Wednesday, May 24, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesUnit Trust Sebagai Pelengkap Perlindungan Takaful, Macamana Tu..?

Unit Trust Sebagai Pelengkap Perlindungan Takaful, Macamana Tu..?

Ramai prospek dan klien yang Abam Hoq jumpa ada masalah ni..! Mereka ambil pelan Takaful tapi perlindungan kematian agak rendah …! Oh ya.. Abam bahasakan Takaful sahaja ya… Insurans pun termasuklah ni. Sebabnya orang Islam kena ambil Takaful, bukan Insurans.

Macamana Abam tahu? Kan Abam cerita semalam abam suka bertanya untuk dapatkan ‘profail kewangan’…

Sebagai contoh, sumbangan bulanan untuk takaful dah RM350. Tapi perlindungan untuk kematian hanya RM30K. Pelan yang lain yang disertakan sekali adalah Medical Card, Critical Illness, personal accident dan lain-lain.

Persoalan: Cukup ke RM30K untuk ditinggalkan kepada pewaris (anak dan isteri) jika berlaku kematian?. Kena pulak isteri surirumah. Kena pulak suami masih ada hutang..!

perlindungan Takaful/insurans mestilah mencukupi dengan mengambil kira penyelesaian hutang kita dan perbenlanjaan keluarga yang bakal meneruskan hidup tanpa kita dan pendapatan kita bersama

“Bukan tak nak ambil coverage banyak bang.. tapi ejen takaful saya cakap kalau ambil perlindungan kematian tinggi, sumbangan bulanan pun akan jadi tinggi..! Lebihan tunai bulanan saya bukan banyak pun ” jawapan ini biasa Abam dapat kalau persoalan tentang cukup ke perlindungan kewangan yang diambil..

Secara ringkasnya, pelan takaful jadi tinggi sumbangan bulanan kerana ia diesrtakan sekali dengan riders yang lain termasuk medical card.. (mengikut keperluan masing-masing). Jika pelan takaful tersebut komprehensif, maka sumbangan bulanan juga akan turut meningkat (bergantung kepada factor-faktor seperti umur, risiko perkerjaan dan lain-lain)

Ini cara Abam… Abam akan tambahkan pampasan kematian tadi dengan mencadangkan pelaburan Unit Trust.

“Aik.. Macamana tu bang.. Kena tambah lagi! Kalau macam tu sama jer la kalau saya tambahkan sumbangan bulanan kat Takaful untuk tambahkan pampasan kematian”

Tak sama dik..!!! Ada beberapa UT yang tawarkan pampasan kematian dan kemalangan secara percuma jika melabur dalam dana tersebut.

Ya betul. Anda tidak dikenakan caj tambahan untuk sumbangan Takaful yang disertakan sekali bersama UT ni. (Ada terma dan syarat)

“Tapi kami masih kena keluarkan duit untuk labur dalam UT. Itu pun dah tambahkan komitmen bulanan kami”

Ya.. Tapi anda masih lagi ada pilihan. Contohnya jika anda ada simpanan KW5P. Gunakan duit tu untuk laburkan dalam UT. Jadi anda tak keluarkan duit dari poket anda. Tiada komitmen tambahan pun yang berlaku.

Secara ringkasnya, setiap RM yang dilabur, anda akan dapat RM untuk pampasan takaful (tertakluk kepada jumlah minima pelaburan). Contoh: Jika anda melabur dalam dan XYZ sebanyak RM5K, maka pampasan takaful anda adalah RM5K.

Jika lama-kelamaan jumpah pelaburan anda yang sentiasa anda tambah secara berkala mencecah RM150K maka anda layak mendapat RM150K takaful. Takaful yang anda dapat ni berbentuk Term Life (untuk kematian dan ilat kekal sebab biasa) dan Personal Accident (untuk kematian dan ilat kekal sebab kemalangan).

Jom kira berapa jumlah duit yang pewaris akan dapat jika anda dijemput Ilahi:
andaian:

Nilai pelaburan = RM150, dilabur dalam dana XYZ, di syarikat unit trust PM.


1. pampasan sebanyak RM150K akan tersedia kerana status anda sebagai Pelabur Mutual Gold
2. Pelaburan 150K dalam tersedia kerana dana XYZ yang anda melabur menyediakan pampasan

3. duit pelaburan berserta untung yang dijana pada masa tersebut.. RM160K (contoh)

Kesemua wang pampasan yang pewaris dapat = RM300K (takaful) + RM160K (pelaburan berserta untung)

Semua sekali RM460K

Jika kematian berlaku disebabkan kemalangan, berganda dapat…!

Jadi benarlah… pelaburan di Unit Trust ini menolong menyokong pampasan kematian anda yang tidak cukup tadi. Selesai tak masalah anda..? Selesaikan kaaaan.. Jadi tunggu apa lagi, pm ler Abam untuk kita bincang lanjut…!

Nota:

Jika tiada KW5P, ataupun jumlah KW5P tidak cukup syarat untuk dikeluarkan, ini kena deraf pelan yang lain. Nnti jumpa boleh terangkan lebih lanjut.

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1