More

    Upin Dan Ipin Bukan Sekadar Watak Kartun Di Layar TV

    gambar kru upin ipin
    bloggers bersama kru Upin Ipin

    Assalamualaikum.dan salam sejahtera.

    Upin dan Ipin, dua watak utama dalam cerita kartun popular TV Upin dan Ipin. Aku rasa semua rakyat malaysia terutama kanak kanak kenal akan watak-watak ini.

    Siri kartun Upin dan Ipin ini adalah pelopor kepada kartun moden di Malaysia. Kartun moden pada pandangan aku ialah kartun animasi yang nampak macam betul. Pergerakannya, gerak bibirnya seperti betul. Ada juga kartun yang lain yang ditayangkan di TV malah ada yang difilemkan namun ianya tidak sekuat impak yang dibawa oleh siri kartun ini.

    Aku sudah lama menanam rasa kagum dengan team UI ini. Tambah-tambah syarikat ini dipelopori oleh anak-melayu tempatan. Aku pernah menerbitkan beberapa entri tentang jenama ataupun syarikat ini di dalam blog ini sedikit waktu dahulu. Entri yang bertajuk “Bangga Aku Dengan Les’ Copaque” memang aku tulis dengan diselubungi dengan perasaan bangga aku dengan rakyat tempatan. Manakala entri “Taman Tema Upin & Upin RM700 juta” mengisahkan perancangan Les’ Copaque untuk mewujudkan satu taman tema yang bertaraf antarabangsa.

    Mendapat jemputan daripada syarikat ini untuk menjengah pejabat mereka dan mendengar perancangan jangka masa pendek dan panjang mereka adalah peluang yang tidak mampu aku tolak.

    gambar blogger hebat
    antara bloggers yang hadir

    Maka pada 15 May yang lalu terjejaklah kaki aku di pejabat syarikat ini. Di sini kami diberi taklimat tentang sejarah penubuhan dan perancangan masa depan untuk jangkamasa yang pendek yang perancangan jangkamasa panjang. Penerangan disampaikan sendiri oleh bos besar syarikat ini yang merupakan Pengarah Urusan Les’ Copaque iaitu Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi.

    gambar bos besar leas copaque
    Pengarah Urusan Les’ Copaque iaitu Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi
    gambar rocker
    Faizu yang cool

    Penerangan Tuan Haji yang panjang lebar tersebut aku cuba ringkaskan di sini untuk perkongsian maklumat untuk korang.

    Les’ Copaque (disebut Lay Kopak) ditubuhkan pada akhir tahun 2005. Syarikat ini adalah syarikat menghasilkan animasi 3D. IP ataupun harta intelek yang dipunyai dan didaftarkan. Mempunyai 160 orang pekerja pada masa sekarang.

    Visi syarikat ini memang cukup jelas. Ia ingin mewujudkan produk-produk yang berguna untuk anak-anak. Ia beriltizam untuk menjadi sebuah syarikat peneraju animasi di ratau ini. Syarikat ini juga berharap dalam perjalanan menjayakan visi tersebut ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak muda tempatan.

    Syarikat ini percaya dengan strategy yang ampuh visi yang dituju bakal terlaksana. Ia menerapkan nilai timur pada produk UI untuk membezakan dengan animasi luar negara yang penuh dengan unsur kebaratan. Ia akan berusaha untuk terus mengeluarkan produk berkualiti dan mewujudkan bisnes sampingan yang berkaitan (spin off business). Untuk mengekalkan modal insan yang berkualiti syarikat ini mengadakan program latihan kepada para pekerja.

    gambar carta upin ipin
    spin off business

    Geng Pengembaraan Bermula

    Produk pertama Syarikat ini ialah filem animasi pertama Malaysia yang diberi nama Geng Pengembaraan Bermula. Di dalam cerita ini watak Upin dan Ipin hanyalah watak sokongan sahaja. Ia ditayangkan pada Februari 2009. Sambutan daripada orang ramai sungguh memberangsangkan sehingga filem ini berjaya menghasilkan kutipan kasar sebanyak RM6.3 Juta. Kosnya adalah sebanyak RM5 Juta. Syarikat ini berjaya mendapatkan geran daripada agensi kerajaan MOSTI sebanyak RM1 Juta.

    Filem ini juga berjaya mendapat sambutan hangat di Indonesia, India dan Brunei. Filem ini telah berjaya mendapat anugerah daripada Malaysia Book Of Record sebagai filem animasi 3D pertama Malaysia.

    Siri TV UI

    Sambil filem ini dihasilkan, syarikat ini telah menerbitkan rancangan TV selama 5 minit satu episod sebanyak 6 episod pada tahun 2007 untuk menguji pasaran di Malaysia. Dan siri TV ini telah mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah ibubapa dan orang dewasa juga. Ini telah memaksa syarikat ini menambahkan lagi siri tv ini sebanyak epsiod lagi pada tahun 2008. Sehingga kini siri tv ini sudah mencapai 270 episod. Siri tv ini berjaya sebelum filem Geng Pengembaraan Bermula ditayangkan.

    Kejayaan UI

    Antara kejayaan lain UI ialah:

    • menjadi siri animasi teratas di Indonesia
    • Disney Chanel Asia telah membeli hak penerbitan dan menayangkan ke 14 negara Asia (daripada Maldives hingga ke Palau)
    • Irmak TV Turki telah membeli hak penyiaran dan menayangkannya di negara Turki
    • Bakal disiarkan secara besar-besaran di negara Brunei, India, Bangladesh dan Portugal apabila perbincangan pembelian hak penyiaran yang telah diperingkat akhir mendapat kata sepakat.

    Pada Zaman Dahulu

    Selain daripada produk animasi diatas, syarikat ini juga ada menghasil dan menerbitkan animasi berasaskan cerita rakyat iaitu Pada Zaman Dahulu. Ia cerita selama 7 minit sebanyak 36 episod. Mula ditayangkan di TV Alhijrah dan kemudiannya turut disiarkan di Astro Ceria. Rancangan animasi bersiri ini menarik minat Nikelodeon Asia untuk membeli hak pengyiaran dan menyiarkan di rangkaiannya bermula September 2013

    DaDuDiDo

    Ada lagi satu produk syarikat ini yang baru dilancarkan iaitu DaDuDiDo. Namun kali ini syarikat ini memilih platfom youtube untuk mengetengahkan siri pendek tanpa dialog ini. Ia sebenarnya dicipta untuk mewujudkan jenama barangan.

    Puteri

    Siri animasi terbaru yang bakal ditayangkan dalam masa terdekat ialah siri Puteri. Aku tidak dibenarkan mengulas lanjut tetang animasi bersiri ini kerana ia masih di dalam pringkat pembikinan. Beum siap sepenuhnya. Ia dijangka akan disiarkan dalam bulan September 2014. Namun teaser Puteri sudah ada di dalam Youtube:

    Filem akan datang

    Ada dua filem yang bakal syarikat ini terbitkan di masa akan datang:

    1. Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

    Filem ini adalah filem kolaborasi antara syarikat ini dan KRU Motion Pictures. Filem yang akan memulakan proses penggambarannya pada 10 Jun 2014 nanti akan menampilkan Awie, Upin dan Ipin sendiri, Siti Saleha dan Toke untuk menyumbangkan suara.

    2. Upin Ipin The Movie
    Filem animasi 3D penuh ini dijangka siap pada akhir 2015. Mungkin akan ditayangkan dalam tahun 2016. Jika di dalam filem Geng Pengembaraan Bermula sebelum ini watak Upin dan Ipin sebagai watak sokongan, filem ini akan fokus kepada watak UI sepenuhnya.

    Ultraman

    Oh ya. Syarikat ini sekarang tengah membuat perbincangan dengan syarikat Jepun yang menerbitkan Ultraman untuk memasukkan watak Ultraman di dalam cerita UI. Hebat!!!

    Taman Tema Upin Ipin

    Mengharapkan keuntungan daripada penerbitan filem sahaja ternyata tidak lumayan. Ini yang membuatkan Walt Disney mewujudkan Disneyland yang dibina di beberapa negara besar di dunia. Begitulah juga dengan perniagaan UI ini. Dengan sebab itu syarikat ini merancang untuk mewujudkan Taman Tema Upin Ipin. Tapak taman tema telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia di Sepang berhampiran Litar Fomula 1. Tinggal sahaja penaja yang mereka cari untuk sama-sama menjayakan perancangan pembinaan taman tema tertutup itu. Ini adalah kerana kos pembinaannya dijangka mencecah berbillion ringgit.

    gambar taman tema upin ipin
    pelan taman tema upin ipin sudah siap

    Cetak Rompak

    Teka teki yang bermain di benakku tentang mengapa syarikat ini seperti membiarkan sahaja cetak rompak berlaku ke atas produk UI diluar sana berlaku tanpa sebarang tindakan sudah terjawab. Memang syarikat ini sengaja membiarkan perkara tersebut berlaku. Menurut Tuan Haji, ia sebenarnya membantu menaikkan jenama UI tanpa perlu syarikat ini keluarkan kos secara berebihan. Bijak bukan?

    Lawatan sambil belajar

    gambar jarjit upin ipin
    Jarjit
    gambar fizi upin ipin
    Fizi

    Selepas taklimat panjang lebar tersebut kami di bawa melawat ke pejabat produksi syarikat ini. Selepas diterangkan proses pembikinan filem animasi 3D di setiap department, baru aku tau yang memang kita juga sebagai anak tempatan boleh menghasilkan filem animasi 3D yang hebat.

    R & D department
    R & D department
    gambar artis
    kreatif
    gambar pekerja upin ipin
    pekerja Les’ Copaque sedang tekun menyiapkan tugasan
    gambar aplikasi upin ipin
    aplikasi Upin Ipin di Android adalah salah satu produk Les’ Copaque

    Cerita Inspirasi

    Terima kasih kepada pihak Les’ Copaque yang menjemput aku melalui Team Denaihati Network untuk melawat pejabat syarikat ini. Banyak yang aku boleh pelajari daripada lawatan ini. UI sebenarnya bukan sekadar produk keluaran syarikat ini yang ditayangkan di TV sahaja. Ia lebih daripada itu. Dengan UI, syarikat ini dapat menghasilkan barangan lain disekeliling UI.

    Sesungguhnya mendengar penerangan daripada Tuan Haji memang memberikan aku satu motivasi. Cerita yang dapat memberikan aku inspirasi daripada Les’ Copaque ini akan sentiasa tersemat di jiwa.

    Oh ya. Jika anda inginkan maklumat terkini tentang UI ini, anda boleh follow mereka di:

    Youtube
    Facebook

    Latest articles

    Related articles

    13 Comments

    1. Les’ Copaque (disebut Lay Kopak)…rasa2nya sebutannya Last Kopek.perkataan yang cukup popular disebut pada tahun 80an.kalau sesuatu perkara dah yang terakhir
      contoh…air kopi ni dah nak habis…minum je la..last kopek..

      • mungkin last kopek tu pon betul juga. tapi lay kopak ni adalah sebutan utk syarikat les’ copaque tu. ini diberitahu sendiri oleh managing directornya bila ditanya macamana nak sebut perkataan tu

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge