently posted..10 Blogger Pilihan 2013!
ya.. ambe baru lps jumpa dia td. dia try mintak bantuan pusat zakat selangor. mungkin akan dapatlah bantuan sikit, tp proses makan masa 3 bln.. adehhhh
subhanallah, besar sungguh dugaan yang beliau kena tempuh
semoga ada rezeki untuk beliau dan keluarga…
apapun, kita ambil kisah ni sebagai pengajaran
hidup macam roda, sekelip mata je kita boleh berada di atas, sekelip mata juga kita boleh berada di bawah
yang penting, beringat dan sentiasa bersyukur
baca entri ni rasa semangat nk tolong orang..
bagus la bro tolong dia walaupun tak kenal batang hidung
sebab Islam itu indah.. pertolongan tak perlu utk org2 yang kita kenal saja..
semoga segala kebaikan kita kepada orang, akan mendapat kebaikan kepada kita olehNya, inshaAllah
penaberkala recently posted..Sekali air bah, sekali pantai berubah
insyaAllah. Ameen
perkongsian bro juga sebagai peringatan dan pengajaran untuk kita semua. Allah boleh tarik segalanya bila-bila masa saja. Ujian besar diberikan pada beliau, juga ujian pada kita bagi membantu beliau.
Denaihati recently posted..Jejak-jejak Rasul di bumi Palestine
ya betul tuan. sbb tu la sy kata yang tuhan hantar dia pada saya satu untuk saya bantu. satu lagi untuk peringatan kepada saya.. Allahuakbar
aku doakan korang berdua berjaya. in-sha Allah. 🙂
teringat masa jalan kaki dari bandar KK ke rumah sebab takde duit tambang bas..
titan recently posted..Camana nak bela kucing comel?
Owh. Tima kasih bro. Ameen
entri yg sgt menyentuh hati dan menitiskan air mata 🙁
Farisya Anastasyia recently posted..Contest SEO Car Stickers Malaysia
susah kita… ada lg org yg lbh susah dr kita. jd bersyukurlah dgn apa yg kita ada
semoga beliau terus tabah.. di kala kesusahan, ujian datang.. syukur beliau masih tetap imannya.. R.E.S.P.E.C.T.
kita sama2 bantu beliau…
KiD recently posted..Oh My English TELEFILEM HELLO AMERICA
yg ni la yg aku citer tempohari tuuu
Kalau yang tidak kuat iman seperti tertulis didalam entri ini boleh ambil jalan pintas untuk kaya akhirnya merosakkan diri sendiri. Suatu pengajran buat saya.
akubiomed recently posted..Belajar bahasa Inggeris mudah
nasib baik brother tu kuat iman…
Dengan keadaan kos sara hidup meningkat bermacam usaha orang diluar sana akan lakukan untuk menjana pendapatan sampingan.
akubiomed recently posted..DiGi Challenge for Change kembali mencari idea Aplikasi Mobile Terbaik
yang paling ampuh ialah cari side income utk tampung ketidak cukupan
entri yang meruntum jiwa saya.. terima kasih bro sebab sudi berkongsi kisah sedih ini
Hakim Mahmud recently posted..CUSTOM MADE STICKER KERETA TERBAIK
Tima kasih sbb sudi singgah
Berharap dia dah bahagia dan senang sekarang. Inshaa Allah. Amin..
aameen