Monday, March 20, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesUnit Trust Ada Tempoh Matang?

Unit Trust Ada Tempoh Matang?

Antara soalan yang banyak orang tanya Abam Hoq tentang Unit Trust ni ialah bila tempoh matang? Mereka kurang faham dan semacam beranggapan pelaburan ini seperti insurans ataupun pelan takaful.

Kawan-kawan,

Pelaburan UT ni bukanlah seperti Insurans/Takaful. UT adalah instrument perancangan kewangan dalam jangkamasa yang panjang untuk membiakkan duit kita dengan lebih cepat dan selamat berbanding dengan simpanan biasa.

Manakala Insurans/Takaful pula adalah alat untuk persediaan di kala kita ditimpa musibah dan sakit yang tidak terjangka. Itu tujuan utamanya insurans ini.

Cuma untuk melabur dalam UT, kita perlulah merangka satu pelan yang ada objektif untuk masa depan kita kelak. Ia adalah sebagai tanda aras yang perlu dicapai. Ia juga akan menjadi pengukur adakah kita masih berada di landasan yang kita rancang dan sebagainya.

Saudara saudari,

Oleh kerana UT ini adalah pelan jangkamasa Panjang, maka antara objektif yang sesuai untuk pelaburan ini ialah pelan persaraan, pelan Pendidikan, pelan untuk pemilikan rumah (bayaran muka), pelan untuk kahwin dan lain-lain lagi.

Objektif ini sangat penting untuk dibincang bersama dengan UT consultant kita. Daripada objektif amaun dana dan objektif masa inilah, kita akan rangka satu pelan bagaimana untuk mencapai objektif kita dalam masa yang sesuai ; RMxxx,xxx dalam masa 25 tahun (misal sahaja).

Jadi sehingga objektif kita itu belum tercapai, kita boleh fokus sahaja dengan melabur membuat penambahan unit secara regular tanpa berfikir akan perkara lain. Lebih banyak unit dikumpul, kebih banyak dan cepat dana yang kita kehendaki terhasil.

Jadi, UT ini tiada tempoh matang ya saudara saudari. Andaikata objektif kewangan kita berubah, pelan kewangan dengan UT ini juga mungkin berubah. Contoh, kalau kita perlukan RM2 juta untuk persaraan. Perancangan dengan UT dibuat dalam masa 25 tahun. Tapi jika baru melabur 5 tahun, dan kita mendapat durian runtuh duit RM1 juta, maka objektif masa pelaburan sudah berubah).

Sebarang jualan unit ataupun ambilan agihan, ia tidak akan dikenakan penalty seperti insurans. Boleh sahaja nak keluarkan duit pelaburan sebagai kegunaan segera. Cuma jika duit pelaburan dikeluarkan lebih awal daripada pelan yang telah dibuat ia akan merosakkan pelan yang telah dirancang dan memerlukan review semua!.

Jangan lupa pautan untuk pertanyaan:

 http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust 

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1