Seram juga tengok video Tanah Runtuh Seri Kembangan ni..! Ya la.. Tempat kediaman kita kot… Tiba-tiba jadi tanah runtuh macam ni mau nya tak seram. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6.30 petang tadi.
Dengar cerita (berita ni sahih sebab dah keluar kat surat khabar), 5 kenderaan rosak. Kenderaan tersebut diparkir di tepi tanah yang mendap dan runtuh tu.
Sedih weyhhh.. Kereta kita kot. Kenderaan yang kita guna sehari-hari untuk ke tempat kerja dan sebagainya, tiba-tiba sekelip mata dibawa tanah runtuh. Semoga Kereta-kereta tersebut masih boleh dibaiki dan digunakan.
Nak angkat tu sah-sah kena guna kren tu. Aku rasa diorang tak boleh terus panggil kren untuk angkat kenderaan-kenderaan tu. Kena tunggu dan lihat. Takut masih ada pergerakan tanah runtuh. Karang, dengan kren-kren ditarik.
Sebenarnya ada 13 buah kenderaan yang diparkir di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beberapa orang yang kebetulan melalui kawasan tersebut sempat menyelamatkan 8 buah kenderaan sebelum 5 buah lagi ditarik ke longkang oleh tanah runtuh.
Salah seorang saksi melihat sendiri kereta Wira kepunyaannya yang diparkir berhampiran rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana itu dibawa tanah runtuh ke dalam parit.
Tak tau la insurans Kereta tanggung ke tidak kerosakan disebabkan bencana alam tanah runtuh ni… Rasanya tak..!
Menurut saksi, sebelum kejadian, hujan memang lebat. Ini secara tak langsung menjadi punca keadaan tanah semakin mendap dan mengakibatkan runtuhan.
Menurut penduduk di kawasan sekitar, kejadian tanah mendap ni dah beberapa kali terjadi sebelum ni. Tapi tidak diambil serius oleh pihak berwajib. Katanya ini kali ketiga berlaku. Kali kedua dulu, pihak berwajib hanya mengambil tindakan menutup tanah mendap tersebut dengan kanvas Sahaja. Ini komen yang aku baca kat Facebook tau. Tak tahu lah sahih ke tidak.
Jika ianya betul, maka ia amat tidak wajar. Sepatutnya tindakan lebih serius sudah diambil sebab benda dah pernah terjadi. Ini kawasan perumahan, bukan kawasan terpencil. Itu kalau dakwaan netizen tu betul la.. Aku harap salah..!
Apa-apa pun, syukur sebab tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Alhamdulillah..
Makasih infonya bossku